Want your
own Fotopage?




































 
Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-May-2009 07:04 Email | Share | Bookmark
Cheras Medikal

Doctors Caught Napping (By Some Deputy Minis-tah)

Hello semua. Harap sihat hendaknya. Saya jarang bercerita tentang kerja saya dalam bidang perubatan yang tidak seberapa ini, tidak seperti doktor-doktor lain yang mempunyai blog dan suka menceritakan perihal kerjaya dan masalah rumah tangga mereka, terasa diri mereka adalah pelakon drama bersiri Skrub, Anatomi Grey, dan Ampang Medikal.

Cuma sekali sekala saya suka memberi komen dua sen tentang isu-isu perubatan semasa. Baru-baru ini ada isu gempar melibatkan doktor di HKL:

1. Deputy Minister Saravanan Catches HKL Doctors 'Napping'
2. Timbalan Menteri WP 'tangkap' doktor HKL
3. Doctors at emergency department caught "pants down"

Napping GP


Are We Human? Or Are We Doctors?

- Ini bukanlah doktor yang 'ditangkap' oleh menteri terbabit. Ini adalah seorang doktor dari Cheras di sebuah klinik swasta. Dia bekerja 13 jam terus pada hari sabtu ketika muda mudi lain yang lebih cool daripadanya berhibur-hibur bersama rakan-rakan mereka di Starbucks sambil menonton perlawanan bola sepak Manchester United yang mereka sokong kerana ramai orang lain sokong pasukan tersebut.

- Ini perkhidmatan swasta. Doktor ini hendak tidur ke, hendak menonton One in A Million menyokong anak Cheras Tomok ke atau hendak membuat apa saja tiada siapa dapat menghalang beliau*. Beliaulah boss di klinik ini. Pendapatan klinik bergantung spenuhnya atas kehendak doktor ini. Menteri Kerja Raya, Menteri Belia dan Sukan ataupun Perdana Menteri sekalipun tidak ada kuasa untuk menangkap beliau atas tuduhan tidak membuat kerja.

- Dalam perkhidmatan kerajaan, doktor2 tidak ada kelebihan itu kerana setinggi mana pun pangkat mereka, boss mereka adalah Kerajaan. Akan tetapi di hospital kerajaan, tidak kira siapa pun anda - Tan Sri ke, Artis rancangan realiti ataupun timbalan menteri sekalipun - anda tiada kuasa untuk membuka pintu bilik doktor sesuka hati melihat apa yang sedang dilakukan oleh doktor. Kalau sayalah doktor yang terlibat itu - saya akan memanggil pak guard dan mengheret timbalan menteri Saravanan ini keluar, itu bidang kuasa doktor disebalik pintu.

*Mengikut etika tatasusila kerja, ini semua dilakukan ketika tiada pesakit/bukan dihadapan pesakit.

Kecemasan & Trauma Hospital Putrajaya


- Menteri tersebut sepatutnya lebih peka terhadap masalah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau - hal ehwal Wilayah Persekutuan. Masalah mat-mat rempit dan mak nyah di Chow Kit ada ke menteri ni turun padang selesaikan? Kebarangkalian anda akan berjumpa menteri ini lepak2 dengan kawan2 India/MIC beliau di restoran mamak Al-Malek, Pekeliling (dekat je dengan HKL) adalah lebih tinggi berbanding di operasi2 mencegah mat2 rempit/masalah2 lain di Ibu Kota.

- Tuduhan yang dibuat oleh Saravanan juga agak exagerrated nampak sangat seperti mahukan political mileage sahaja (bilangan pesakit 20 etc) . Siasatan menunjukkan doktor2 tersebut telah pun tamat shift mereka dan bilangan pesakit sebenarnya tidak pun sampai 10 di kawasan hijau (Green Zone) - kawasan di mana pesakit-pesakit tidak kritikal pergi (demam2 batuk biasa, tersepak kerusi, gatal ketiak, tidak sakit tapi mahukan mc sahaja). Sepatutnya pesakit-pesakit ini ke klinik kesihatan/pesakit luar kerajaan berhampiran rumah mereka sahaja.

- Green Zone/Kawasan Hijau di Unit Kecemasan/Accident & Emergency ini bagi saya punca utama masa menunggu yang lama di hospital-hospital kerajaan. Baru-baru ini saya ke kursus "Trauma Update" di Hospital Sungai Buloh dan antara perancangan masa depan Unit Kecemasan di Malaysia ini ialah untuk menghapuskan Green Zone ni.

Dr Sebastian (HKL). Dr Vicknesh (Urology HKL), Kapt. Dr Farid (some military camp in Sabah) & Dr Wan Shahirah (O&G Hosp Putrajaya) - Restoran Berjaya, Jalan Pahang 2008.


- Kalau anda yang memang jenis ke hospital, dan anda hendak ke hospital kerana ketiak anda ada kurap anda tentu akan ke unit kecemasan dahulu. Apabila tiba di unit kecemasan, anda akan memberitahu pembantu perubatan (MA) di situ yang anda hendak berjumpa doktor kerana anda ada kurap. Setelah menggelakkan anda dengan member2 diorang, MA tersebut akan menghantar anda ke Green Zone di mana anda akan berjumpa doktor 2-3 jam kemudian.

- Kenapa 2-3 jam kemudian? Nama pun unit Kecemasan/Accident & Emergency. Kurap anda tu kecemasan kah? Sudah tentu bukan. Malaysia kekurangan doktor, jadi doktor-doktor yang beberapa kerat tu je akan lebih menumpukan perhatian kepada kes kes di red atau yellow zone dahulu. Ini adalah antara isu yang dibincangkan di kursus Trauma Update. Masalah-masalah green zone tidak sepatunya ditempatkan di Unit Kecemasan. Pesakit-pesakit green zone ini sepatutnya ke klinik pesakit luar hospital (kalau ada, HKL ada, pilah takde) atau klinik2 kesihatan berhampiran. Kalau nak lebih cepat, ada duit lebih sket/panel bayarkan pergi sahaja lah ke klinik swasta.

Farid, zaman-zaman kat Ward 11 Unit Pembedahan Am (UPM Colorectal Team) HKL 2008


- Cuma satu saya tidak faham, sudah habis shift apasal nak lepak dekat hospital lagi. Bila komplen gaji tak cukup, bawak naik isu kerja berjam-jam. Tapi bila dah habis kerja tak nak pulak balik rumah. Balik aaa terus lepas kerja, tido ke main video game ke, dengar lagu XPDC - Cinta Kenangan Silam, Sakinah, Tak Nak Jadi Soh Chai, Tak Nak Jadi Chua Soi Lek ke....

- Lain lah kalau anda hendak memecahkan rekod doktor gambar pertama tersebut zaman-zaman beliau bekerja di HKL. Cuba ke bilik bersalin HKL dan tanya doktor mana yang pernah oncall 58 jam tanpa henti di Labour Room tersibuk di Malaysia? Memang syok sambut baby ni. Takde komplen gaji tak cukup.

- Dalam berita lain, anda terkejut Tomok menang sejuta ringgit? Tiada apa hendak dihairankan, budak-budak Cheras memang hebat berbakat kau memang da C4. Tomok memang layak menang atas merit. Pengkritik beliau mengkin mengatakan beliau tidak pandai berbahasa Inggeris. Tapi ini Malaysia bang, anda sepatutnya lebih malu kalau anda tidak fasih berbahasa Melayu tidak kira bangsa apa anda sekalipun. Berbahasa Melayulah!

Your Napping GP,
MB BCh Bao (Ireland)
MMC Full Reg Number: 47**2

Hospital Bersalin, HKL



janji nama masuk paper.. Wed 6-May-2009 19:06
Posted by:yiyani  - [Link]
sapa yg over sbnr nye?? menteri??? pesakit?? doktor?? atau media..... bnd yg kecil d perbesarkan...
biasala..politik......
Thu 7-May-2009 12:50
Posted by:bedah bedebah.......aka pidah  - [Link]
agak serius jugak isu perubatan sekarang ya...
btw, saya kagum phallin bekerja 13 jam tanpa henti... wow!
Thu 7-May-2009 19:09
Posted by:nn  - [Link]
Betul jugak kata Dr Phalinn nie,kalau sakit biasa2 etc,ketiak gatal,kurap,dll pi aje kat klinik swasta...kesian kat doktor2 nie kerja byk dan tak cukup rehat..Lagi satu sy lihat ramai doktor dan nurse kita kerja kat saudi nie (dekat 5k org hospital kejer kat 1 saudi nie),tu tak masuk yang berkhidmat kat negara2 lain lagi...Itu pihak berwajib (tiru ayat 'karam singh walia') kene fikir laa mcm mane nak 'pikat' diorg keje balik kat mesia kan...wallahualam Thu 7-May-2009 22:37
Posted by:a'sang Ericsson KSA mashairul@yahoo.com  - [Link]
Dr Phalin..salute betul dengan this entry......... Fri 8-May-2009 00:15
Posted by:Sha_Doha
Hi Dr..sukanya tengok entry pasal kolo pilah ..sebab kita pun orang pilah..kerja kat hospital pilah ye..memang tak banyak aktiviti tapi aman kan..paling gah pun UPwell tu lerr..kita pun balik kampung last week,carik cendul dan mee hailam kat pasar...mee hailam tu paling sodap dalam donia. Fri 8-May-2009 03:16
Posted by:zuraidah zuraidah@tv3.com.my  - [Link]
well..betul jugak cakap ko phalinn..nape la nak lepak lagi kalau dah abes shift..balik la main guitar hero ke haha..memberku ade kat bilik sebelah time menteri itu datang marah2...suke hati je marah2 tanpa usul periksa...cuba la dia yg jadi HO keje oncall 36 jam tak balik rumah tak makan..boleh tak die??? macam die tak penah curi tulang jeee..achewah emo la pulak... Fri 8-May-2009 06:07
Posted by:naem  - [Link]
amboi..isu doktor ekau bantai yo..
realiti 'kisah' Dr di M'sia..
slmt berkhidmat dgn cemerlang, gemilang & terbilang..
Fri 8-May-2009 07:16
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Doctor ni kan kerja nya long hours, tak salah kalau dia tidur waktu rest nya, jangan tertidur waktu tengah rawat pesakit sudah! Fri 8-May-2009 09:06
Posted by:mummy jam  - [Link]
yeap . pihak media yg kecoh mengsensasikan keadaan. Fri 8-May-2009 10:13
Posted by:Faiz Zaki aka shadowmoon nighthawkdicaprio@yahoo.com
tu ler klau dengo citer sblh pihak jer
dok tembak org jer... bg ler org tu beri penjelasan ker
tak berterima kasih ker ngan org yg berkhimat tu, penat melayan kerenah org dari melayan kerenah robot niii...


ps: tambah 10minit ko sampai juasseh, tambah lg 5 minit batu kikir plak, pastu tambah lg 10 minit ko sampai bahau... anggaran ler antara pekan2 kat area situ ler
Fri 8-May-2009 10:59
Posted by:faried  - [Link]
Hehe....syiok bace Fri 8-May-2009 11:23
Posted by:aku aMin  - [Link]
::: askm bro phalinn wasssuuupp? [hehehe] tersenyum kambing gak bila saya baca
::: artikel bro di atas nih.. saya setuju pendapat bro.. tak kiralah apa jawatan kita,
::: kita masih lagi manusia, hamba Allah swt.. yg tinggi pangkatnya dlm dunia ini
::: adalah orang yg tinggi ilmunya dlm agama Islam.. bila buat umrah/haji, semuanya
::: sama, berpakaian ihram putih, solat bersama2 tanpa mengira bangsa atau pangkat
::: kecuali Raja mereka lah [huhu] itupun kerana Raja mereka lah kita dapat pi sana
::: dgn had bilangan jemaah tertentu & kemudahan para jemaah yg begitu baik sekali..
::: kalau takde Raja di sana, maybe pengurusan jemaah haji huru hara.. bercakap
::: pasal doktor atau cikgu sekalipun, kita masih mempunyai kehendak & keperluan
::: yg sama spt manusia normal.. doktor pon boleh sakit jugak & menjadi pesakit
::: kpd doktor yg lain.. biasalaa politicians, kadang2 ada udang di sebalik mee..
::: tambah2 dlm keadaan isu politik yg tidak tentu ini.. masa buat spotcheck tuh
::: maybe silap haribulan silap masa kot.. tengah2 tido, mereka buat spotcheck..
::: kalo dah abis keje, eloklaa lepak di luar opis, kat opis saya pon sama, pelik..
::: tapi setelah saya siasat [hehe] mereka yg sukee lepak kat opis walopon dah
::: abis keje sbb nak elak trafficjam, nak main internet sbb kat rumah takde, nak
::: elak jumpa isteri yg suka membebel atau anak2 yg suka buat bising [ekekeke]
::: maybe laa.. kalo saya mmg tak sabar nak balik rumah.. btw shot paling atas tuh
::: bro ker? rambut mcm sama jer [hehehe] teka ajer.. pandaii bro masukkan gambar
::: yg berkaitan dgn jalan cerita bro.. i likeeee, kelakar jugak [hehehe].. tak sangka
::: gak Tomok menang OIAM yee? [huhu] baru dpt tahu tadi masa dinner kat kedaii
::: dgn sahabat saya.. saya tengok Tomok byk kemajuan.. dulu saya dengar suara
::: dia biasa2 ajer, skrg bila dah masuk OIAM, boleh tahan! dah dpt sejuta ringgit
::: tuh harap2 buat sesuatu yg baik2, jangan2 guna utk afundi kakak dia, Isma
::: kat dlm AF [hehehe].. maybe jugak.. apa salahnya, kakak sendiri.. bro skrg
::: dah jadi doktor sepenuhnya ker? atau masih dlm tempoh tertentu? kat sini
::: FP nih pon ada kawan kita "itu yg kita mahu" [IYKM] abang dia doktor kat
::: area rumah saya nih [huhu] penah sembang2 masa breakfast di kedai..
~ great story.. saya sukee baca
Fri 8-May-2009 14:47
Posted by:::: Reactivate :::  - [Link]
hmmm cite yang menarik....
luahan rasa seorang doktor....
Sat 9-May-2009 01:09
Posted by:iezah azizam faimin97@yahoo.com  - [Link]
mcm melepaskan perasaan jer doc......... Sat 9-May-2009 08:31
Posted by:bEnG_OonG WasSZ........  - [Link]
Rajin ngapdet skang ye doc.Ohhh....bagus juga masuk sini up sikit pengetahuan tentang undang2 kat sepital gomen... Me ,memang ada pengalamanlah...kat Hospital Selayang,masa tu naufal umur setahun....demam seminggu x baik...then gi klinik UIA check darah semua,dia refer kat Selayang.Memang tension 3 jam tunggu...anak pon dah panas sangat...dok menunggu sampai mak ngan anak sama naik rasa nak nangis,ulang -alik pi toilet basahkan tuala wat jelum pala naufal...x terfikir lak nak letak cool fever!.I'm not sure if akak dlm zone hijau atau x.Baca entry Phalin ni baru tahu kat emergency ada zone.Dah tiga jam dok panggil,check darah semua,dia ckp...demam 37 ja x kritikal..kenapa doc UIA refer sini? Bla2 cerita dok tu kata ni sebab mak pak risau sangat tu yang dok refer kat sini? Wah....geram gak...dah doc soh refer ...kita gilahkan.Sebab kita based on doktor punya pemeriksaan.Kalo x taklah sanggup nunggu berejam...jumpa doktornya x sampai setengah jam....

Akak dua2 anak bersalin kat hospital kerajaan...layak GL untuk swasta but x de rezeki kot nak bersalin swasta ...hehehehe...Najmi di Hospital Daerah Kuala Pilah...Naufal di Selayang.Tapi kat pilah lagi best...sebab kebanyakan bidannya bidan lama.Pastu wad x sibuk...dok kelas 3 pon org x ramai sangat (layak wad kelas satu tapi dua kali bersalin...dua2 wad penuh kena dok wad 3).Wat keje memang penuh pengalaman.Yang x best misi semua senior...suka jerit2 kat pesakit...nape eekkk?.Kena kat Selayang seme pelatih...mak aii...seksa rasa beb.But misi baru2 lebih mesra dgn pesakit.

Pada akak...swasta ke kerajaan ke...kita kena respek doktor2,misi2.Terutamanya doktor kerajaan.Memang keje derang pack...doktor pulak x cukup.Yang penting kalau kita bertolak ansur...x de masalah...sama2 manusia.Kalau kita sebagai pesakit x cerewet...inshaallah....org nak layan kita pon x banyak masalah.Mcm YB tu pon entah2...ari tu baru dtg jenguk sepital.As for me...memang x pernah rasa dirawat kat hospital swasta.Sebab masuk sepital pon kerana bersalin je (xlah rasa apa2,sebab dok wad paling lama 2 hari...pas tu dah discharged).Tapi Najmi dah rasa...warded 4 hari kat Hospital besar Terengganu....
Sat 9-May-2009 13:00
Posted by:Tyha
akak mmg memahami kerjaya doktor ni..adik ipar akak pn doktor so kadang2 sehari la dia takde kat rumah sbb on call tu suma..so bila ada org komplen dalam paper..rasa terkilan jugak..tak pahamkan dorang yang doktor ni sikit..kalo nk perkhidmatan terbaik..suruh la anak2 dorang belajar rajin2 n jadi doktor bagi meramaikan doktor yang sikit ni kan..

org cheras mmg hebat..cam phalinn lah hihi..aritu ada rumah kena rompak ke apa kat taman midah..jiran phalinn kah hehe..kot2 kenal
Sun 10-May-2009 23:50
Posted by:genny  - [Link]
>> lets put it this way...
>> doctor is a noble profession...
>> everyone wants to help others but not everyone can be a doctor...
>> it is also a responsibility that not many can shoulder...
>> so...tahniah to all the doctors out there...
Mon 11-May-2009 01:32
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
yerlah aper pon profession terpulang kat diri sendiri kita manusia yang banyak kelemahan.. Mon 11-May-2009 05:27
Posted by:zairieza  - [Link]
Skali dah 2 entry saya terlepas, hehe.. Ouh hkl hospital tmpt saya dilahirkan..

re: Bila free tu balik2 la ke kampung halaman utk menenangkan fikiran.
Mon 11-May-2009 08:39
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
mmm malaysia tak cukup doktor.. kerajaan kena lebih kuota utk pelajar medik, banyakkan lagi jumlah penerima biasiswa.. mana yg tak nak balik tu, blacklist saja.. tangkap bila balik msia.. Mon 11-May-2009 15:05
Posted by:strozze  - [Link]
Dr Farid tuh mcm pelakon drama laaa dokter pon manusia jugaa..mana ada manusia yg perfect. Kalo ler semua medic student kat obersea nie ada kesedaran sivik mcm Phalinn...alangkah untungnya rakyat M'sia & juga kerjaaan M'sia... Mon 11-May-2009 23:16
Posted by:Arissa, Aydin, mummy & Dd  - [Link]
salam doc. phalin.. ..agreed wit u ...memang tertekan keje sebagai doktor di hospital kerajaan...(w/pun i x penah keje jadi doc...tapi penah berkasih ngan sorang doc.@HKL dulu...sakit jiwa ooh..berboyfren doc ni....rasa2nyer hospital tu dah jadi permanent resident diaorng...
tapi walau apa pun...kerjaya doc ni mulia >> membantu orang dlm kesusahan hingga sanggup mengenepikan gaya hidup sendiri....
Wed 13-May-2009 01:32
Posted by:bungamekar  - [Link]
hehe ... pkl 5 terus blah je ... x yah stay dkt office or hospital tu Wed 13-May-2009 03:08
Posted by:FarEast  - [Link]
doc..sy dh over due date..due sy 7 may..tp hari ni pon tak deliver lg..mcmane eh? Wed 13-May-2009 06:01
Posted by:seri serinorsyahada@yahoo.com
bro phalinn mmg sempoi r
kt pilah lg ke atau dah pindah?
Thu 14-May-2009 14:01
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
bila baca entri ni baru tau pasal zone2 yg ada di hospital tu.
Fri 15-May-2009 01:06
Posted by:dil  - [Link]
salam phalinn........
baru2 ni akak ke hospital sbb chicken pox...
kul 8 am dh terpacak kt hospital...kul 12 t/hr br selesai semua urusan.....
fuuh, mmg melekit ketiak menunggu..........
Sat 16-May-2009 07:18
Posted by:baayah  - [Link]
uii manyaknya zone2 kat spetal ihihi..
btoi tu kalo sakit sket2 watper nak g ke unit kecemasan...
Sun 17-May-2009 08:35
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
salam encik doktor
satu entri menarik ... dan menunjukkan betapa tiada perasaan la timb. menteri itu sebab bertindak melulu
apa pun ... saya nak bagitau yang saya bangga kerana walaupun tajuk entri doktor dalam bahasa inggeris tapi isinya tetap diisi dalam bahasa melayu
bukan senang nak tulis dalam bahasa melayu yang bersahaja dan menarik ... malah disulami dengan unsur-unsur keperlian secara berhemah
tahniah sekali lagi dan teruskan dengan luahan perasaan yang menarik untuk dibaca
Mon 18-May-2009 09:09
Posted by:AJ
tergelak sorang biler bace karangan kat atas nie... ahaks.. Mon 18-May-2009 16:49
Posted by:naqib najib n_9188@yahoo.com  - [Link]
Saya bekerja di industri Media.. Dalam hal2 sebegini kadang2 terasa malu pulak. Pihak media juga harus dipersalahkan, mengapa perkara2 seperti ini mesti digembar gemburkan, saya kira kaf lam ya nga yang sorang ni (sorry for my language) tu sebenarnya ada agenda lain dan berkepentingan politik. Bagi saya doktor juga seorang manusia biasa, perlukan tidur, makan dan rehat secukupnya sebelum memulakan tugas hariannya.

Kadang2 mereka ni macam tak nak paham, doktor2 di Hospital Kerajaan ni menerima pelbagai jenis pesakit dari pesakit tempatan, sampailah ke Bangla, Indon dan kadang2 Gurkha pun ada..

Bagi yang kaki 'komplen' dan yang cerewet giler tu, kalau tak mau tunggu lama2 pegilah dapatkan rawatan di hospital swasta yang perkhidmatannya seperti Hotel '5 bintang' tu. Siapkan je duit yang secukupnya untuk bayar bil nanti.. Klau tak belilah premium insurans kesihatan. Biar insuran je yang bayar bil tu..

Kepada Doktor2 di Hospital Kerajaan, khasnya Doktor yang menyambut kelahiran saya 42 tahun dulu di Rumah Sakit Daerah Kajang, serta Dr Phalin kami akan tetap kenangkan jasa doktor2 dan Misi2 (panggilan untuk Jururawat Wanita dulu2) serta Msai2 (Jururawat lelaki) semua.
Tue 19-May-2009 05:21
Posted by:badangperkasa  - [Link]
Opps.... Lupa pulak nak mentioned.... Budak2 CHERAS memang hebat... u know why?
Sebab aku pun budak CHERAS jugak..
Tue 19-May-2009 05:25
Posted by:badangperkasa  - [Link]
menteri tu nak publisiti murahan tu... Tue 19-May-2009 06:00
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia  - [Link]
sabaq Phalinn!!!! Tue 19-May-2009 09:17
Posted by:mama ca & luke mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
tak boleh tahan nak gelak....dah sampai jatoh kerusi pon.. Wed 20-May-2009 07:19
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
Kelakar sungguh... salam perkenalan Wed 20-May-2009 08:15
Posted by:husmira  - [Link]
hahaha! melepas kan geram nampak tuan doktor ni
biasa lah. manusia mana x penah buat silap. kalau x mau buat silap, x pyh buat apa². tp tu pun dh kira buat silap jugak tuh kan
Thu 21-May-2009 09:22
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
update plssssss... thank you Mon 1-Jun-2009 03:54
Posted by:Qilahlala  - [Link]
hi doctor...!!!
bunyi nyer mang hebat...
tp mungkin berat sebenarnyer utk org yg memikul jawatan tu...
walau pon saper kiter...enggineer, pilot, tukang gunting, cikgu, mr.mama cum photographer..ha ha ha..itu aku..
kiter semua samer...masing2 ader tgjwb kiter... adios...
Mon 8-Jun-2009 10:53
Posted by:onizuka  - [Link]
Doc memang cekap berbahas. apa yang Doc katakan tu memang betul.kadang2 orang suka salah gunakan ruang kecemasan dengan sakit2 yang tidak kritikal... Wed 10-Jun-2009 06:04
Posted by:Tuah  - [Link]
salam..berat yea tugas doc tuh..sy agree dh statement tuh..byk sr2 sy pon cite hal yg sm..smg kite diberi kekuatan, ketabahan dan keikhlasan dlm melayari kehidupan di dunia yg hanya persinggahan ini..btw, commenter takyahla smpai emo n sebut hal2 yg sensitif kaum ex : kaf lam ya nga..kn kite dh tau tu sensitif pd certain org, so takyahla sebut2..b profesional.mgkn lebih baik berkata dgn cara yg berhikmah.. Wed 17-Jun-2009 17:48
Posted by:missmy my_anbe2284@yahoo.com
Bro..amacam? Wed 24-Jun-2009 01:50
Posted by:Yusrii  - [Link]
Belum ada persiapan raya
jom Sulam Qistina dari BUkit Tinggi Indonesia
http://sulamqistina.blogspot.com

Cepat, Jangan Ketinggalan.....tengok2 dulu....sure ada yg berkenan
percayalah.....
Fri 26-Jun-2009 06:23
Posted by:unnamed
Kat Malaysia ni tak cukup doktor ke Phalinn, sampaikan kena kerja dalam jangkamasa yang lama?
Otherwise, Phalinn apa khabar?
Tue 30-Jun-2009 14:17
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Adeh..gelak kekek2 saya dgr phalin mengomel kali nih!
well saya paham keje2 doktor ni..ingat sng nak jadi doktor???
sng lagi mengkritik..pasal tula derang suke mengkritik...keje yang amat senang skali dlm dunia ni
Bab tomok tu saya sgtla suke de menang walopon saya juga bukan pemunat (peminat) or mengikuti (pengikut) OIAM tuh.Sesekali teringin juga layan2 lagu..tapi ape kan daya bizi mengalahkan tuan doktor saya nih!
Wed 1-Jul-2009 02:04
Posted by:bibu@wilda caw582@yahoo.com  - [Link]
doc....salam perkenalan...saya ada rumah kat taman waja nie..berminat nak beli x?blok saya blok E-02......berminat sila email saya....buat masa sekarang saya sewakan pd satu family... Tue 14-Jul-2009 14:09
Posted by:rafy rafaain@hotmail.com
Memang kesian kat Dr2 ni. Kat HSA JB ni pun tengok muka diaorang pun dah tau memang penat.....


http://rnzphoto.fotopages.com
Sat 18-Jul-2009 19:17
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
at last ada jugak dr yg berani bersuara.but how far will d govt listen to our jeritan batin? we don't really need the penganugerahan and such..all we need is just for the public to understand n be grateful.not to condemn us all the time.they think they understand what it feels like to be working for 58 hours non-stop.well they don't until they become doctors themselves.they think that being a doctor, we get large salaries and such.but they never know that with money, comes other prices that we have to pay.we sacrifice our free time, precious time with families n all other things that money can't buy (including love).its frustrating ok.. Mon 10-Aug-2009 10:00
Posted by:DrZaAnuar hanashamira@yahoo.com
maybe doctors are not even human.we r just robots that can work 24/7 without rest and can be fully functioning without getting sick/tired. Mon 10-Aug-2009 10:05
Posted by:DrZaAnuar hanashamira@yahoo.com
Kesian sungguh kat doktor2 ni... Saya salute sangat2 kat you all. Rasanya daripada semua kerja2 kat atas dunia ni.. doktor2lah yang paling saya hormat.Mulia sungguh hati kalian.Moga Allah saja yang dapat membalasnya. Mmmm.. boring2 lepas keja tu lawat2lah website ni yea..Business online.Pendapatan lumayan setiap minggu. Sila klik website ini http://www.my-successbiz2u.com/lela Mon 26-Oct-2009 14:56
Posted by:Rose


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.