Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Mar-2009 17:17 Email | Share | Bookmark
Darul Khusus

HTAN
Bilik den
jam
0.3km dari rumah den, 1km ke Bandar Pilah

Kuala Pilah for Dummies, by A Dummy

Pe Khabo semua? Lamo den tak update fotopages den ni. Le ni den korjo Pilah ha. Mulo-mulo den korjo Soromban kojap, pastu den mintak tukar gi Pilah. Aman sikit sini, lagipun jiwo den ni suko suasano kampung kalo nak dibandingkan dengan bandor.

Genorally (secara amnya), Nogori Sombilan memang monarik ha. Orang-orang Nogori memang terkenal dongan kecantikan rupo paras diorang, macam kawan den Syad, angkasawan negara Sheikh Muzaphar dan jugo ponyanyi torkenal Hattan. Omak Aqilah pun orang nogori. Omak Aqilahlah yang bagitau den jalan nak gi Pilah ni, den tak pornah sampai Pilah sobolum ni.

Jalan Pilah-Seremban, dikala hujan


Jalan nak pi Pilah ni, orang Kolumpo cakap, berbelit-belit. Orang nogori panggil berbelit-belit apo, den tak borapa pasti lah. Den ni baru bolajar cakap nogori.

Jalan ni, kalo ada lori ko, kalo hujan ko, confirm jam. Kadang-kadang tutup terus sobab tanah runtuh. Memang poning kopala ikut jalan ni. Poning.

View from Blok D, Taman Waja


Den sewo rumah kat Taman Waja ni ha. Rumah pangsa kos rondah jo. Satu rumah ado 3 bilik, den duk sorang-sorang jo. Untuk hiburan, den pasang Astro dengan bawak internet celcom den. Kat Pilah ni takdo hiburan lain nyo, KFC ngan Courts Mammoth lah kodai multinasional paling gompak. Memang indie Pilah ni.

Rumah den dokat jo ngan hospital. Satu minit sotongah sampai bawak kereta. Den korja kat Hospital Tuankun Ampuan Najihah, atau namo pendeknya HTAN, nama panjang sikit dio HATTAN. Kat bawah blok C (den duk blok D) tu, ada gorai jual goreng pisang sodap betul. Tiap2 hari den beli ha.

Kuala Pilah Town


Macam den kato, bandor Piloh ni kodai persendirian jo semua. Tapi semua ado la, takdo halnya kalo nak cari barang, porabot ko. Panggung wayang takdo la. Bandornya bersih, parking pun sonang.

Ulu Bendul. Kain picknik siapa la campak dalam air


10-15 minit perjalanan dari bandor Pilah, ada taman rekereasi yang agak fomous yakni Taman Rekreasi Ulu Bendul. Kalo umah den takdo air, den datang sini la mandi air terjun.

Kopitiam


Macam bandor-bandor kocik yang lain, makan memang sonang kat Pilah ni. Banyak kopitiam cina indie yang halal. Harga jauh lebih murah banding ngan Starbucks. Tiap tiap hari kat tengah bandor lepas kul 6 ada diorang bukak gorai-gorai makan. Macam macam ada, Melayu, Cina & India punya food semua ada. Momandangkan rumah den takdo dapur, den memang kena makan luar aa. Cerek elektrik jo ada rumah den tu.

Katak Ulu Bendul


Atas gambo katak den jumpa kat Ulu Bendul. Den ambik gambar dia pakai lens wide angle sebab den malas nak tuko lens dokat ngan air. Katak ni buat bodoh jo ngan den, sebab tu den boleh gi dokat dia.

Bawah gambo bando Pilah. Pilah ni bando Cina, bangunan2 semua klasik pre-merdeka punyo. Memang best nak ambik gambo kat Pilah ni. Pasni gambo gambo den, lebih kepada suasana kampung yang memang sebati dongan jiwo rago den. Marilah melawat Kuala Pilah.

Town, Kuala Pilah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net