Want your
own Fotopage?




































 
Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Apr-2009 15:15 Email | Share | Bookmark
Memang

 
Human Behaviour

Nostril Licking Good


Lembu: Moo, Hello there, ko boleh ke masukkan lidah ko dalam lubang hidung ko?

Saya: Apa ke hal pulak aku nak buat macam tu? Orang kampung cakap apa pulak nanti.

"Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa"


Banana Fields Forever (With apologies to Lennon/McCartney)

Nothing is real and nothing to get hungabout....Banana fields forever


Pakcik Kebun: Weh, ekau buat apo tu jang? Ekau nak curi pisang den ko?

Saya: Ambik gambo jo pokcik. Saya straight pokcik, tok buek eh kojo gitu.

Memang menjadi impian setiap budak lelaki yang suka akan muzik dan penulisan, mahu menjadi sehebat John Lennon. Ladang pisang tepi jalan ke Kuala Pilah inilah tempat lepak baru saya time-time saya terasa nostalgik, teringatkan zaman kanak-kanak sepertimana Lennon meng-nostalgic-kan zaman kanak-kanak beliau melepak dan bermain bersama kawan-kawan di rumah Strawberry Fields, Liverpool dalam lagu classic - Strawberry Fields Forever. Zaman kanak-kanak memang banyak guna perkataan forever ni.

Memori-memori persendirian classic memang mudah menjadi hasil kerja media yang classic jika diceritakan sendiri oleh tuan punya badan kerana biasanya ianya 'natural', ikhlas dan tidak dibuat-buat - Kampung/Town Boy (Lat), Penny Lane (Paul McCartney), About A Girl (Kurt Cobain) Strawberry Fields Forever (John Lennon), apa-apa oleh Adibah Amin, Angela's Ashes (Frank McCourt) etc.

"Living is easy with eyes closed. Misunderstanding all you see. It's getting hard to be someone, but it all works out, It doesn't matter much to me.
No one I think is in my tree, I mean it must be high or low. That is you can't you know tune in, but it's all right.That is I think it's not too bad.
Always, no sometimes, I think it's me, But you know I know when it's a dream. I think I know I mean a 'Yes', but it's all wrong. That is I think I disagree.

Let me take you down, 'cause I'm going to Strawberry Fields.
Nothing is real and nothing to get hung about.
Strawberry Fields forever."
- super lyrics by a genius.

Berpantun berdondang sayang norma budaya Melayu

"Heh, power gak adik ipar aku punya pantun ni"


Sebenarnya, dalam fikiran Encik Hasan: Empat anak yang lain dah sudah, yang bongsu bila pulak ni?

Gambar bukannya diambil di Perhimpunan Agung UMNO. Ayah saya orang Cina, cikgu sekolah rendah saya (Cikgu J. Lim) cakap bangsa ikut ayah jadi saya tidak layak menjadi ahli UMNO. Pernah ketika zaman belajar di luar negara zaman muda-muda dahulu ada rakan-rakan mengedarkan borang untuk menjadi ahli UMNO. Kata masa belajar tak boleh berpolitik, tapi jadi UMNO boleh pula. Pelik betul. Saya ambil borang itu, fikir masak-masak dan berkata kepada diri sendiri "I'm not a failure now...not a failure now" (to the tune of Moneen's "If Tragedy's Appealing, Then disaster's an Addiction"). Dalam tong sampah mana entah agaknya borang tu.

Gambar diambil di majlis pertunangan anak sulung Encik Hasan/Abang sulung Aqilah Hasan - Along bin Hasan (Azam Hairy Hasan). Dalam banyak2 gambar, gambar paling penting iaitu upacara menyarungkan cincin gila buruk saya ambik. Memang blur habis. Macam mana tak blur, tengah duduk2 relax2 takde angin takde ribut tetiba terdengar jeritan Puan Rokiah (emak Aqilah) menjerit di khalayak ramai "Phalinn! Phalinn mana?? ambik gambar cepat ni ha". Sudah sekian lama saya tidak dipanggil dengan sebegitu mengejut dihadapan orang ramai. Last sekali time belajar dekat Kolej MARA Banting 8-9 tahun lepas. Memang asyik kena panggil dengan Puan Nilawati suruh menyelesaikan masalah matematik dan algebra kat papan hitam depan satu kelas. Muka memang stok tak pernah siap kerja sekolah, suka pakai kasut warna coklat dengan rambut ala-ala Kurt Cobain sebab tu asyik kena target dulu2.

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku

Anak Penyu, Zoo Negara


Dapat dilihat anak penyu berenang dengan ekspresi muka yang agak kesedihan. Mungkin kerana rindu akan ibubapanya yang tersangkut pada jaring-jaring nelayan di Laut China Selatan. Sayangilah ibu bapa kita. Ajarlah adik beradik supaya menyayangi ibu bapa. Ibu dan bapa seorang boleh menjaga 10-20 anak mereka, 10-20 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu, seorang bapa.

Such a pretty house and such a pretty garden. No alarms and no surprises please

Denda


Kuala Pilah memang bersih bandarnya. Di pinggiran bandar, rumah-rumah semua cantik-cantik dengan laman2 yang bersih menghijau. Nak buat macam mana, memang tak boleh buang sampah kat Pilah ni. Buang sampah merata-rata kena denda 500, buang sampah dalam tong sampah pun kena denda 500. Kena adjust sikit sign board ni.

Birds & Me

Hornbill


Burung-burung memang suka menelengkan kepala mereka kalau saya ambik gambar.

Bandar Metropolitan Kuala Lumpur


Atas, gambar Kuala Lumpur di siang hari, minus Twin Towers. Cuba untuk memberi fokus kepada Menara KL tanpa mem-blur-kan bangunan-bangunan lain.

Bawah, gambar harimau bintang sedang lepak-lepak ambil angin di petang hari.

Leopard, Zoo Negara


*Lirik-lirik lagu, credit kepada penulis asal. Penulisan lain & gambar-gambar, saya sendiri. Tiada copyright. Bebas untuk diciplak. Tidak seperti jurufoto lain, segala darjah kebesaran tidak diguna pakai disini. Manusia sama sahaja




salam...rasa-rasanyer..doc.phalinn memang tak menang tangan yer.. duk HKP ni..ker banyak nau ibu2 yg melahirkan..(wah,berkembang biak..penduduk KP yer.. )..novelis kanak2 n zaman remaja antara lainyer..khadijah hashim... Tue 31-Mar-2009 02:17
Posted by:bungamekar  - [Link]
Wah....lama sekali baru up-date ye.Hehehehehe...tapi first time boleh jd komentar kedua ni... Tue 31-Mar-2009 03:58
Posted by:Tyha
>>salam kenal...
>>cantik2 gak gambar ni.. suka gambar leopardtu..
Tue 31-Mar-2009 05:49
Posted by:cho zila  - [Link]
wah seperti biasa..entry yang menikam kalbu

ps; sgt tidak sempat nak update fp..uhuk..rindu plak..blog pon otopublish
Tue 31-Mar-2009 06:23
Posted by:bibu@wilda caw82@yahoo.com  - [Link]
Sorryyy...dua kali posting...awak bertugas kat Hospital Kuala Pilah ke? Sebab kat hospital tulah bersalinkan Najmi...x pasal2 mamat tu jdi org Pilah... Tue 31-Mar-2009 06:37
Posted by:Tyha  - [Link]
really arr bro..it's less dangerous..hehe.
itu gambar rimau sama enggang sungguh kacak.
Tue 31-Mar-2009 07:03
Posted by:cak  - [Link]
Suka sgt pic anak penyu berenang tu. Tgk mcm tenang je... Tp gmbr lembu terkuar lidah tu superb!! Good job la phalinn. Congrats to aqilah sbb dpt kakak ipar.

re: We had so much fun during earth hour.
Tue 31-Mar-2009 07:52
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
pokok pisang apa tuh Phalinn? Teringin nak tengok pisang emas jual kat TESCO or ASDA di sini..mungkinkah?? Sungguh berkhasiat pisang emas..manis semulajadi buat cekodok pon sedap! Haii,,,bila anak bongsu en hassan hendak disunting sebagai suri?? re: Peminat Liverpool juga ke?? My hubby dah tak sabar nak tgk game Liverpool vs Hull di KC stadium nnt tak dpt ticket dewasa..ticket junior pon dia nak beliii...ishhhh sungguh tak faham dgn peminat2 bola nie! Tue 31-Mar-2009 10:09
Posted by:Arissa, Aydin & Mummy, Daddy  - [Link]
ko tak round ulu bendul lg ker
aritu aku siggah jap makan pisang goreng, lps berthn2 tak singgah
dh macam kolam renang plak jeram tu dia simen kn
ko pi jln atas2 skit ler br nampak waterfall nyer
klau ader lg la... aku pun dah lamer tak pi
Tue 31-Mar-2009 10:59
Posted by:faried  - [Link]
kenapa gambar2 kat sini semuanya cantik2...? huhu...wa manyak jeles maa,....

iya...kita semua insan biasa...takdela sehebat mana
Tue 31-Mar-2009 11:47
Posted by:mr aMin  - [Link]
>> whats cooking bro...?
Tue 31-Mar-2009 17:17
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
leceh le tak dapek nk tgk pic phalinn amik ni kat opis..dgn image pun kena block..arghhh tensiiii!..kene balik tgk kat umah le...tak gi mandi2 kat ulu bendul ke?phalinn bila nk buat entry masak2 hentam phalinn tu..akak rindu le nk tgk skil masak n gmbr skali hehe..teringat entry wat mee..lapar plak pagi2 ni.. Wed 1-Apr-2009 00:23
Posted by:genny  - [Link]
phalin dah raso lom cendol mamak kat busstand tu.. akak teringain plak.. almaklumlah.. ngidam.. heheheheheh Wed 1-Apr-2009 01:58
Posted by:zairieza  - [Link]
::: askm phalinn, [huhuhu] very2 funny story actually.. sonok plak baca..
::: especially part dialog tuh.. the good one is, about the politics [hehehe]
::: very nice entry, jalan citer besertakan gambar2 yg berkaitan.. bercakap
::: pasal gambar, saya sukee tul tengok gambar fokus/blur phalinn; burung
::: enggang & harimau bintang tuh, background dia beautiful, mcm gegar2
::: plak, very smart.. begitu juga dgn KL.. yep its true payah nak capture
::: pemandangan yg luas dgn so many subjects in one frame.. mesti ada
::: yg fokus, ada yg blur.. bagus gak bila bro tulis kat bawah sekali tuh..
::: no copyright, ciplak free [huhuhu].. woww, mmg boleh terasa tuuhh..
~ keep on shooting bro thanx!
Wed 1-Apr-2009 05:10
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
very spiritual Wed 1-Apr-2009 09:54
Posted by:Iva  - [Link]
salam phalinn.......
mcm mano kek kola pilah? seronok ko?
bila akak tgk kebun pisang tu, trs teringat lagu dangdut 'memori daun pisang'...
sedap lagu tu........ cantik2 gambo phalinn ni...suka akak tgk....
Wed 1-Apr-2009 15:26
Posted by:baayah  - [Link]
Tiap kali masuk FP Phalinn ni mesti buatkan aku tersenyum.... ada2 je idea kamu ni....
Tapi macamnapun FP kamu memang best. Tak rugi membaca apa yang tertera..
Anyway kat Pilah ni Posting ke Housemanship?
Wed 1-Apr-2009 17:56
Posted by:badangperkasa
suka tgk pic fauna ni... soooo cute......... Thu 2-Apr-2009 03:40
Posted by:iezah azizam  - [Link]
cantik corak bulu leopard tu kan..........
indah dinikmati ciptaan yg maha esa........
Fri 3-Apr-2009 02:14
Posted by:malaSSZZ  - [Link]
Terperanjat tengok gambar lembu tu kat sini....dia usik phalin agak nya... Fri 3-Apr-2009 08:12
Posted by:mummy jam  - [Link]
ganeh (ganas) jugak lombu tu..
flora ado fauna ado metropolitan pon ado..
macam macam ado..
Fri 3-Apr-2009 11:10
Posted by:srsfeqah  - [Link]
ahak lawak tengok lembu tu..
ala2 pakai celak gitewww
tp meleleh air mata tu kenape???
Fri 3-Apr-2009 11:20
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
hehehe... glamer puan nilawati yek, sampai masuk dlm fp ni...
ada gi visit banting ke, sejak dah bekerja ni?
Fri 3-Apr-2009 14:04
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
waaakakaaaa..pakcik tuan kobun pisang tu mmg la...!! Sat 4-Apr-2009 05:03
Posted by:mama Ca & Luke mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
Zinger satu! thanks! Sun 5-Apr-2009 14:28
Posted by:Qilah  - [Link]
:: sedap sgt lembu tu menjilat sampai ke idung hehehe
:: anyway lama tak jengok fotopages doc, dah balik sini yeek
Mon 6-Apr-2009 01:08
Posted by:azryshah  - [Link]
lembu tu..memang lembu ah~
nice shot.
gambar harimau bitang pun cantik juga. suke~
Mon 6-Apr-2009 03:52
Posted by:dil  - [Link]
phalinn, nak tanya pic penyu tu ko shoot mcm mana ek?? aku suka pic tu ...

satu lagi, pic ko shoot klcc tu dr mana?
Mon 6-Apr-2009 18:20
Posted by:FarEast  - [Link]
Walau sudah jarang jarang upload tetapi mmg syok baca.
Amacam DOc, ada happy nampak di Pilah. Hari tu aku lalu Pilah tapi tak berani nak singgah kat hospital Pilah .... kang oarang kata 'Gilo apo' sihat sihat nak gi spital.
Selamat berbakti doc!
Tue 7-Apr-2009 02:07
Posted by:baning  - [Link]
he he.. nasib baik la ada link gambar pn nilawati... menambahkan impak penceritaan kau ni..

sebut pasal 'natural', ikhlas dan tidak dibuat-buat, teringat aku band2 indie yug tgh naik kat msia skrg ni.. mereka tu buat muzik sbb passion, bukan kena ikut kompeni yg nak buat duit, tiru suara/lagu artis lain..
Tue 7-Apr-2009 10:16
Posted by:strozze  - [Link]
ingat tadi perbincangan untuk majlis doc phallin
nice entry! macam biasa.. nn suka!
Thu 9-Apr-2009 10:10
Posted by:nn  - [Link]
cantik bro...

lame tak masuk sini... jalan2 hehehe
Thu 9-Apr-2009 12:46
Posted by:tab_photo tab_tirmidzi@yahoo.com  - [Link]
salam tuan dokter. hows life? harap semuanya okeh yer
mak ai, kebuk pisang! klo ada tanah mcm tu buleh jugak becucuk tanam buat business kan
Fri 10-Apr-2009 14:05
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
amat terhibur melihat lembu itu..
seperti biasa. penulisan yang hebat..
Sun 12-Apr-2009 05:26
Posted by:yiyani  - [Link]
waaaaa.. da lme x update.
skali berpukal2 entry..
anyway nice pix.. especially the hornbill n the tiger..
tp da takut nak p Kuala Pilah.
Sampah kalo buang dlm poket sendiri kne denda RM500 ka?
Sun 19-Apr-2009 12:46
Posted by:faridbadarul  - [Link]
suka baca tulisan Dr. Muda. Suka sangat dengan gambar lembu dan 'katak puru' tu kata orang kedah. Menarik dan bersahaja. saya berumahtangga dengan orang Seremban. Tiap kali nak balik kampung kat Senanti akan 'terpaksa lalu bukit putus tu. Pertama kali lalu situ rasa macam nak muntah. Bila jam rasa nak putus kaki, menekan brek. Fri 24-Apr-2009 10:00
Posted by:Balqis aldrinabalqis@yahoo.co.uk
asalammualaikum sahabat boleh bagi tahu tak ladang pisang kat dalam gambar tu area mana ye, saya pergi k.pilah tak nampak pn Sun 22-Nov-2009 03:40
Posted by:napiah seman napiah_seman@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.