Want your
own Fotopage?






 
Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Jan-2007 16:39 Email | Share | | Bookmark
Gerombolan Berbasikal Malaya (Bersama suka duka)

 
 
 
View all 21 photos...
Rendisi Jalan Travers, Brickfield (Sebuah Semi-Cereka Muzikal)

Kumpulan bermotorkar/bermotosikal Jepun atau lebih dikenali sebagai Bosozoku, memang terkenal dengan aksi-aksi berani mati mereka. Mereka memang hebat. Bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan aksi tidak seberapa kumpulan bermotosikal dari Tanah Malaya yang menggelarkan diri mereka Mat Rempit. Dari segi konsep dan aplikasi, memang tiada banyak bezanya antara kumpulan Mat Rempit dan Bosozoku ini. Tiada apa yang nak dihairankan kerana sejak Dasar Pandang Ke Timur diilhamkankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, memang sudah menjadi adat resam remaja-remaja di Tanah Malaya untuk meniru budaya dan resmi orang orang Jepun. Apabila melihat ke cermin untuk menyisir rambut, mereka merasakan diri mereka mirip pelakon-pelakon Jepun yang kononnya comel-comel itu. Walhal, rupa-rupa orang Tanah Malaya sebenarnya lebih serupa saudara-saudara mereka di Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadang-kadang mereka lebih Jepun daripada orang Jepun sendiri pula, bak kata perumpamaan/pepatah Siam/Thailand - Lebih tomyam dari sudu. Kenapa perlu taksub kepada Jepun? Tidak comelkah Melayu? Tidak comelkah India? Tidak comelkah Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain?

"Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat?"

Jawapannya, kita sendirilah yang bilang orang-orang kita tidak menawan, bukan orang lain bilang. Bilang saja bila kau mahu.

Berbalik kepada cerita Bosozoku dan Mat Rempit. Kumpulan Bosozoku diasaskan sekitar tahun 1950-an. Namun, kumpulan Bosozoku bukanlah kumpulan berkenderaan berkarisma pertama di Asia. Sebelum itu telah wujud satu kumpulan yang sememangnya digeruni oleh kumpulan kumpulan bawah tanah se-pelusuk, seantero dunia. Mereka inilah yang menjadi inspirasi kepada Bosozoku. Kumpulan ini terdiri daripada jejaka-jejaka Tanah Besar Malaya yang kelihatan cerdik pandai pada zahirnya, tetapi pada hakikatnya tidaklah begitu cerdik. Kumpulan ini ditubuhkan di Tanah Sumpahan Galway, Persektuan Ireland namun kerana kecintaan pada tanah tumpah darah mereka, mereka menggelarkan diri mereka Gerombolan Berbasikal Persekutuan Malaya.

Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi



Apai menaiki basikal

Sejarah penubuhan Gerombolan Berbasikal Persekutuan Malaya atau kata pendeknya GBPM memang tidak ramai yang mengetahuinya. Hikayat Munshi Abdullah, Sejarah Melayu mahupun Batu Bersurat Cheras dan Arkib Negara sendiri tidak mempunyai dokumentasi yang begitu mantap mahupun gambar-gambar yang banyak tentang kumpulan ini. Hanya beberapa gambar disini yang boleh di jadikan panduan. Menerusi gambar-gambar yang dijumpai oleh pakar-pakar sejarah basikal negara, mereka berpendapat, GBPM telah ditubuhkan oleh pahlawan gagah perkasa Apai yang dipercayai sebagai orang pertama memiliki basikal di Tanah Galway ketika itu. Keupayaan Apai memiliki basikal memang mengagumkan dan membanggakan Tanah Melayu kerana pada zaman itu tidak ramai yang berkemampuan untuk membeli basikal di negeri asing. Namun, gambaran kegembiraan dan senyum tawa Apai menaiki basikal tidak bertahan lama apabila basikal beliau dicuri oleh sekumpulan perompak tempatan yang cemburu iri hati dengan bunga-bunga di tayar dan kecantikan basikal Apai. Apai yang berduka lara dengan kejadian itu, hanya mampu menangis selama 8 hari, 8 malam tanpa henti sambil mendendangkan lagu Allahyarham P. Ramlee tersebut:

Di mana kan ku cari ganti,
Serupa denganmu,
Tak sanggup ku berpisah,
Dan berhati patah,
Hidup gelisah.




Perjanjian Westside

Berita tentang kehilangan basikal Apai tersebar dengan begitu pantas sekali, seumpama mimpi dalam mimpi. Pemimpin besar penduduk Malaya di Galway ketika itu, Chota telah mengisytiharkan darurat dan menitahkan pemimpin-pemimpin bawahan beliau berkumpul untuk bermesyuarat bagi membicangkan isu ini. Chota sememangnya adalah seorang pemimpin prihatin yang sangat disayangi rakyat. Beliau sering turun ke padang mengenakan baju Melayu merah menyala dan songkok daerah Rantau beliau bagi mendengar masalah-masalah rakyat. Pada hari bertuah tersebut, mengikut kata lagenda, Chota telah mengarahkan semua warga Tanah Malaya di Galway mengutip derma bagi membeli 2 buah basikal baru, bukan sahaja untuk Apai, tetapi untuk kegunaan warganegara Tanah Malaya di Galway yang lain. Arahan tersebut termaktub di bawah Perjanjian Westside yang ditandatangani oleh Chota dan wakil rakyat, Syad di dewan komuniti Westside, Galway pada pukul 3.27 petang. Berita tersebut menggembirakan seluruh warga Malaya Galway yang keluar beramai-ramai beragogo meraikannya.



Basikal Baru

Tidak sampai dua hari, kutipan derma masyarakat Malaya Galway terus mencecah bumbung. Hatta, dua basikal telah mampu dibeli untuk kegunaan peribadi Apai dan juga masyarakat Malaya Galway yang lain. Mereka menggunakan basikal-basikal tersebut untuk ke kedai bagi membeli daging ayam serta limau nipis dan juga untuk ke pasaraya bagi membeli keperluan harian seperti sabun buku, berus sabut dan deodorant. Apai yang masih sedikit trauma ekoran kejadian kehilangan basikal pertamanya, berpendapat adalah penting untuk mewujudkan satu persatuan bagi mengelakkan basikal-basikal ini dicuri lagi. Bersama rakan-rakan baiknya Syad dan Syazwan mereka bersetuju menubuhkan sebuah kelab berbasikal yang diberi nama Kelab Berbasikal Remaja. 2 anggota muda iaitu Nasrul dan Ipin telah dilantik bagi menarik minat golongan golongan muda yang lain menganggotai kelab tersebut. Adalah dipercayai bahawa gambar di atas merupakan gambar pertama yang diambil oleh ahli-ahli kelab tersebut selepas mesyuarat agong pertama mereka. Apai yang kelihatan gah dengan jaket Adidas beliau telah melantik diri sendiri sebagai presiden. Kegembiraan terpancar di wajah ahli-ahli kelab ini dan Syad sanggup menelefon terus ke Tanah Malaya bagi menyampaikan berita gembira ini.



Skill Berbasikal

Kelab Berbasikal Remaja (KBR) terus menerus mendapat sambutan yang hangat tanpa henti. Hampir setiap penduduk keturunan Malaya di Galway mendaftar untuk menjadi ahli kelab tersebut. Duit yang dikumpul oleh KBR juga semakin bertambah seperti kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan pendapatan yang bertambah, KBR berjaya membeli beberapa lagi basikal untuk kegunaan ahli-ahlinya. Seiring dengan kepesatan pembangunan KBR, kelibat warga Malaya Galway menggunakan basikal dapat diilihat di mana mana sahaja. Sang jejaka yang kacak bergaya menggunakan skill-skill yang mereka telah pelajari dari KBR seperti skill mengayuh basikal terbalik untuk memikat gadis gadis sunti Malaya yang ayu lagi anggun-anggun belaka. gadis ayu, lesung pipit dipipi... ayu senyummu menawan nyanyi jejaka-jejaka ini sambil menunjukkan skill-skill mereka dihadapan gadis gadis yang tersenyum sipu.



Generasi Baru

Setelah sekian lama memimpin KBR, barisan kepimpinan yang diterajui oleh Apai dan Syazwan mengambil keputusan untuk mengundur diri dan menyerahkan kepimpinan kepada generasi-generasi baru. Pengunduran orang kuat KBR ini pada mulanya menimbulkan resah dan haru biru dikalangan warga Malaya Galway, khuatir orang-orang baru ini tidak mampu memimpin dan memajukan KBR. Persis kata 4U2C - resah rindu, rasa pilu mereka ternyata meleset sama sekali. Barisan kepimpinan baru yang diketuai ahli senior, Syad yang memanggil rakan wayang beliau, Laksamana Ooi Cheng Ho sebagai orang kanan ternyata berjaya menaikkan daya padu persatuan tersebut. Pelbagai perubahan dalaman yang drastik telah dilakukan demi menaikkan mutu berbasikal Malaya. Pertama sekali, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi telah dilantik dari wakil-wakil negeri-negeri Malaya yang berlainan, berbeza dengan kepimpinan lama dimana hampir semua orang kuat mereka berasal dari Johor (Apai = Pontian) ataupun selatan tanahair. Setiap AJK ini mempunyai tema-tema mereka sendiri. Walaupun Laksamana Ooi berasal dari Kuala Lumpur, beliau memilih tema dari Terengganu kerana ibu beliau berasal dari Terengganu dan beliau merupakan pengkaji seni-seni tradisional Melayu Pantai Timur yang aktif. Nama kelab juga diubah atas persetujuan bersama kerana nama lama tersebut sedikit keanak-anakan bunyinya. Tambahan pula, mereka-mereka ini bukan lagi remaja. Setelah 3 minggu berdiskusi, kata sepakat berjaya dicapai dan kelab baru ini dinamakan Gerombolan Berbasikal Persekutuan Malaya [GBPM].



Fiona

GBPM merupakan persatuan yang tidak berasaskan kaum. Pada setiap Perhimpunan Agung GBPM, ahli-ahli dilarang mengeluarkan dan menghunuskan keris kerana walaupun ianya mempunyai nilai tradisional, ahli ahli GBPM berpendapat ianya tidak sesuai dihunuskan ketika itu bimbang lagi gusar kaum-kaum lain seperti Orang Ireland, Orang Poland serta Nigeria akan merasakan diri mereka terancam. GBPM mengambil kira sensitiviti kaum-kaum lain, tidak seperti persatuan-persatuan terkenal yang lain. Oleh kerana ahli-ahli Majlis Tertinggi GBPM ini mempunyai kebolehan menyanyi harmoni dengan baik, mereka mengambil keputusan untuk mengubah lagu rasmi GBPM daripada lagu Basikal Tua, kepada lagu Fiona, sempena dengan basikal ke-30 GBPM yang diberi nama, Fiona binti Seman. Di samping itu, Laksamana Ooi mempunyai kebolehan untuk meniru suara Joe 4U2C, jadi beliau dipilih sebagai penyanyi utama.

Fiona,
berikan daku setitis kasihmu,
agar hilang dahaga rindu,
bawa lah ku ke alam cinta mu,
Fiona basikal ku.

Fiona,
suara mu,
merdu bak buluh perindu,
bersama alunan lagu,
bersama hati.

Fiona,
cinta ku adalah milik mu,
kekal untuk selama-lamanya,
Fiona.


nyanyi 5 jejaka-jejaka Majlis Tertinggi GBPM itu senada, seirama, sefalsetto sambil menari dari tepi ke tepi, seperti penyanyi asal lagu itu, 4U2C. Kali ini kehebatan GBPM tiada hadnya. Tiada siapa di dunia ini yang dapat menghalang kemajuan mereka. Keputusan kurang waras kerajaan untuk menaikkan tol untuk menyekat kehebatan GBPM juga tidak berhasil kerana kerajaan terlupa, basikal tidak perlu bayar tol. Haa, disitulah kehebatan GBPM. Keputusan kerajaan untuk menaikkan harga petrol dengan harapan dapat menghalang GBPM juga tidak berhasil, kerana kerajaan juga terlupa, basikal tidak menggunakan petrol. Kerajaan apakah ini? Kerajaan tidur kah? Begitulah sejarah kehebatan GBPM yang menjadi inspirasi kepada penubuhan persatuan-persatuan seperti Bosozoku dan Rempit. Namun begitu, GBPM tidak menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Bosozoku dan Rempit. Kehebatan GBPM dapat dilihat sehingga ke hari ini, dimana bermula dengan sebuah basikal, hari ini hampir setiap warga Malaya Galway memiliki basikal mereka sendiri.



*Rekaan semata-mata tiada kaitan dengan Sejarah Dunia sebenar khususnya sejarah Malaya. Gambar yang ada saya, kredit kepada Abang Botak. Lirik-lirik lagu kredit kepada penulis-penulis asal. Penulisan lain, saya sendiri. Jika penulis berada di Malaysia, penulis boleh dijumpai di A&W KLCC pada setiap hari Jumaat, berbaju Melayu hitam dan berkopiah yang 'match' dengan seluar kargo beliau, duduk minum bersama- sama rakan-rakan sekepala beliau. Penulis tidak minum di Starbucks mahupun kafe kafe 'cool' yang lain. Berjimat cermat.


Monday, 1-Jan-2007 16:44 Email | Share | | Bookmark
Paranoya Androya

 
 
 
View all 6 photos...
Hidup Dalam Blues



Lihat 2 jejaka di atas dan di bawah. Serupakah mereka? Yang gambarnya di atas merupakan bapa kepada yang gambarnya di bawah itu dong. Bapa merupakan pengguna fanatik Nikon, anak merupakan pengguna biasa Canon. Bapa telah berpuluh-puluh tahun lamanya mengambil gambar, anak mengambil gambar secara serius tidak sampai 5 tahun. Tahi lalat bapa yang paling jelas terletak di bahagian bawah pipi kanan, tahi lalat anak yang paling jelas terletak di bahagian tengah pipi kiri. Bapa tidak menyimpan janggut, anak menyimpan sedikit janggut blues. Bapa merupakan penulis buku-buku teks kejuruteraan automotif universiti, anak merupakan penulis bebas. Namun anak selalu ditugaskan menganalisis tulisan-tulisan bapa sebelum dihasilkan dan dibayar upah roti nan bersama ayam tandoori. Choki-choki hebat sekali. Rambut bapa tidak panjang, tersikat rapi ke tepi. Rambut anak biasanya panjang seperti aktivis-aktivis anti-perang dan pemimpin persatuan pecinta ikan lumba-lumba. Azam baru anak tidak mahu menyimpan rambut panjang lagi. Janggut mahu disimpan walaupun emak mengatakan anak lebih kacak kalau takde janggut. Azam kedua ialah hendak menulis dalam Bahasa Melayu sahaja selepas ini. Apa kelas tulis dalam Bahasa Inggeris. Cuba lu bagitau gua apa kelas dia? Tidak ada azam-azam lain kerana tiada gunanya membuat azam banyak-banyak. Selamat tahun baru 2007.

*Kedua-dua gambar telah diambil oleh seorang budak yang akan memasuki darjah 2 tahun ini. Ada gambarnya dalam gambar tag di atas. Yea, budak berbaju dan berseluar biru gaya-gaya Sin Chan versi kurang tembam bersama lambang 'peace'nya itu. Beliaulah yang gemar bermain kapal seperti yang saya katakan sebelum ini. Beliau juga gemar membaling bantal ke muka saya. Tidak apa, saya tidak marah-marah lagi. Saya janji. Saya janji tidak menjadi se-serius Eman Manan lagi.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagiku Rahmat Semuanya.

Tahun 2006 bukanlah tahun terbaik, lebih-lebih lagi separuh pertama tahun 2006. Lagi banyak sedih dari gembira. Biasalah tu. Buat apa nak cakap lagi benda-benda yang dah lepas. Lihat ke hadapan sahaja lah. Jadilah orang yang rasional sedikit. Bukannya orang yang mengikut emosi sahaja. Hajat dihati satu ketika dahulu hendak menyanyikan lagu KRU yang terkenal itu di hadapan awak. Seperti yang telah dijanjikan. Yea, lagu Apa Saja. Apa saja untukmu ke dasar lautan biru, bertaruh nyawa adai kau damba mutiara di hari lahirmu. Tapi macam mana saya nak ke dasar lautan biru? Saya tidak pandai menyelam. Bapa saya tidak pernah menghantar saya ke kelas menyelam. Lagipun hari lahir saya yang makin dekat. Bukan hari lahir awak. Seminggu lagi hari lahir saya. Awak tahu ke apa yang saya dambakan? Apakah maksud perkataan 'damba' itu sebenarnya? Adakah ianya diadaptasikan daripada Bahasa Sanskrit? Tidak apa lah. Tidak, saya tidak dambakan buku Kurt Cobain itu. Malah, sudah setahun dua tahun saya tidak membaca buku-buku sebegitu. Saya tidak mahu apa-apa. Cuma mahu awak sahaja.

Kanak-Kanak Riang. Sekolah Agama Al-Mustaqimah KL 2006


Zirafah Zoo Negara 2006



Awak juga kena faham saya tidak boleh melakukan banyak benda. Saya bukannya hebat sangat. Saya tidak boleh meraih bintang-bintang di angkasa untuk awak. Saya bukan seorang angkasawan. Yusry KRU bolehlah. Walaupun suara saya sengau macam dia, saya tidak boleh menyanyikan lagu sebaik dia. Lebih baik saya gunakan suara sengau saya untuk membuat bunyi dengung wajibal-runnah lebih sedap lagi. Lagipun, kalaulah saya seorang angkasawan sekalipun, buat apa saya nak meraih bintang-bintang diangkasa untuk awak. Lebih baik saya meraih planet Zuhal dan bulan-bulannya seperti Titan, Rhea dan Enceladus untuk awak, Apakah planet kegemaran awak sebenarnya?

Sekolah rendah saya. dekat pasar Pudu.


Bukit Bintang



Kalau kita sedar kita tidak sempurna tentu hidup lebih senang. Hidup bukannya susah sangat. Macam baca alif ba ta. Tiga cara saja membacanya. Aaa iiii uuu. Itu sahaja. Kadang-kadang kena letak tanwin. Tapi bacanya tetap aaa iii uuu, atas bawah dan depan. Takde lain. Saya sedar awak tidak sempurna, sebab itu saya suka awak. Saya juga sedar saya tidak sempurna. Saya tidak pandai reverse parking. Sebab itulah saya menyuruh mak saya tolong saya parkingkan kereta ke belakang di Ampang Point. Memang sempit tempat letak kereta di Ampang Point. Buat apa nak malu. Kalau tidak tahu, suruh sahajalah orang yang tahu. Disebalik ketidaksempurnaan awak, awak memang banyak kebolehan. Saya kagum dengan kebolehan awak reverse parking. Lagi laju awak buat dari mak saya. Banyak kali saya memuji awak pasal tu. Saya memuji awak dengan ikhlas sahaja. Tidak pernah tidak ikhlas.

Toucan. Taman Burung KL 2006


Raja Udang. Taman Midah KL 2006



Mungkin awak tidak tahu. Saya gembira bila awak gembira. Saya sedih bila awak sedih. Saya suka bila awak cakap saya selalu buat awak ketawa. Saya suka hati mendengar awak ketawa, macam saya sendiri suka hati bila saya sendiri yang ketawa melihatkan Colin Mochrie membuat lawak dalam rancangan Whose Line Is It Anyway. Beliau memang kelakar dan selamba orangnya. Saya suka lawak-lawak yang spontan dan selamba, sebab itu lah saya tidak gemar menonton Friends. Lawak Friends seolah-olah dibuat-buat dan senang diagak. Lawak improvisasi macam Whose Line Is It Anyway sukar diagak dan bertambah kelakar bila pelawak-pelawak mereka sendiri tergelak-gelak tidak dapat menahan kelucuan mereka sendiri. Kalau awak ingat di Kolej Mara Banting, saya pernah berlakon dalam sketsa "Gay yang Malang". Alaa, sketsa yang menang Minggu Kesedaran Aids tu. Saya jadi Dj kelab malam dan virus Aids dalam sketsa tu. Kalau awak nak tahu, kitorang tidak pernah berlatih pun untuk sketsa tu. Semuanya improvisasi. Saya memang pernah bercita-cita menjadi pelawak improvisasi macam mereka-mereka dalam Whose Line Is It Anyway. Apakah yang saya merepek ini? Tidak apalah, tidak dapat menjadi pelawak pun takpe. Yang penting awak gembira.

Dari tingkap bilik saya. Galway 2006


Pantai Chenang Langkawi 2006



Tapi saya tidak boleh buat awak gembira sahaja. Kadang-kadang saya akan buat awak sedih juga. Memang lumrah manusia macam itu. Saya tidak boleh nyanyi lagu jong jong inai mak ipong raja wali sahaja, saya juga kena nyanyi lagu yang sedih-sedih kerana pada hakikatnya, saya adalah seorang yang jiwang lagi sentimental. Tapi sempena tahun baru, saya akan cuba berubah. Saya tidak akan marah marah lagi. Saya janji.

*saya dan awak adalah watak ciptaan sahaja. Mungkin ya mungkin tidak.


Friday, 22-Dec-2006 20:10 Email | Share | | Bookmark
And I Love Everyone

 
 
 
View all 6 photos...
I've Got A Dungeon Master's Guide

Turkmenistan's president just died. He's one weird president. He elected himself as president for life and he banned young men from growing beards and listening to the radio in cars. Regardless, the Turks loved him. Now imagine YDP Abdullah Badawi as Prime Minister for life. I thought weird laws only apply to the ermm, weird countries. If you don't know, in Switzerland, you are not allowed to flush the toilet after 10 pm. In Thailand, you're not allowed to leave the house if u don't wear your underwear. If you are in Scotland and you own a cow, you cannot get drunk. Moving downwards, in Liverpool, it is illegal for a woman to be topless in public unless they are a clerk in a tropical fish store. Meanwhile, in the United States, the home of bizzare laws, if you are going to a cinema in Baltimore, you cannot bring a lion with you. Oh wait, in Greene, New York, it is illegal to eat peanuts and walk backwards down a street, whilst a concert is on. Anyway, is there really life on Enceladus, the moon of Saturn?

I watched Cinta, the movie the other day. Thanks to my geeky housemates for downloading the movie. I think it is a good movie with some good camera works. The 'graphics' were really awesome, as Syazwan puts it "macam iklan" or as i put it in a more geeky way - "like creating a motion with minimal torque and force using good quality still pictures taken using a nice DSLR camera bought from kedai kamera Ah Leong". If you understand what i mean. There are a lot of talk about this movie resembling the Christmas romantic movie, Love Actually. I don't think so. To start with, Love Actually involves 16 'protagonists' dividing themselves into 8 couples. 16 protagonists sounds like an oxymoron actually, because when you used the word protagonist it usually means the one main character. Cinta has only 5 couples. Love Actually's plot starts around 5 weeks before Christmas until the Christmas day itself. Therefore, love for them is only applicable on and around Christmas. Cinta is a step ahead, it represent love as an everyday 'thing'. Love Actually has a happy ending for their main characters which is not so true if we want to talk about love. AboutFilm.com says it's not a happy ending for all, but after watching the movie twice, i didn't notice any of the main characters 'not getting a happy ending'. Cinta is more realistic, there is happy and sad ending that comes with love, death being the ultimate inevitable end of physical love (note to Lala - I didn't cry watching this movie. Nothing to cry about really). Love Actually's poster doesn't look like Cinta's poster. Cinta's poster looks better. What about the concept of multi couples? If that's the argument then, Batman is a copycat of Superman and my auntie is my uncle. Concepts are meant to be followed.

Just my personal opinion. I'm not good at reviewing movies. I'm not into movies that much. I'll ask Dwayne Silke the movie man to review Cinta later. If you want me to review any edition of the National Geographic magazine, i can do that. By the way, what's with Charles Darwin sending letters to his friends talking about animals and plants?

Syad, Paan & Syazwan



Comot



Haiwan herbivor adalah haiwan yang memakan rumput



Burung di lautan atlantik



Island in the sun. Hep hep.



Keep Fishin'



Atlantic ocean. The bird above is one of the birds you see there.



Saturday, 16-Dec-2006 21:49 Email | Share | | Bookmark
Terpegun Dan Terpesona Ah Ah

 
 
 
View all 15 photos...
Amigo-Amigo Generasimu:

Mei Ann Taman Desa, KL. Pakar Kanak-Kanak


Saya Taman Midah KL. Pemandu Helikopter Brubbb brubbb


Dwayne County Galway, Ireland. Pengkritik Filem.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawatan Sambil Belajar Ke Letterkenny. Karangan Rumusan Tentang Apa Yang Kami Lakukan.

- Mengeluh.Terbatuk-batuk.Membeli dan membakar pizza.Menonton rancangan reality.Menonton wayang di pawagam tempatan.Filem Al Gore tentang alam sekitar dan alam semesta.Ke hospital.Melihat beberapa operasi pembedahan.Mengambil pen-pen percuma di gerai-gerai berdekatan.Adik bermain kapal.Saya tidak bermain kapal.Menyaksikan pelangi selepas hujan.Menyaksikan hujan kembali selepas pelangi.Mengeluh lagi.Tora datang lagi.Titisan titisan hujan menyuburi flora dan fauna.Indahnya dunia.Berlari lari anak.Berjalan jalan bapak.Ke Tesco.Dwayne belanja saya biskut Ritz kegemaran saya.Yay yay.Beli air tin Coke.Minum Coke selama 6 hari berturut-turut.Dwayne yang sakit perut.Bukan saya.Bukan saya.Saya tidak bersalah.Melihat Nakamura menjaringkan gol ke atas Manchester United.Hari hari yang panjang.Berpantun.Berulek mayang.Berwayang kulit.Berdondang sayang.Bermadah helah seperti makcik Ziana Zain.Mengetuk-ngetuk gitar tong.Keluhuran perlembagaan.Kedaulatan undang-undang.Di mana silapnya?

- Ke Perpustakaan membaca buku.Membuat rujukan, mentelaah dan mengulangkaji pelajaran.Menjadi orang-orang yang baik lagi bersopan santun.Menghormati orang-orang tua.Berbudi bahasa.Keanggunan lembut bicara.Rajin berusaha.Bersatu teguh, bercerai kahwin lagi.Dia berkeluarga, bukan lagi rahsia.Oh tidak.Mengapakah begitu?Mengapa perlu?Beratur dalam barisan.Dari kiri, cepat jalan.Ke kanan pusing.Apa apalah.Tersenyum sipu.Berpura-pura senyum.Hati riang.Riang ria.Alam ria cuti sekolah tajaan nestle.Manisnya oh putus cinta kali pertama.Dolly dan anak patungnya yang bernama Suzy.Persis bidadari bernama Alice di alam khayalan.Mata bertentang mata.Hati Berdebar.Degupan jantung lub dup lub dup semakin kencang.Tidak mungkin dia suka saya.Dia orang putih.Kenapakah dia memandang saya begitu?Kacak dan tampankah saya?Tidak.Saya tidak setampan Yusry KRU, Norman Hakim mahupun AC bin Mizal.Ah, lupakan saja.Lirikan matanya memikat kalbu.Lenggang lenggoknya mengalahkan lenggang lenggang kangkung.Terkena lontaran senyuman misteri, siapa gerangan sang puteri?

- Ke Restoran Azzam.Membeli nasi goreng kambing tika masala.Dwayne membeli Kambing Balti.Mei Ann memesan Kambing Cili Masala.Kami gemar memakan kambing.Kambing mengembek.Ayam berkokok.Air pasang dalam, surut pukul lima.Makcik seorang doktor rupanya.Makcik dari Pakistan.Makcik suka cakap Insyallah.Makcik suka Shah Rukh Khan.Saya kenal dia dan Pretty Zinta sikit-sikit sahaja makcik.Saya tidak begitu gemar akan filem-filem Hindustan.Mak saya suka lah.Mei Ann orang Cina makcik.Dwayne orang putih lah.Takkan orang Bidayuh pulak.Ayah saya orang Cina, Ibu saya orang melayu makcik.Makcik kata patut lah saya nampak pandai.Mana ada saya pandai makcik.Sifir 12 pun saya tidak berapa hafal.Siti sifir dan beruangnya pandai lah.Saya sayang ibubapa saya.Makcik sayang saya kah?

Di buai awang-awangan Pak Awang.Selamat Tinggal Letterkenny.tut tututu tuu..

Ritz


Pelangi


Makanan India


Mei Ann & Dwayne



Sunday, 10-Dec-2006 14:52 Email | Share | | Bookmark
Kisah Seorang Ah Beng (yang emosional)

Instructions
Pingat emas
King of the World. Some school theater project.
View all 7 photos...
"Of all the places I've been to, the heat & the dirty roads of KL is where i enjoy the most."



My Life Is My Parents' Biggest Television.

1. My main mission statement is to make my parents happy. I'm writing this because i was inspired by drinking pineapple juice, watching a documentary about chimpanzees & grizzly bears and someone calling me emotional. That is so f ***ing true, the true-est description somebody has 'described' me for a long while. In a few months time, i will get paid to look after sick people and being emotional about them. Kurt Cobain wouldn't be the man he was if he wasn't emotional (in his writings & life), Shakespeare's work was so real, so emotional i thought he was a woman. But hey wait, legendary emotional songwriters, scriptwriters, authors are usually men, aren't they? Do i want to become Kurt Cobain, John Lennon or Shakespeare? Hell no, because these men didn't achieve what i achieved - being me.



2. When i came out of my mum's uterus (normal vaginal delivery at 40 weeks, without epidural) in some labor ward at University Hospital KL on 8th January 1982 (very soon I'll be 25), i was so emotional. The first thing i did was cry. Cry cry cry. Crying and being emotional were the first things i ever did, so as a competent human being, i should be good at those by now. My mum should have noted the sign that i will become one emotional man - she came in to the delivery suite at around 8 in the morning and i came out at 7.45 pm. It took me almost 12 hours to make the short journey from the uterus - birth canal - doctor's hand (I am the first child anyway, so that's pretty normal as the competency of the cervix decreases with the more number of births). From there on, i would lead an emotional life full of ups and downs. By the way, the obstetrician who delivered me was my mum's cousin.



3. Oh yeah, these old pictures were taken by the legendary prolific photographer - my dad. When i was little, like other kids, i wanted to take some pictures with the camera too. I wanted to be like my dad. What he can do, i want to do it too. Like other parents, my dad usually won't allow me to use the camera when i was small, fearing i might drop the camera or something. He knows me well because at 24 years old, i still drop the camera. Anyway, being the emotional guy that i am, sulking was and is the best trick to win especially against my parents. When i started to make some weird sulky face, my dad would let me take pictures with his camera. The picture above is a picture of my mum and my dad that i took some 19 or so years ago. If you've been to Paris, you know that is at the base of Eiffel Tower. If you understand what i just said, you will notice the worry-look on my dad's face and my mum's laughing (when father and son has this childish emotional fight, the mum usually laughs)




4. From the labor ward in KL to the United States, I've met a lot of people in my life. Different colors, different backgrounds. It made me realize that we are actually all the same. There's no one race that is superior to the others. If people think the White-Caucasian people are the superior race, i disagree. From my experience academically ( & some other things), i can perform as good as those western people if not better. It's not an overstatement to say that i used to perform better than the other American kids. Not saying I'm one super human being or something. Just saying that whoever we are, we are as good as other people. We don't need special help, special rights, don't need to threat other races, don't need to yield the keris to make us better. If on a plain equal playing field, one below-average idiot Malay-Chinese from the labor ward of UH, KL can do it, you all can do it. We are not performing these days because we are spoiled with too much luxury, scholarship, special rights/help. Those without these help usually do better today if you notice.

Going through a period of wearing kopiah & being a good Muslim. Below: Pingat emas dalam acara lari dalam gelung rotan. Me standing second from left.



5. Above all, life in Malaysia for me is the most memorable. And emotional. I'm one emotional guy remember? When I got 10A1 for my SPM 7 years ago, i became very emotional. I was emotional not because i felt good about myself, but because i knew my parents will be super happy. Back then, you can count with fingers (with the help of a non-scientific calculator) the number of students who got straight A1s (nowadays you need a scientific calculator, everyone seems to score straight As). Why am i telling this? Show-boating? Maybe not*, if i was i would have talk about it before, not after entry #190 plus this is the only and last time I'll mention it. Just to tell that yes, i am one below-average-not so intelligent-emotional man. I'm emotional for my parents. Those gold medals, praises, A1s, academic success, non-academic success which Cobain, Lennon, Shakespeare would never achieve are for my parents, for their success in bringing me up. Not for me. I'll get them from my kids, if i'm a successful father, like my father.

* if people think 'yes', maybe that's true also. The Chinese culture is to show-off and if you don't like it, we don't negotiate. It's always our terms, not your terms.

NB: No regret in writing the piece in the previous entry. It's a free country. Everyone's entitled to their opinion. Just hoping people are more responsible for their comments by not appearing anonymous. Anonymous = cowards. Come on, we are better than that.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net