Want your
own Fotopage?




































 
Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 2-Nov-2008 14:14 Email | Share | Bookmark
Zoo Negara (I)

Siap bagi lidah pulak dia ni. Lebih aa tu.
Banners. The orphan one is one nice banner


Kamera & Lens

- Saya ada terbaca tulisan ShaolinTiger, seorang penulis blog warga Britain yang menetap di Malaysia tentang budaya orang Malaysia yang lebih gemar bertanya kamera/lens apa yang digunakan apabila melihat gambar yang cantik berbanding bagaimana gambar itu diambil. Sila klik pada nama ShaolinTiger itu untuk membaca entry blog tersebut.

- Pendapat saya tentang isu ini neutral. Memang saya perasan orang Malaysia lebih fokus kepada alat yang digunakan dan kurang menghargai cara jurugambar mengambil sesuatu gambar berbanding dengan orang Barat (pengalaman saya sendiri mengambil gambar di Malaysia/Ireland & menyertai forum-forum fotografi). Akan tetapi tidak salah sebenarnya hendak bertanyakan kamera/lense apa yang digunakan kerana ianya memang memberi kesan terhadap gambar yang dihasilkan, walaupun kesan itu sebenarnya tidak sebesar kesan kebolehan jurugambar itu sendiri.

Green snake. They should expand the Reptile house & clean the glasses.


- Pendapat saya yang lebih mendalam lagi, seperti yang banyak kali telah disebutkan, kamera atau jurugambar dua-dua tidak penting sebenarnya. Mesej/cerita/saat/kenangan yang dibawa bersama didalam gambar itu lebih penting. Cantik atau tidak gambar itu, secondary-lah bagi saya.

- Sebelum lebih banyak soalan tentang kamera/lense apa yang saya gunakan, biar saya jawablah. Kamera saya kamera DSLR versi paling murah sebenarnya di pasaran. Saya rasa 2-3 tahun lagi hilang terus di pasaran kamera ini.

Badak sumbu putih. Haiwan darat kedua besar selepas gajah.


- Lense telefoto (zoom) saya juga lense paling murah di pasaran untuk kategori yang seangkatan dengannya. Tidak ada Image Stabilizer (IS) pun. Memang dari kecil ayah saya mengajar saya pengurusan ekonomi sebegini. Tidak perlu alatan mahal bergaya kerana akhirnya otak dan kebolehan manusia ciptaan tuhan mengatasi alat-alatan dan mesin-mesin ciptaan manusia sendiri. Hanya perlu yakin dengan kebolehan diri, bersyukur dengan apa yang ada dan gunakan sebaik boleh.

- Ini bukan bermaksud saya hebat berkebolehan. Saya sentiasa yakin semua orang boleh mengambil gambar/membuat sesuatu jauh lebih daripada saya. Samada seseorang itu jauh lebih hebat/berkebolehan atau tidak berbanding saya, anda semua tidak penting juga kerana kehidupan kita semua lain-lain dan kubur kita nanti juga lain-lain.

Makcik Orang Utan sedang usha orang utan rumah sebelah sambil menghisap rokok daun


Zoo Negara

- Disini ada beberapa gambar yang saya ambil di Zoo Negara. Rasanya semua orang Malaysia pernah pergi Zoo Negara. Saya kali pertama pergi Oktober 1982. Kali terakhir Oktober 2008. Kalau ada pertandingan orang paling banyak pergi Zoo Negara, ada peluang saya menang kut.

- Banyak kali pergi Zoo Negara sampai binatang-binatang dekat situ macam dah kenal saya. Boleh siap cium saya lagi. Tak nak pulak binatang-binatang tu cium Aqilah. Nampak sangat diorang tidak kenal Aqilah.

- Bagus jugak kalau binatang-binatang dekat zoo dah kenal. Kalau panggil diorang, senang sikit hendak mengambil gambar sebab biasanya diorang akan datang dekat dan bagi posing baik punya.

Manja, Harimau Bintang yang pernah mengundang kontroversi dengan menyerang seorang budak perempuan


- Cita-cita asal saya ialah bekerja dalam bidang melibatkan haiwan liar macam orang dalam dokumentari-dokumentari National Geographic/Animal Planet. Kalau diikutkan doktor tidak pernah ada pun dalam list cita-cita saya. Cita-cita saya yang lain termasuk: a) Pemandu bas sekolah, b) Bomba c) Perdana Menteri.

- Walaupun saya minat bidang hidupan liar, Mendiang Steve Irwin bukanlah orang yang saya minati. Tidak dinafikan usaha beliau mendirikan zoo/pusat perlindungan haiwan harus dipuji, akan tetapi cara beliau mengendalikan haiwan haiwan liar dalam kebanyakkan rancangan beliau 'kurang beretika' sebenarnya. Provokasi terhadap haiwan liar dalam habitat natural mereka hanya akan membawa satu hasil: mengundang padah. Tidak perlulah diceritakanlah apakah padah itu, orang pun sudah mati, faham-faham sendiri lah. Moralnya, Sunnatullah, ketetapan Allah tentang bagaimana kehidupan di dunia ini (pokok, harimau, manusia atau ikan pari) menjalankan kehidupan mereka telah ditentukan & jangan sama sekali diganggu gugat.

Zirafah kebosanan


- Zoo Negara ini pembangunan dia susah hendak dijelaskan. Sekali pergi rasa ok zoo ni, pergi sekali lagi rasa ntah apa ntah zoo ni. Tapi secara jujurnya saya sendiri lihat banyak perubahan sedang dilakukan dan semoga zoo ini akan terus menerus berkembang maju. Banyak aspek zoo ini yang boleh dipertingkatkan lagi dan saya lihat usaha itu sedang dijalankan.

Bangau taking off


- Harimau adalah haiwan kegemaran saya. Tapi saya tidak ada akaun Maybank.

- Saya mendapat posting ke Negeri Johor Darul Takzim. Harap-harap Zoo Johor Bahru mengurangkan/hapuskan sistem mengurung haiwan di dalam sangkar dan menggunakan sistem lebih terbuka seperti zoo-zoo lain.

- Semua gambar diambil menggunakan barangan berjenama Canon. Pengcahayaan semulajadi. Flash tidak dirembeskan. Tripod tidak dibawa bersama. Fokus manual. Eksposur manual. ISO/Shutter speed/Apertur pelbagai (sila ke Flickr saya untuk EXIF data gambar-gambar). Telekonverter tidak digunapakai, tak ada pun macam mana nak guna. Peng-edit-an post produksi minimal. Tiada provokasi terhadap haiwan. Cuma membuat bunyi-bunyian pelik dan muka asam boi sepuluh sen untuk menarik perhatian mereka. Semua peraturan zoo dipatuhi.

Muka harimau selepas memberi saya penampar sebijik

salam doc... pepagi akak baca entry awak nie wat akak tergelek seorg diri tau...tkp dpt akak bayangkan mcm rmuka 10 sen tu ya , tapi tu kenapa lee ambil gambar badak tu tak mandi lagi tu...suruh lee dia mandi dulu tengok badannya kotor tu or kena kurap ya... ...dah tahu posting kat mana ke? Sat 1-Nov-2008 01:17
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
Kagum jugak la aku ngan gambar Manja tu.. Sat 1-Nov-2008 02:55
Posted by:Kimie  - [Link]
salam Phallin........
suka akak baca entry phallin ni.....byk informasi yg tersurat lg tersirat...
mcm mana rasa penampar sang harimau tu?
Sat 1-Nov-2008 03:37
Posted by:baayah  - [Link]
tahniah.. dpt posting kat jb.. xtercapai ler yer nk t'ganu.. xaperlah.. kat mana2 pun sama gak.. awak kalu bercerita mmg menghiburkan.. zoo negara nih akak xpernah langsung msk.. Sat 1-Nov-2008 07:55
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
takpe la phalinn.. cantik gambar kau ni esp. harimau bintang tu!

p/s: kerja aku mmg travel selalu.. tu yg aku enjoy tu..
Sat 1-Nov-2008 08:27
Posted by:stROZze  - [Link]
Tahniah dah dapat tempat posting. Selamat bertugas ke JB. Lepas ini ada peluang pergi zoo di negara jiran -Kota Singa pula yaa..dikhabarkan di sana zoonya tidak kurang hebatnya. p.s Ilmu fotografi kali ini, alatan, teknik & message gambar, 3 elemen penting dlm sesebuah fotografi walaubagaimanapun hingga kini k mimie masih belum tercapai hajat nak camera DSLR. ha!ha! takut ada caamera canggih2..aplikasinya tidak semaximum mana pun... sungguh tidak ekonomikal Sat 1-Nov-2008 09:17
Posted by:Arissa,Aydin & Mummy,Daddy  - [Link]
Saya setuju dengan doc ..... yang penting adalah apa yang kita nak ceritakan dalam gambor kita tu.
Luv the leopard pic ........ well done doc
Sat 1-Nov-2008 12:03
Posted by:baning  - [Link]
Tahniah dpt posting kat JB..nnti potraitkan la picca kat tebrau tu...skang ni org panggil dangga bay..
re: mekasih yer sbb bagi kata2 semangat tuk projek amal tu..doakan projek tu bjalan ngan lancar ye..
Sat 1-Nov-2008 14:27
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com
gaya penulisan anda mmg tidak membosankn sejak dari thun 2006 lagi......
tahniah dpt posting johor.....terus khidmat dgn bangsa..
ade mase tulislah lagi.......

Sat 1-Nov-2008 16:14
Posted by: zilzal  - [Link]
pergh.. pandangan makcik org utan tu.. menjeling jiran..
riak muka rimau selepas memberi penampar itu memang selalu dilihat di wajah jojie yang selalu menampar kucing jiran.. kadang-kadang di wajah manja yg menampar jojie..
posting johor.. good luck..
Sat 1-Nov-2008 19:13
Posted by:yiyani  - [Link]
selamat berposting d JB..Jb byk tmpt mkn bes..hah spital tu pn lau tk silap sebelah dgn zoo yg hidup segan mati tamao haha..hohsya pn sgt setju..sbnrnye sblm beli kemere ke mende ke tk kisah la..yg penting tu ada art of seeing tu..klu semata sbb beli kemere sbb sume org beli, baik simpan je duit..rugii..skrg pn rmi org buat biz photog sbb money oriented..syg...minat dn 'mata' tu pnting..baru la berkesan gear memahal yg ada...

Check Out Newest Entry
Tia & Mia outdoor potrait & Tina's 3rd Birthday Bash
http://www.beautkids.com
http://beautkids.fotopages.com
Sun 2-Nov-2008 01:45
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
congrats pada doktor yg bakal mengakhiri zaman bujang.. cik aqilah duk ampang yer..bule ler i attend wedding..he he.. ..sambil survey tempat akad, sempat lagik shoot yer..hmm..yg penting, keberkatan rumah tangga yg bakal dibina, bukan se gah mana masjid yg dijadikan tempat akad, yer doktor..(la ni semcm trend, biler p nikah masjid, carik masjid yg gah..) my kids seronok tengok zoo kat atas tu.. ..n tahniah kerna bakal berkhidmat di johor..
re: mcm mana i ndaj jemput, doktor sendiri x der akaun ngan maybank..(kalu ndak p level 37 tu pun, kurang2 kena ada loan RM3.00 juta paling rendah..!!!
Sun 2-Nov-2008 13:54
Posted by:bungamekar  - [Link]
aku suka gambar zirafah tu...ada unsur rule of third..tapi gambar ko semua mmg gempak la..baguih baguih aku suka Sun 2-Nov-2008 13:55
Posted by:Mazri Rock  - [Link]
pic makcik orang utan tuh best..hehe. lama dah gak tak gi zoo, best la kan kalau diorang dah kenal kita Sun 2-Nov-2008 19:53
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
kalau dah bertugas kat Johor tu boleh lah turun spore, nanti mummy bawak gi Spore zoo, baru last week bawak anak sedara dari Johor ke sana. Atau pun mummy naik JB kita boleh jumpa. Mon 3-Nov-2008 05:49
Posted by:mummy jam  - [Link]
dpt posting ke johor? wah. alhamdulillah. nanti buleh mintak mai penang pulak noh? (tu pun kalau boleh pilih lah )
psl camera. ermmm... saya selalu kalau tgk gmbr cantik², soalan wajib saya "mcm mana nk buat bg jd mcm tu?" hehe. saya x penah pulak nk tnya camera apa yg dipakai. sbb bg saya, mcm mana canggih dan beribu-riban harga camera tu, kalau cara x betul x dak maknanya! so terpulang kpd org yg amek gambar tu. kalau cara betul, camera yg x smpai 1k pon blh menghasilkan gmbr yg cantik

p/s : tuan doktor. saya ada jemputan. sila singgah fp saya utk keterangan lanjut ya. tima kasih
Mon 3-Nov-2008 15:23
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
>> one of my favourite places...
>> rasanya you can spend more than 3 hours kalau nak pusing betul betul kat zoo negara ni...
Mon 3-Nov-2008 17:15
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Ni kira ekspedisi .....................negara . Masjid Negara lepas tu Zoo Negara dan lepas ni ................. negara
Kita tunggu
Tue 4-Nov-2008 21:04
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
salam Dr sihat ke? lama akak x jenguk sini.
mmg cantik gambo w/pun peripherals ala kadar
kalau phalinn boleh mng peraduan gi zoo akak cnfm kalah
last went there 4 yrs ago even it's only 10mins from our house
ni tgk gambo cun rasa kena pegi ni
Wed 5-Nov-2008 05:19
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
hi phalin. selamat berposting ke joho. bila dah kat selatan boleh lah singgah ke zoo singapore. tempat tu sangat menarik dan tak boring pergi berkali-kali (sebab aku keje kat singapore so bleh pegi berkali-kali ). maybe ada benda2 yang boleh dicadangkan utk mengupgrade zoo-zoo kat malaysia. regards. Wed 5-Nov-2008 14:37
Posted by:joe178 junaidi@jurong.com
hi phalin. selamat berposting ke joho. bila dah kat selatan boleh lah singgah ke zoo singapore. tempat tu sangat menarik dan tak boring pergi berkali-kali (sebab aku keje kat singapore so bleh pegi berkali-kali ). maybe ada benda2 yang boleh dicadangkan utk mengupgrade zoo-zoo kat malaysia. regards. Wed 5-Nov-2008 14:39
Posted by:joe178 junaidi@jurong.com
aku tak pernah pergi lah bro... confirmed binatang2 tu tak kenal aku
Wed 5-Nov-2008 14:47
Posted by:badangperkasa badangperkasa@live.com  - [Link]
akak asal batu pahat johor.. tapi memang terpaksa akui yang zoo johor pun akak tak penah pegi.. huhuhu.. kalau tak silap akak, zoo tu dulu penah hampir tutup.. taktau la plak aper citer dia skang.. harap2 binatang2 tu seme sihat dan gumbira. apapun, akak stuju ngan pendapat phalin pasai gambar2 yang indah dan menceritakan apa disebalik gambar2 tu.. sbb tu la its worth a thousand words.. not a thousand ringgit or a thousand dollar.

Johor for me is more famous with its food and culture than nature's heaven. kalau phalinn berkesempatan gi ke Pulau Sibu Besar, atau Sibu Tengah.. (naik ikut jeti tanjung leman) mungkin satu pengalaman yang menarik utk dikongsi lepas tu. kalau kat JB.. baik terus gi Singapore's Zoo.. hehehe.. kalau ke Muar, leh join Mee Bandung di Parit Bulat, atau di Batu pahat dengan Briyani Gam tepi sungai... banyak tempat menarik sekitar Mersing dan Kota Tinggi... cuma akak sendiri dah lama tak round2 Johor.

berbalik kisah disebalik gambar... akak ada satu gambar yg akak suka... gambar harimau bintang tu sangat cantik... tapi muka dia sedey.. seb baek dia tak kena hukum mati sbb serang budak pompan tu... isk.. isk..
Thu 6-Nov-2008 10:02
Posted by:anniesulaiman dewi_cempakasari@yahoo.com  - [Link]
gambar yang cantik.
apa kata lepas ni cuba pergi night safari pulak. cuba tgk zirafah waktu malam...scary..sy pernah tgk di zoo taiping dan zoo melaka.
muka asam boi sepuluh sen..?i wonder how..
apa2 pun congrats in advance ye.
Thu 6-Nov-2008 13:48
Posted by:dil  - [Link]
eeee............ takut nya tengok snake tu geli sangat Fri 7-Nov-2008 04:12
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
cantik2 shoot bro kat zoo negara................ Fri 7-Nov-2008 12:19
Posted by:wanzee  - [Link]
bangau taking off..great timing! Mon 10-Nov-2008 06:32
Posted by:aie  - [Link]
saya vote gambar harimau bintang tu...cantek.... Sat 15-Nov-2008 21:42
Posted by:ijulabi  - [Link]
salam bro.. thnx singgah fp ak..
nway sgt suke pix zirafah tuh.. stuju la ngan kamo pny pendapat.. gadget mahal/mntap x mksimum pakai pon x best gak..
Wed 19-Nov-2008 12:07
Posted by:kulatkah  - [Link]
salam perkenalan....
stuju sgt... gajet bukan bnd penting..tp masej yg nk d sampai kan lebih penting...
hmmm gmbr2 yg d ambil cntik n tulisan yg sinis n informatif...
kekejap rs nk gelak kuat2..kekejap tersedar sndri ttg masej yg nk d sampai kan...
uhuhuhuhuuh hebat2....
Sat 10-Jan-2009 16:59
Posted by:pidah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.