Want your
own Fotopage?




































 
Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Nov-2008 03:50 Email | Share | Bookmark
Kuala Lumpur @ Random (I)

Graffiti. Central Market.


Central Market

- Gambar lukisan graffiti di atas diambil berhampiran Central Market.

- Central Market atau Pasar Budaya telah memperlihatkan perubahan dermografi yang begitu ketara dalam tempoh 20 tahun yang lepas ini. Pada hari ini peratusan populasi penduduk Central Market adalah seperti berikut - Indonesia 90%, Lain-lain 10%.

Lot 10, Bukit Bintang


Lot 10

- Gambar pusat membeli belah Lot 10, pandangan dari atas.

- Lot 10 yang dibuka pada 1991 masih merupakan pusat membeli belah kegemaran saya dari segi rupa bentuk dan warna, walaupun hijau bukanlah warna kegemaran saya. Saya tidak ada warna kegemaran. Biasanya perempuan sahaja yang ada warna kegemaran. Cuma, saya rasa bangunan-bangunan hari ini, perlu mempunyai warna yang 'standout' seperti Lot 10 ini. Juga, nasi ayam medan selera Lot 10 merupakan nasi ayam medan selera (food-court) paling sedap bagi saya.

People, KLCC


KLCC

- Gambar menunjukkan satu keluarga pelancong asing, kemungkinan daripada Asia Barat/Selatan sedang berjalan ke arah saya. Keluarga Arab/Pakistan itu mempunyai Canon EOS yang sedang dipegang oleh si suami.

- Bab jalan-jalan, tengok wayang, lepak & membeli-belah bukanlah kepakaran saya, tetapi jika diminta berbuat demikian oleh teman wanita, kawan-kawan ataupun keluarga, saya rasa Suria KLCC lah yang paling best dan senang buat saya.

Kuala Lumpur Bandar Bercahaya


Garden City of Lights

- KL memang cantik malam-malam. Memang sedih tidak dapat berkhidmat untuk Kuala Lumpur selepas ini walaupun saya pemegang kad pengenalan XXXX-14-XXXX. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai sebarang 'cable' dalam kementerian dan saya juga sihat walafiat.

- Pemerhatian saya menunjukkan mereka yang mendapat tempat di Kuala Lumpur hanyalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan @ buat buat ada masalah kesihatan terutamanya tekanan (depression) dan juga golongan atasan yang mempunyai cable-cable dalam kementerian. Saya syak mereka masuk sekolah perubatan juga menggunakan cable dan bukan atas merit mereka sendiri. Merit and Malaysia, don't go hand in hand do they?

- Takpelah, ini yang seronok menjadi rakyat yang biasa. Jauh perjalanan, luas permandangan, banyak pengalaman. Separuh daripada hidup saya dihabiskan di luar Kuala Lumpur menuntut ilmu (US, Kuantan, Ireland), dan itu tidak cukup untuk meyakinkan Kementerian menempatkan saya di Kuala Lumpur.

Pakcik Berbasikal. Jalan Raja.


- Gambar menunjukkan seorang pakcik, kemungkinan besar seorang peniaga yang berhadapan dengan masalah global seperti krisis kewangan, kesan rumah hijau dan juga masalah nasional seperti pergolakan rumah tangga Encik Norman Hakim dan permasalahan emosi Pierre Andre yang diganggu seorang wanita misteri bernama Maya.

- Pakcik ini tetap kelihatan tenang di kala negara digugat dengan masalah seperti yang disebutkan diatas dengan basikal berjenama Rolexnya. Adakah jam tangannya berjenama BMX?

Pustaka Mukmin, Jalan TAR


- Gambar diambil dihadapan A&W Jalan TAR ketika hujan lebat.

- Pustaka Mukmin sepatutnya lebih peka, Malaysia ketika itu diambang menyambut hari kemerdekaan ke 51, bukannya ke 50. Apappun, dengan pembukaan banyak buku syarikat gergasi seperti Borders, MPH dan Popular, diharapkan kedai-kedai buku persendirian seperti Pustaka Mukmin & Kedai Buku Kamal terus berjaya selalu.

Restoran Sin Seng Nam, Leboh Pasar


- Gambar atas menunjukkan bangunan klasik restoran Sin Seng Nam, berhampiran Central Market yang bermula sejak 1906. Restoran ini terkenal dikalangan peguam-peguam dan pekerja-pekerja mahkamah berhampiran dengan roti bakar kaya dan kopi o nya.

- Gambar bawah menunjukkan kawasan Bukit Bintang ketika senja, dimana bermulalah banyak perniagaan perniagaan dan aktiviti-aktiviti bawah tanah.

Senja di Bukit Bintang

wow nice shoot la...teruja mata melihat nya
re:terima kasih kerana sudi ke FP ct yer...
ct ngan hubby kalau ke pasar malam memang awal jam 6.00 petang mesti dah pergi, bukan apa tak nak ganggu waktu solat maghrib sebab tu la gambar pasar malam ct macam pasar siang
Sun 9-Nov-2008 23:38
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
cantik gmbr permandangan kuala lumpur..lepas ni mbik gmbr bdr johor bharu la plak phalinn...all pics are the best. Mon 10-Nov-2008 00:30
Posted by:apih  - [Link]
This is a documentary for KL i guess...and I like those pics... Mon 10-Nov-2008 00:35
Posted by:Huwaida  - [Link]
kedai buku paling lama kat kl nie..tu lee dulu tempat akak cari segala buku zaman2 sekolah dulu sekarang nie dah zaman baking lak...dah lupa kedai tu Mon 10-Nov-2008 00:55
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
bro..hidup menjadi rakyat biasa adalah indah, tak dihambat kontroversi
aku juga harap kedai buku kamal dan pustaka mukmin terus berjaya selalu
Mon 10-Nov-2008 02:19
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
Portraiture KL yang menarik doc ....... nicely done.
Aku paling suka gambor rest seng nam tu ..... antara laluan aku dulu.
Memang wajah kota ni dah banyak berubah sejak 20 tahun dulu ....... yang aku kesalkan kerana aku tak dapat merakamnya walaupun aku ni anak jati KL .... dulu kamera mahal, tak mampu. .... heh! kita ada nombor tengah IC yang sama la ..... aku lahir di klinik Param, Sentul.
Re: aku pun bukannya pandai sangat ...... setakat belajar dari buku dan pengalaman. Mungkin kalau ada peluang kita buleh gi shoot gambor burung bersama
Mon 10-Nov-2008 02:39
Posted by:baning  - [Link]
Gambar2 hebat berserta nota yg begitu menarik
:: Phalin pun tak kurang hebatnya
:: Apapun dalam fotografi, memang elok sangat berkongsi idea dan ilmu
Mon 10-Nov-2008 03:05
Posted by:m:e:o:r:j:a:y  - [Link]
cantik sggh gmbr malam KL..
best of luck di tempat baru nnti...
Mon 10-Nov-2008 04:38
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
paling feveret gambo sin seng nam.. takder sebarang alasan bercirikan teknikal.. cuma sekadar tertarik..
somehow i think u just don't wanna use your cable.. kudos to you..
Mon 10-Nov-2008 05:32
Posted by:yiyani  - [Link]
phalinn ko dah kena start keja ke?huhu..gambar ko dari dulu byk tersirat..byk buka mata aku n minda..kipidap..
re: anak aku la tu..tgk baba dia ler..hehehe..jawatan superhero dah diisi..akulah orgnyer..tunggu..huhu
Mon 10-Nov-2008 05:51
Posted by:Mazri Rock  - [Link]
he he... suka baca pakcik basikal tu..i gelak sorang2...
for sure zaman sekolah dulu u score A+ kan..time karangan bergambar!!!
re: doc, noted..to be update biler tiba masa...
Mon 10-Nov-2008 06:25
Posted by:bungamekar  - [Link]
suka mummy tengok gambar pemandangan KL waktu malam tu. cantik. Mon 10-Nov-2008 09:27
Posted by:mummy jam  - [Link]
akak mmg suka baca entry2 phalinn ni.....mmg best dn byk maksud yg
mendalam....... bab2 cable ni mmg biasa la....kita yg x der cable ni mmg
kena beralah selalu......... tp seronok jg, dpt melihat negeri org.........
Mon 10-Nov-2008 10:56
Posted by:baayah  - [Link]
jales plak aku ko leh amik gambo kl dari atas... maner tmpt ko masuk ni.. nak gak aku try amik
berhijrah kemana ni.. entry still kene update bro jgn luper
aper2 pun slmat maju jya kat tmpt baru nnti..rezeki di mana2... usaha hasil titik peluh sendiri... yg penting halal

re: aku nyer lense CPL 72mm mahal siut.. tak mampu beli lg ler
Mon 10-Nov-2008 11:26
Posted by:faried  - [Link]
Memang cantik betul panorama malam di kota metropolitan KL..memang tidak terdapat lampu2 neon segah itu di bandar Hull ini Tidak mengapalah Phalinn..hidup tanpa 'kabel' ini lebih bermakna kadangkala...berusaha maju dgn keupayaan sendiri dgn peratusan seratus peratus adalah usaha yg lebih murni dgn kata lain ianya lebih moraly, ethicality & responsibility.Lagi pun jauh berjalan luas pandangan..harap2 macam2 'pandangan' di JB nanti. re: Nanti boleh bawa isteri dtg ber autumn di sini ya! Mon 10-Nov-2008 11:38
Posted by:Arissa,Aydin & Mummy,Daddy  - [Link]
entry yang menarik...info n pandangan iklas yg buleh d terima pakai... Mon 10-Nov-2008 12:51
Posted by:suargh  - [Link]
cantekkkk.. mmg mengancam la gambar2 dlm ini FP Mon 10-Nov-2008 13:11
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
Hem...Phalin cuma sekali je... hubby letih kali k-6 apply KPLI baru dpt..sebab kali k-6 tu baru kami berusaha cari "Kabel"....mna x letih...lepas sampai second interview...tapi x dpt panggilan Anyway Johor pon best walaupon x banyak bangunan mcm K.L...tapi kalu rajin...berjln banyak pulau2 menarik + tempat cantik2 boleh phalin lawati. kes menarik pon banyak kat Hoapital Sultanah Aminah... Tue 11-Nov-2008 02:31
Posted by:Tyha
jam tangan jenama BMX? hehe Tue 11-Nov-2008 04:38
Posted by:Qilah  - [Link]
>> kl is one place that you will never run out of photo subjects...
>> you just need to look and you will find it...
Tue 11-Nov-2008 17:22
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
suka gambar yg last tu. Wed 12-Nov-2008 02:05
Posted by:ummi zufayri netasuryana@yahoo.com  - [Link]
cntik gambar yang last tu..
atas bangunan mana yang phalin panjat?
Come and visit nn @ http://e-nadd.fotopages.com since she will be leaving soon... oppss... very very soon!
Wed 12-Nov-2008 08:17
Posted by:nn  - [Link]
wow..terasa mcm ber-jalan-jalan di Kuala Lumpur..
dr pelbagai bangunan beserta info-nya sekali hinggalah ke gelagat manusia..
ni 'outing' dr pg ke mlm ke..
Wed 12-Nov-2008 09:23
Posted by:srsfeqah  - [Link]
cantik la gambar yg diambil..
jeles laaa....
Wed 12-Nov-2008 09:50
Posted by:kakliza  - [Link]
Pics Zoo Negara d bawah tuu sungguh menawan..........kerjaya yg sungguh teliti.........

Re: Tapai tu memang sedap dan manis dai Cik Salmah Melaka.......

Sudah lumrah yg free selalu nya lebih sedap dari yg kena keluar duit........

Pemandangan di Persisiran Pantai Pasir Ris tetapi sekarang di larang mandi oleh kerna air lautnya mengandungi Bakteria yg merbahaya pada kesihatan manusia,Untung lah jadi Bakteria tak di ganggu manusia buat suka mereka nak melantak ke nak berjoget ke...Aman sentosa Beb(Kata Presiden Persatuan Bakteria)
Wed 12-Nov-2008 10:04
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
Pics Pak Cik naik basikal Rolex kemungkinan pakai jam bernama BMX sungguh lucu Wak seluruh badan bergegar bila membacanya......Gelak tak boleh angkat Beb... Wed 12-Nov-2008 10:06
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
salam doC
kak dilla memang suka doc nyer galery nih
macammacam view ada. sharp giller
tapi akak x ada alat yang secanggih doc ni. dapat tengok koleksi kat sini pun turut rasa bahagia
NNiceshoot, doc
Wed 12-Nov-2008 10:40
Posted by:dOd  - [Link]
dh lama x merayau2 kt kl..
apa cer ya skg ni.
aerial view tu amik dr mana?
Wed 12-Nov-2008 12:25
Posted by:K a K i F o T o  - [Link]
hi. nice pics here
lovely...
Wed 12-Nov-2008 12:53
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
Lot 10 dah lama X masuk...
Segan aaa...
Olang kaye2 leh aa masuk c2...
CM pun dah lame X turun

Re : tq koz singgah my fp...len kali singgah lg ye
Wed 12-Nov-2008 13:43
Posted by:Mr AmiN  - [Link]
re: salam kenal... tima kasih visit my FP...
saya suka tgk entry2 u byk info.. byk cerita...
Wed 12-Nov-2008 14:22
Posted by:iezah azizam  - [Link]
First...tqvm sbb sudi jengah my entry tu...(malu rasanya sbb all my piccas z ler secantik mcm yg ada kat entry ni...ermm, camera murah jer... ). Btw, suka sgt dpt share yr info n piccas here....thanks alot!... Wed 12-Nov-2008 14:38
Posted by:aida aida@kolejshahputra.edu.my  - [Link]
rep: en phalin.. mne ad smart pix di fp ku... fp ko nih mntap..

pix lawa serta informasi ag.. salute

nway thnx singgah.
Wed 12-Nov-2008 16:28
Posted by:kulatkah  - [Link]
lupe plak.. ak vote pix bangunan klasik restoran Sin Seng Nam,.
nmpak vintage. sgt kool
Wed 12-Nov-2008 16:31
Posted by:kulatkah  - [Link]
macam2 kisah pasal KL ayat yg selamba membuatkan saya seronok membacanya
dah lama tak ke KL memandangkan keadaan yg slalu jam dan manusia yg ntah apa apa ntah jd benci nk kesana
Thu 13-Nov-2008 03:29
Posted by:mamaRisya  - [Link]
tq bro..sudi singgah fp akak...
baguih info KL kat atas ni...tgk pic u ni en. phalin, KL nmpk cool jer...tp realitinyer...sesak, panas, padat....x larat den nak pegi jalan TAR tu w/p setahun sekali...yg menjadi persoalan, knp org suker sgt bertumpu kat jalan TAR tu yer...???
>>nak suggest saudara ambik pic kat petaling street, yg dok niaga kat ceruk2..jual burung, ikan, bunga...tp biz masih survive smpi skrg..eh..ada lg ke dorg niaga kat sana??
Thu 13-Nov-2008 03:52
Posted by:jasmeen  - [Link]
nice pics esp. twin tower yg berasap tu..

re: lepas ni ada trip pergi bangkok pulak..
Thu 13-Nov-2008 12:13
Posted by:stROZze  - [Link]
inilah dinamakan warna-warna kehidupan.... Thu 13-Nov-2008 16:52
Posted by:Wa  - [Link]
koleksi streetphoto yg best! loving it! Thu 13-Nov-2008 20:07
Posted by:led  - [Link]
wah. siap nmpk camera apa yg pak arab/pakistan pakai tu. saya duk belek tp x nmpk jugak. haha!
cantik pemandangan kl mlm². tp rasa saya mana² tmpt pon klo mlm² mmg cantik mcm tu jugak. bkn cantik apa. cantik lampu yg terang dan bewarna-warni
Fri 14-Nov-2008 09:12
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
cantik arr...aku suka! Fri 14-Nov-2008 15:01
Posted by:jebuk711 jebuk711@gmail.com  - [Link]
rindu kat Msia.... Sat 15-Nov-2008 00:14
Posted by:lindahpadlee  - [Link]
kemas.mantap.
teruskan kualiti ini~
Sat 15-Nov-2008 14:13
Posted by:dil  - [Link]
phalinn ... btol ronda ko kt kl tu yg pic satu kl dr atas tu ko shoot dkt mana?? Sat 15-Nov-2008 20:23
Posted by:FarEast  - [Link]
hahaha citer pasal pakcik berbasikal tu paling tk tahan..hahaha lucu weh! Mon 17-Nov-2008 08:16
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
cantik2 shots mlm yg doc amik...superbbbbb..... Mon 17-Nov-2008 10:23
Posted by:wanzee  - [Link]
selain cerita yg mmg sudah pastinya menarik...
gambar2 anda pun begitu juga....
cantik pemandangan yg berjaya dirakamkan...
nanti bila sudah banyak gambar2 pemandangan,letak semula gamba2 buurng eh.
Tue 18-Nov-2008 00:43
Posted by: zilzal  - [Link]
cantek gambar waktu malam tu...............
x kisahla di kl ataupun di mana..
asalkan bahagia
Tue 18-Nov-2008 16:48
Posted by:ayfz  - [Link]
i love the night shot of kl, superb.. tp kan, dr mane u amik eyh? cam menarik jerk spot nih Wed 19-Nov-2008 05:11
Posted by:ira  - [Link]
boy, i miss KUALA LUMPUR Wed 19-Nov-2008 15:38
Posted by:izah ahmad
cantik gambar2 tu phalinn... mmg menarik sangat2.. phalinn dah pegi Singapore zoo? kalau dah, nanti leh share gambar2 yer dr. phalinn yee Sat 22-Nov-2008 04:02
Posted by:anniesulaiman dewi_cempakasari@yahoo.com  - [Link]
Random shot ni memang semestinya. Kita tidak dapat jangka apa yang bakal kita rakamkan. Kadang2 hujan kadang2 panas.
KL tidak akan sunyi sebagai bahan pengambaran dan bahan nukilan
Sat 22-Nov-2008 08:52
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Semenjak kerja..KLCC tu wa pegi cuma bagi menhadiri mesyuarat jer..utk shopping wa tak suka..sbb selalu je penuh ngan manusia...da namanya pun shopping mall sure la sesak ngan org...apala wa ni kan..mihahahahahaha..tp wa prefer tpt mcm Subang Parade...its cool.. Sat 22-Nov-2008 15:47
Posted by:wawa  - [Link]
kagumnya akak tgk foto2 di sini.... Mon 24-Nov-2008 01:29
Posted by:kak chendana  - [Link]
terhibur membaca catatan phalinn..good idea..
psssttt kene posting ke mana pulak tu eh..outside KL laa ye..all d best utk phalinn..
Tue 25-Nov-2008 08:40
Posted by:nabialishad  - [Link]
KL > dari mata Phalinn

* membuatkan saya tiba2 rasa nak shopping kat jalan TAR
Wed 26-Nov-2008 05:21
Posted by:ad & apex  - [Link]
u always make me smile! tak terasa sakit blakangku dek krn herniation bila baca fp phalijj ni... Fri 28-Nov-2008 04:44
Posted by:Miera EL  - [Link]
hmmm.. tgah tunggu nice piccs n write up lagii... Fri 28-Nov-2008 21:27
Posted by:nn  - [Link]
Tertarik dengan kenyataan Phalinn yang Central Market tu populationnya sekarang 90% Indonesian. Rasanya memang betul. Ada sekali abang buat outing disana, nampak sekumpulan rockers, mula2 ingatkan Malaysian. Hairan juga ada ke Rockers kat Malaysia lagi, sebabnya kebanyakan anak muda kita dah beralih ke Inde dan Hiphop, underground dan ntah apa2 lagi la. Rupa2nya mat rock tu semuanya Indonesian.. Tak segan silu langsung berposing. Baik betul la pemerintah negara kita ni.. Orang luar datang siap bawa gejala sosial dll. Kita boleh terima. Sun 30-Nov-2008 04:30
Posted by:badangperkasa badangperkasa@live.com  - [Link]
Hye phalinn.. Apa kabar? Sehat ka? Lama tak mai jengok sini. Hmm, kita suka kl mlm2. Cantek je especially bila amek pic klcc dgn kl tower tu. Nice shot dude!! Tue 2-Dec-2008 09:04
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
hishh takleh nak cakap aper....veri deboom kebaboom meletusss.......... hishsh geram nengok gamabr2 nie semua Tue 2-Dec-2008 14:09
Posted by:~~ciklinn~~  - [Link]
Dah posting tempat baru ke Phalinn? Tak apalah Phalinn, kat mana pun ditransferkan berkhidmat je lah dengan ikhlas.. kadang-kadang yg nampak buruk pada kita tu ada hikmah yang tuhan dah tetapkan yang sebenarnya baik untuk kita.... Cable tu kat mana-mana pun ada.. nak pergi haji pun ada yg pakai cable.. tu yg baru register tak sampai setahun dah dapat pergi haji.. hehehe.. dunia.. biasalah tu.. Sun 7-Dec-2008 11:07
Posted by:Sabrina  - [Link]
cantik gmbr mlm kat kl ni
sy ske gmbr bgnn klasik tu
bezla entry ni
Thu 11-Dec-2008 11:33
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
kalau org luar mahupun orang dalam negara yang ingin tau pasal kuala lumpur,saya rs phalin
la org yg boleh dibuat rujukan..tak gitu?siap kluar statistik lagi.
Sun 14-Dec-2008 14:34
Posted by:dil  - [Link]
Incik Phalinn sgt bz ya.. Mon 15-Dec-2008 09:45
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
hey hey hey.. seperti biasa entry yg menarek.. xtahan nak gelak bab wristwatch and a bike.. keep on writing bro.. kije kat mana2 pun ok.. the experience do count for sure anyways.. happy new year + have a great year ahead Sat 27-Dec-2008 23:45
Posted by:fiziskandarZ  - [Link]
selamat tahun baru 09...
kl town in the night tu shooot dr mane...
lawa
Thu 1-Jan-2009 10:49
Posted by:nije'  - [Link]
nice shot bro.
selamat taun baru 2009..
huhu
Thu 1-Jan-2009 15:29
Posted by:rahami/uncle amy  - [Link]
Selamat tahun Baru 2009.. lama tak singgah sini..
Cool pictures.. I love them all.. Selalu kalau I turun KL, Central Market tu mesti nak pergi.. tak tau kenapa.. I love that place.. Your nite shot memang cun.. suka sangat.
Sun 11-Jan-2009 03:20
Posted by:Rossya


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.