Want your
own Fotopage?




































 
Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Dec-2008 00:00 Email | Share | Bookmark
Entry untuk sebulan, mungkin setahun (Panjang)

She holds a smile like someone would hold a crying child.


Socialism

- Saya tidak mempunyai akaun laman-laman web social seperti Friendster, Facebook mahupun Myspace. Akaun Friendster berikut yang menggambarkan saya sebagai pemiliknya adalah sesuatu yang dusta lagi palsu. Ingatkan artis-artis sahaja yang diciptakan profile-profile palsu sebegini. Kali terakhir saya mempunyai akaun laman web sosial adalah 5-6 tahun lepas. Friendster, Facebook etc. hanya sesuai untuk remaja-remaja trendy masakini sahaja, bukan untuk golongan berumur & tidak cool seperti saya. Saya berumur 26 tahun.

- Pihak yang bertanggungjawab mencipta profile itu adalah seorang 'Con Man' yang gagal. Banyak kesilapan fakta pada profile 'saya' itu:

a) Saya bukan seorang designer*. Company saya bukan fotopages.com. Majikan saya Kementerian Kesihatan Malaysia, saya seorang graduan dari negara yang tidak dikenali, Republic of Ireland. Anda tentu boleh mengagak saya bekerja sebagai apa.

b) Hobbies & Interests - photography. Photography bukanlan hobi utama saya. Mengikut anggaran saya, saya mepunyai 12 hobi, photography mungkin ranking number 8. Favorite books - any books, any magz. Kalau saya yang menulis, saya tidak akan menggunakan perkataan magz ataupun apa2 perkataan yang kononnya cool bunyinya (eg, giler, boo, chillin', kolloborate yeah yeah dan lain lain) . Any books, any magz bukanlah buku-buku kegemaran saya. Saya sukakan buku bukan-fiktional dan saya membaca majalah Reader's Digest setiap bulan +/- majalah lain (PC Gamers, Libur, Digital Camera, Max It - ni majalah IT, bukan majalah penuh dgn gambar perempuan separuh bogel - Maxim).

c) Favorite Movie - too much to list. Saya bukanlah penggemar wayang sebenarnya. Some kind of Wonderful adalah filem kegemaran saya jika disuruh pilih & saya sukakan filem-filem Hong Kong. Favorite Music - R&B & Indie - Tiada perasan terhadap genre R&B, telinga saya lebih kepada indie-pop Amerika Syarikat (The Shins, Death Cab, Postal Service & Beulah). Indie Malaysia 90an boleh layan lah. Sekarang Malaysia punya Indie dengan Rempit dengan Fashionistas Bimbos/Metroseksualist Kapitalist peminum Starbucks susah hendak dibezakan. Semua sudah disatukan. Filem Mat Rempit Kami pernah berkata - Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada. Esok belum tentu ada duh. Sembahyanglah sebelum disembahyangkan! Baru hidup tak palat.

Lastly, rancangan tv kegemaran saya adalah Bulletin Utama, Pepaya dan apa-apa di Animal Planet. Dan juga, saya bukan 'a simple guy', walaupun saya pernah memberitahu saya seorang doktor yang simple, in general, i'm a complicated guy, who, while acknowledging that my girlfriend is my favorite person outside my family, loves to take pictures of wildlife and nature instead.

*A lot of strangers thinks i'm a designer whenever i happen to talk to them. They say i look like a designer. Wow, never thought designers were this bad looking. 9 out 10 times i wouldn't reveal my real job. I'll most likely tell them i'm an office boy by profession.

Penulis surat bersama emaknya. Circa 1986-87. Florida, USA.


The Microsoft Words Is Mightier Than The Sword (Perjuangan Rakyat Biasa - A Memoir)

"Doktor nak merayu jugak ke? Tak pernah akak dengar doktor lelaki, bujang diterima rayuannya especially kalau dah dapat Johor. Doktor Barath (nama sebenar) 5 kali appeal, lima lima tak dapat. Unless doktor ada cable atau surat perubatan cakap doktor sakit lah" kata Kak Fiza, akak dekat bahagian Perkhidmatan yang menjaga hal ehwal Houseman kepada saya sebulan setengah yang lepas. "Paling lewat minggu depan bagi akak surat appeal doktor eh". Saya diam tidak berkata apa-apa kecuali dalam kepala saya terfikir "Go to hell with cables, cronyism, faking illnesses & corruption, democracy of the average citizen will and shall prevail".

Dengan Microsoft Words 2007, saya mengarang surat rayuan saya, tengah malam di awal November. Di antara perenggan, kadang kala muncul suara-suara defeatist "sia sia sahaja taip semua ini, mana pernah dalam sejarah, orang biasa diterima rayuannya. Pergilah Johor, tak cukup sangat kut doktor dekat sana". Namun diteruskan juga mengarang sehingga siap surat tersebut, di cetak di komputer bawah dan ditandatangani oleh saya.

Keesokkan pagi surat diserahkan kepada kak Fiza. "Aik, selai [sic] je doktor? Mana pernah orang tulis surat rayuan sehelai je. Confirm tak dapat ni. Tengok surat orang lain, 5-6 muka surat siap ada dokumen-dokumen tambahan" ujar kak Fiza seakan-akan memperlekehkan surat dan usaha saya. Tetapi saya tidak pernah terasa pun dengan kata-kata Kak Fiza itu. Kak Fiza saya anggap macam kakak saya sendiri. Semasa beliau kali pertama datang ke klinik ante-natal untuk memeriksa kandungan beliau 2-3 bulan lepas, saya jugalah yang volunteer untuk menjadi 'doktor booking mengandung buku merah" beliau. Dengan kekuatan hujah-hujah saya, saya yakin surat sehelai tu bakal mengubah nasib saya.

Di rumah emak saya bertanya apa yang saya tulis dalam surat rayuan saya. Satu demi satu hujah saya persembahkan kepada emak . Muka emak berubah, "Boleh ke tulis camtu, nanti kerajaan terasa and you kena buang kerja cam mana?". Saya menjawab "Kalau sebab cakap macam tu pun nak buang kerja, saya kerja di Ireland atau UK sahajalah. Selamat ada degree overseas." "Saya kena jujur dengan orang orang macam ini, Arwah Tun Dr Ismail tentu kecewa kalau beliau tahu situasi sekarang dalam kerajaan."

Sebulan setengah berlalu. Kurang 24 jam yang lalu Kak Fiza berkata kepada saya "Wah dah potong rambut eh doktor, baru aa smart. Doktor tulis apa ye dalam surat doktor? Dapat Negeri Sembilan* ni, orang 5-6 muka surat siap lapik macam macam dokumen pun tak dapat. Nanti before lapor diri kat Negeri Sembilan bagitau akak ok." Tersenyum, saya beredar. "Average Citizen Honesty & Democracy 1 vs Cronyism 0" kepala otak rakyat biasa saya berkata.

*Setelah keputusan rayuan dikeluarkan saya ditempatkan di Negeri Sembilan pula. Retrospectively, kesilapan dipihak saya kerana saya meminta tiga pilihan - KL, Selangor dan Nogori. Kalau saya letak KL dan Selangor sahaja mesti dapat KL atau Selangor, menyesal pulak saya letak Negeri Sembilan. Akan ke Seremban pada Januari 2009. Secara rumusannya surat saya setebal satu helai itu menekankan pentingnya anak-anak Malaysia dibebaskan daripada ancaman korupsi dan cronysm dan juga point point lain. Banyak hentam polisi kerajaan lah. Tiada cable, tiada surat pura-pura sakit, tiada hujah murahan (eg "bakal berkahwin", "nanti takde orang nak bagi lembu kat rumah makan")

Hospital Putrajaya


The Nazi in Me

- Saya sepatutnya ditahan di bawa ISA.

- Ketika makan tengahari bersama rakan saya, seorang doktor lulusan London yang bekerja di Hospital Putrajaya (beliau menggunakan cable untuk ke hospital itu, tetapi beliaulah satu2nya doktor bercable yang boleh saya tolerate, satu kepala) kami membincangkan perkara-perkara berikut:

* saya bertanyakan beliau pendapat beliau tentang Ketuanan Melayu, saya juga bertanyakan bangsa apa didunia ini yang beliau tidak suka. (Ini adalah soalan standard yang saya suka bangkitkan jika anda lepak bersama saya).

* sambil menunjukkan beliau buku biografi Adolf Hitler yang baru saya beli (beliau juga meminati Hitler* & Perang Dunia ke-2), saya memberitahu beliau rancangan saya untuk jangka masa yang sederhana panjang.

a) memandangkan dunia politik hari ini dari pihak kerajaan dan pembangkang kelihatan seperti tiada insipirasi untuk rakyat, saya akan menubuhkan parti politik saya sendiri. Saya akan merampas kuasa daripada parti pemerintah & meminta perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk saya memerintah sebagai diktator dimana Tentera dan Polis akan berada dibawah kawalan saya.

b) Saya akan merobohkan Putrajaya dan menjadikan Cheras sebagai pusat pentadbiran serta ibu kota negara. Lapangan terbang akan dibina dan syarikat penerbangan akan menukarkan haluan peneberbangan mereka (London-Cheras, Cheras-Guangzhou 99 sen, tiada surcharge etc).

c) Semua remaja lelaki 12 tahun ke atas wajib menyertai Program Khidmat Latihan Bola Sepak Negara untuk menaikkan kembali martabat bola sepak negara terutamanya di bahagian penjaga gol. Kegagalan menyertai program ini akan menyebabkan keluarga terlibat dihantar ke kem-kem konsentrasi.

d) Semua graduan universiti wajib bekerja, industri berat/besi akan dipertingkatkan, pekerja-pekerja warga asing akan dihantar pulang. Pekerja Malaysia di negara lain akan dipanggil pulang.

e) Bangsa ******* akan dihapuskan secara sistemik. Rejimen Tentera akan diperhebatkan dan selepas itu saya akan menggabungkan Malaysia & Singapura, menakluk Thailand, Brunei, Vietnam serta Myanmar. Akhir sekali saya akan menakluki Indonesia dalam operasi yang dinamakan Operation Barbarossa II.

"Biar benar ko ni. betul ke?" kata rakan saya muka ketakutan mempercayai sebijik-sebijik point saya. Mungkin disebabkan nada serious saya beliau ingatkan saya memang hendak merampas kuasa. Angan-angan sahaja semua itu, orang biasa seperti saya tidak layak memerintah negara.

Selamat 2009 semua, kalau tidak berjumpa lagi. Secara jujurnya kebelakangan ini saya terasa macam sudah hilang minat untuk berfotopages lagi. Ambik gambar juga sudah sangat jarang.

*saya minat Adolf Hitler. Kalau disuruh undi personaliti paling berpengaruh pada abad ke-20, beliaulah orang yang saya undi. Bangsa apa yang hendak saya hapuskan? Hanya rakan saya itu yang tahu & ianya bukan bangsa Yahudi.

By the man himself

wah.. sy pon minat gak ngan Hitler ni. ade skali sy beli buku cm ni gak, tp tulisan dlm bahasa jerman. Wed 17-Dec-2008 01:39
Posted by:unnamed
waahh..peminat Hitler rupa-nya..
hmm..besar cita2 Dr ye..all da best..
slmt ber-tugas d n9..sy org nogoghi..timo kasih..
Wed 17-Dec-2008 02:35
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Selamat bertugas di Negeri Sembilan , doctor. Nak tahu jugak ape yang Phalinn tulis kat dalam surat rayuan tu... Wed 17-Dec-2008 06:18
Posted by:mummy jam  - [Link]
wuhuu.. phalinn got a stalker..
good luck in seremban.. sian orang2 johor yang visit fp phalinn.. ternanti-nanti diorang..
Wed 17-Dec-2008 08:00
Posted by:yiyani  - [Link]
dia tak ajar tutorial la.. dia cuma suh pi cari sendiri kat deviantart je.. huhu.. pastu pepandai la google tutorial.. Wed 17-Dec-2008 08:11
Posted by:yiyani  - [Link]
Nak pindah Soromban pulak ko jang? Tak kirolah mano pun, kojo elok elok yo.... Wed 17-Dec-2008 08:43
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
salam..
gelak besar baca cerita doc.phallin..
nanti kalu i ndak transfer ker apa ker..u ajar i camner ndak karang ayat..baik..punya..
re: feel sorry..kalu customer biasa kami x dapat tolong.. tp kalu u corporate customer yg kurang2 mesti ada OD loan RM3.0 million, kami tolong...(jgn kata lak ni karenah birokrasi yer doc.phallin.. ) memang keje baru nampak lebih susah kerna "bermain" ngan angka2 yg kekadang dah x reti ndak letak titik sen nyer.. tapi seronok mencuba benda baru pulak..
n good luck to u too..keep continue yr fp yer..salam
Wed 17-Dec-2008 08:50
Posted by:bungamekar  - [Link]
laaa.. ingatkan nak datang johor.. heh appeal pulak ye.. anyway.. gud luck in seremban Wed 17-Dec-2008 12:19
Posted by:izahAhmad
welcome to seremban doctor phalinn
u'll love seremban
sy da ddk sini 18 tahun
dekat persekitaran rumah sy org kt sini ok
xtaula kat tempat lain
tmpt sy ske lepak kat jusco
maklumla i'm still 18
ske lepak ngan member
tp xleh lepak slalu sgt
nnt mak ayah marah
sbnrnye byk lg tmpt bez kat seremban
hosp mane pindah?
kat hosp besar ke?
dah ade rumah sewa lom?
kat sebelah umah sy kosong
Wed 17-Dec-2008 14:02
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
mesti ralat org johor tak dapat yr service..hehe..anyway,gud luck bro...utk entry kali ni tak letak expired date ke?hehe Wed 17-Dec-2008 15:08
Posted by:Mazri Rock mazrimn@streamyx.com  - [Link]
kualiti 1 helai surat & kredibiliti tuan penulis surat..antara faktor2 langsung rayuan di atas dipertimbangkan selamat bertugas di N9 Phalinn..all d best ya! Pada firasat k mimie mungkin satu hari nanti Phalinn Ooi akan 'sehebat' Adolf Hitler? Masakan tidak ya..sekarang ini pun sudah ada peminat yg sudi membuka akaun Friendster secrect admire kot nie? Jgn jadi mcm 'invisible' Maya Darina dah la yee..re: dua beradik tuh nak cakap slang Briton mak & ayah mereka tak dapat elak(environement) tapi mak & ayah depa kena make sure depa tau..ayaq..nasi kandaq..pasemboq semuaaaaaa.. Walaupun Phalinn dah ada ura2 nak bercuti panjang dari FP..tp bila nak buat majlis kahwin (jgn lupa jemput), dapat baby (jgn lupa bagi tau nama)..nak revisit UK (jgn tak mai Hull)..ok till then..sedih plak coz pasni tak leh baca FP yg ada unsur sinis dalam nada lawak bersahaja. Wed 17-Dec-2008 17:59
Posted by:Arissa,Aydin & Mummy,Daddy  - [Link]
gaya penulisan yang bersahaja tp sinis. don't stop writing! Thu 18-Dec-2008 00:21
Posted by:RD  - [Link]
salam..
selamat bertugas ..
semoga gembira ngan tugasan di mana jua anda berada...
Thu 18-Dec-2008 00:48
Posted by:kakliza  - [Link]
the contents of the letter tu musti gempak gila kan? agak²nya apa lah isi surat tu
selamat bertugas di nogori. x lh jauh sgt dgn kl kan? x sampai 2 jam travel pon. plan nk duduk kat negori atau travel back n forth everyday?
eh. nk becuti panjang ka? klo sbulan tu ok lg. tp setahun? ermmm... gonna miss ur writing n great stories. tp klo ada kesempatan cuba² lah update ok?
Thu 18-Dec-2008 04:18
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
hohoh..kalau berkarya..tk pnahku tinggal bait² ayat ko...hahaa..pastu musti tersnyum snirik..selamat btugas

http://beautkids.fotopages.com
http://www.beautkids.com
Thu 18-Dec-2008 07:38
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
The Nazi in me, perkara (c) tu best.
Selamat menjalankan tugas doktor~
Thu 18-Dec-2008 11:24
Posted by:dil  - [Link]
selamat menjalankan tugas di tempat baru (N9) phalinn.........
akak mmg seronok baca nukilan phalinn ni.........byk teori, byk maksud tersurat
lg tersirat......... kerana itu, hnya berbekalkan sehelai surat rayuan, phalinn
trs saje ditransferkan ke N9.........no cable......
Thu 18-Dec-2008 16:13
Posted by:baayah  - [Link]

ingatkn ko dah berangkat ker johor... menanti gak gambo suasana kat johor tu dr viewfinder ko
member aku pun ader gak kat hospital seremban tu... luper bhgian aper... br lps graduate.. 25 thn kira junior ko ler
tp aku mmg tak sangka ler ader org buatkn ko friendster tu... stalker
ko update jer la fp ni sebulan skali pun jadi lah... aku mmg cukup kagum ngan gambo n cerita nyer skali
Hidup Demokrasi!!! walaupun aku kuarn amik tau sgt hal2 camni
Thu 18-Dec-2008 16:19
Posted by:faried  - [Link]
>> you baca mein kampf juga ke...?
>> i have started reading it a few months back...
>> but until now masih tak habis habis...
>> asyik tersangkut saja...
Thu 18-Dec-2008 18:43
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Fuhh! Aku tak pelik dengan ketidakpuas hati tuan doktor tu. Aku pun tak puas hati ..... tapi sebagai orang kecil, lihat dan marah saja lah sorang sorang.
Dah ke Seremban ..... dah dekat tu dengan rumah saya. Bulleh kita bertemu nanti ..... kalau sudi.
Tak dapat nak update FP ..... pelan pelan doc. Kita semua tahu doc memang sibuk untuk berbakti untuk masayarakat. Tapikami sentiasa memberi perhatian pada hasil kerja doc.
Ada orang tipu frienster doc? memang dah kategori celebriti dah doc ni
Fri 19-Dec-2008 07:14
Posted by:baning  - [Link]
kewl juga baca buku tu pernah tgk member kerja pegang buku nie ... tp mmg x ader keinginan nak tgk, tu yg biar kan aje ... Fri 19-Dec-2008 08:46
Posted by:FarEast  - [Link]
pehni phalin ckp nogori la... Fri 19-Dec-2008 16:21
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
salam Doc.......
waduh doc sapa yang ciplak Friendster doc tu, memang nak kena babap urang tu erk
kira doc ni dah jadi celebriti gak lar kan
cayalah doc....mesti jutaan peminat doc yang ngintei kat luor tuh
hehhehehehhe......moga ceria doc
Fri 19-Dec-2008 16:47
Posted by:dOd  - [Link]
Alaahaiiiiiiii seremban n kl tu dekat ajee tu tak jauh pun driver 45minit ajee tu
awat lee tak letak sabah ke sarawak ke baru lee best kan byk leh ambil gambar kat sana tu . apa2 pun akak gelak besar baca cerita nak jadi mcm hitler tu ya .
Ok selamat tahun baru dan selamat bertugas dengan penuh dedikasi ya...
nanti sms akak alamat ya , akak nak deliver brownies ada bola tu khas untuk doktor ya
Sat 20-Dec-2008 02:29
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
betul kata kakida...alng2 tulis surat, bio ler mntk negeri yg jejauh sket...kan bujang lg...br ler adventur kata org
tp kan..kalo ler nak buat rampasan kuasa, apsal operation centre msti kat cheras????x adil..x adil..pas tu akak lak buat rampasan kuasa, tuko sumer ke s.alam
Sat 20-Dec-2008 07:30
Posted by:Jasmeen  - [Link]
Assalammualaikum....sy blum habis baca..tp i love to read that part during u want to sent ur letter..rase2 sy dpt agak dh apa isi kandungannya.....good job doc!...Anda memang berani kerana benar....Semoga berjaya menjadi doktor yg amanah dan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang utk agama dan anak bangsa.serta masyarakat seluruhnya.. ... Sat 20-Dec-2008 19:06
Posted by:Emerald
mcm selebriti! sampai ada org buatkan friendster. selamat bertugas di seremban! Sat 20-Dec-2008 21:02
Posted by:Zy  - [Link]
Penulisan yang mantap, 1st FP entry panjang camni aku baca smpi habis.
Truskan ber FP dan betugas di tempat baru. keep on moving doc.
Sat 20-Dec-2008 22:59
Posted by:kulatkah  - [Link]
hey..i had done my housemanship in sban n 3 years MO service thr after.. dont worry bout goin to a new place..
go and see the world .. it has so muc to offer.. !!
welcome to Sban n all de best to u !!
Happy holidays & a happy new year 09 !!! May the new year brings u great journeys n endeavours as u explore a new working place next year ya !!!
Sun 21-Dec-2008 03:42
Posted by:Sofea Shah  - [Link]
bro..kalo ko betul2 tubuhkan parti sendiri..aku musti pilih!!!
tertarik ngan statement ni "Sekarang Malaysia punya Indie dengan Rempit dengan Fashionistas Bimbos/Metroseksualist Kapitalist peminum Starbucks susah hendak dibezakan. Semua sudah disatukan.
Sun 21-Dec-2008 16:13
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
tersentak gak lah baca karangan yg terakhir tu pengakuan yg berani dan jujur
26 thn masih muda lg tu
Mon 22-Dec-2008 00:40
Posted by:mamaRisya  - [Link]
Wah wah wah... hebat!

aik x kan nak pencen ber FP dah kot Bro... x best aaa....
Mon 22-Dec-2008 01:50
Posted by:iezah azizam  - [Link]
uik ada org buat fs palsu ke. hm pelik gak tu kan. utk apa agaknye org tu buat cmtu ye? Mon 22-Dec-2008 06:50
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
abg phalinn.still inagt lg saya?junior abg rafiq yg pernah ader fotopages?haha.nway,arituh pergi abg rafiiq kawin?dia dah kawin.abg bila lg? haaa.citer pasal frenster org tipu2.dulu aunty hany pun kena.bykkali.delete ke ape ke semue drang copy ballik.tuh la dia zaman internet semue dihujung jari ni.haish.org mcm ni sengal.hany pun tak sure hany ader org buat frenster palsu ke ape..if ader yg buat tu.siaplah pada sesiapa yg ada nampak muka saya ni dimerata2.silala report kepada sy ye Mon 22-Dec-2008 09:40
Posted by:hany adiratna1985@yahoo.com
berbaloi segala hujah2 dimuatkan dlm sehelai.. diterima gak rayuan yer..
selamat bertugas di tempat baru..
re: biasanya autumn dr sep ke nov.. cantik utk berfotografi seeloknya dlm nov.. tp kena tgk tmpt2 gak dlm jepun nih.. xsemua tempat sama..
Mon 22-Dec-2008 09:43
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
perjuangan yang menarik di jalan Raja.............lu dan gua Tue 23-Dec-2008 04:35
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
this entry really makes nice reading....memang bagus la surat rayuan yg you buat tu....ntah sampai bila la kita kene ada cable dan kroni kat malaysia...
selamat bertugas di tempat baru....
Tue 23-Dec-2008 23:56
Posted by:ed  - [Link]
Hi Phalinn pe kaabar.. lama kita tak visit each other wah.. panjang betul entry u kali ni.... seronok sy baca.. zaman kecik pun ada... masa tu sure ur mom tak terpikir.. yg anaknya itu akan jadi seperti skg.. keep it up doctor! Wed 24-Dec-2008 12:40
Posted by:gee.harun  - [Link]
selamat posting to NS
jgnla tinggalkan fotopages nih..sayang...
Fri 26-Dec-2008 03:52
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
selamat posting to NS
jgnla tinggalkan fotopages nih..sayang...
Fri 26-Dec-2008 03:52
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
wah...okeh2..dah faham..
keep on snapping and wording.
Fri 26-Dec-2008 04:28
Posted by:Deeno  - [Link]
hai doc phalinn! kena pindah seremban ye?? okey la tuh takla jauh sangat ngan qilahlala hehe. bila la nak datang tengok baby nih?? kimie tengah tagging week skang. dapat jumpa dia 8 jam dalam 2 hari. itupun dia balik terus tido. sian well anyway good luck di seremban.

ada budak ugm HO kat sana. reza n fizah. ape lagi buli la
Fri 26-Dec-2008 04:54
Posted by:naem  - [Link]
lama akak tak baca fp phalinn..cam besa..akak sll adore phalinn menulis..hehehe...jgn le ilang minat nk update fp ni..update le..akak suka baca..terbukak sket minda nih baca hehe..out of the world gak cara phalinn pikir nih haha..siap ada nama operasi lagi tu nk takluk indon..hahaha..bangsa apa yg phalinn nk hapuskan tu..pikir gak nih Fri 26-Dec-2008 05:52
Posted by:genny  - [Link]
whoaa!! congratulations on ur new posting. interesting how a piece of paper can make a significant difference huh.. Sat 27-Dec-2008 23:52
Posted by:fiziskandarZ  - [Link]
Anda memang hebat. Saya Sokong! Sun 28-Dec-2008 06:06
Posted by:Kakak Prihatin
oit. lama tak jenguk. selamat bekerja di negeri sembilan. dan aku pon rasa macam minat nak mengkaji kembali sejarah2 tamadun dunia sebab rasa macam ada penipuan dengan sejarah yang ada sekarang ini. selamat menyambut maal hijrah jua dan selamat tahun baru. aku dah pindah ke blogspot. tak apdet dah fotopages. kem salam kat awek. kawen, jgn lupa jemput aku. wassalam. Sun 28-Dec-2008 11:36
Posted by:kamitaken  - [Link]
salam maal hijrah.
semoga tahun baru ini tahun gemilang buat kita semua~
Sun 28-Dec-2008 16:38
Posted by:dil  - [Link]
entry unt setahun? for real? huhu Sun 28-Dec-2008 23:13
Posted by:ira  - [Link]
Heil! saya sokong! kronisme patut dihapuskan. maaf kerana lari daripada tajuk. Mon 29-Dec-2008 13:05
Posted by:nadia
>> salam maal hijrah 1430...
>> selamat tahun baru 2009...
>> semoga tahun mendatang akan dipenuhi dengan kegembiraan, kejayaan dan kebahagian buat anda....
Mon 29-Dec-2008 19:11
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
SELAMAT TAHUN BARU 1430H & 2009M Wed 31-Dec-2008 01:59
Posted by:srsfeqah  - [Link]
hy phalinn nk tnye u ni photographer ke?
i nk amk u jd photographer mse mjlis tnang akak i nnt...
nnt pape email i...nurdiana@cdi.com.my...
Wed 31-Dec-2008 02:57
Posted by:nana  - [Link]
Salam Maal Hijrah 1430.. Selamat Tahun Baru 2009.. Wed 31-Dec-2008 06:30
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
dah mula mengerakkan "kakitangan" ke belum Wed 31-Dec-2008 10:33
Posted by:bungamekar  - [Link]
ni dah kat soromban ke? lain kali kau mintak la pusat kesihatan puchong ke.. dekat la dgn rumah aku.. anyway, selamat tahun baru 1430 hijrah dan 2009 masihi..

p/s: takde org nak taja rancangan tv aku.. aku ni pulak pemalu...
Thu 1-Jan-2009 07:13
Posted by:stROZze  - [Link]
Assalammualaikum.....br nih dpt habiskan bc ur photopages...huhu just like my brotherdia pun suke bc tntg hitler2 nih....dn citer perang2,buat model kapal terbang(satu dh sy rosakkan scr xsengaja... )...jujurnya...sy bersyukur dn bangga dgn apa yg dr buat...keep it up....and lastly....slmt menjalankan tugas dgn jayanya...dan penuh semangat ceria dn gembira....May Allah Bless... Fri 9-Jan-2009 15:19
Posted by:Emerald
i like hitler since i was a kid...
tp x taw byk sejarah hdp die..cume taw apa itu hitler..heheehehhe cane ni... minat je lebih

selamat dtg ke n9... selamat berbakti...
org luar selalu ckp..ape ade kt n9....ape pon x de...
ada..ada org.....

nk wat camne..anda b'ada d msia...
kero-ni, cable, surat YB, korap-c.... lebih hebat dr bnd lain
sy baru bkerja d sektor awam...n takut d katakan masuk gune cable..hanya sebab my sister in law keje d situ... walhal... sy m'gunakan usaha sndri...akak sy tu tlg hantar n amik borang je..cayalah...
Sat 10-Jan-2009 17:06
Posted by:pidah  - [Link]
gambar burung tu gila sweet!!! Tue 10-Mar-2009 11:41
Posted by:aie  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.