Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Apr-2007 11:44 Email | Share | | Bookmark
REM & Incubus

 
 
 
View all 6 photos...


Cara Menjawab Soalan Essay (Neuropsychology)

a) Sila banding dan kontras REM dan Incubus. Ceritakan masalah yang mereka timbulkan. (30 markah)

Dua-dua band dari Amerika. Dua dua ada unsur kepolitikan dalam lirik-lirik mereka.Penyanyi salah satu band tidak suka bukak baju (REM), penyanyi Incubus suka buka baju sambil menunjukkan bahagian seluar dalam beliau. Walaupun tidak membuka baju, Michael Stipe tetap mempunyai ramai peminat, peminat yang menghargai hasil seni sejati Stipe yang tidak dipengaruhi unsur seksual untuk menarik perhatian. Ini juga boleh dikatakan untuk pemuzik-pemuzik ulung seperti Brian Wilson, Paul McCartney, John Lennon, Kurt Cobain, Eddie Vedder, Thom Yorke, Rivers Cuomo dan lain lain yang mementingkan hasil kerja daripada perhatian seksual wanita.

I thought I saw a pussy cat


Namun trend menyanyikan lagu rock bercampur unsur seksual untuk melariskan muzik yang kurang unggul sudah biasa sekarang. Ini kerana muda-mudi (teeny boppers) hari ini mahukan hidup yang glamour, dipengaruhi establishmentasi seperti Starbucks dan Rock Star: Supernova. Bagi trend ini, unsur seksual lebih penting daripada kualiti muzik. Bermula dengan Axl Rose (Guns & Roses), pendokong-pendokong utama kumpulan ini adalah Incubus, Limp Bizkit, Tommy Lee & Motley Crue, Dave Navarro. Namun syukur, apabila muzik dibincang secara umum, lagenda-lagenda muzik adalah mereka yang tidak membuka baju mereka diatas pentas - Michael Stipes, John Lennon, Kurt Cobain etc. Bagi golongan rockseksual pula, mereka hanya dikenang oleh gadis-gadis yang gemar menonton MTV yang kurang memahami muzik .

Awek Capoeira


Dari segi neuropsikologi dan neurofisiologi, REM dan Incubus boleh dikaitkan dengan tidur dan mereka saling bertindan. REM adalah singkatan daripada rapid eye movement (pergerakan mata pantas tak ingat punya) yang berlaku ketika tidur. Bagi orang dewasa, 20% waktu tidur mereka adalah tidur REM. Bagi kanak-kanak 50% tidur mereka adalah tidur REM dan 50 % tidur bukan-REM. Semasa tidur REM, kita bermimpi, suhu badan kita naik turun, mata kita bergerak, nadi dan tekanan darah kita juga naik turun. Alat-alat sulit kita juga berubah semasa tidur REM, bagi lelaki berlaku ketegangan dan perempuan, pembesaran clitoris. Incubus pula adalah dipercayai sebagai hantu/roh jahat berjantina lelaki yang menindih wanita-wanita ketika tidur. Jika hantu/roh itu berjantina perempuan (dan menindih lelaki) ianya dikenali sebagai succubus. Macam mana REM dan Incubus berkaitan?

Claddagh, Galway


Masalah 'kena tindih semasa baru bangun (hypnapompic paralysis) @ baru nak tidur (hypnagogic paralysis)' adalah masalah global. Bukan orang Malaysia kat asrama sahaja yang kena. Semua orang kena. Masalah ini biasanya menggangu mereka yang berusia sekitar 15-17 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berumur 35 tahun keatas. Kadang-kadang kanak-kanak juga boleh kena. Masalah ini bukan disebabkan oleh incubus, succubus, jin, roh ataupun hantu bak kata Uncle Seekers. Masalah ini adalah sebahagian daripada masalah tidur yang dikenali sebagai 'sleep paralysis' (lumpuh semasa tidur) dan hanya berlaku semasa tidur REM. Ini kerana semasa tidur REM, selain daripada perubahan fisiologikal yang disebut diatas, badan kita juga 'lumpuh' sementara semasa tidur ini (in a state of atonia, REM atonia). Lumpuh sementara ini adalah adaptasi fisiologi kita supaya kita dapat bermimpi dengan seronok dan jayanya. Kalau tidur gerak-gerak, susah hendak bermimpi dengan baiklah. Akan tetapi tujuan utama REM atonia ini adalah untuk menghalang kita daripada melakonkan apa yang kita mimpi. Contohnya, kalau kita tengah mimpi menaiki kuda sambil mencuri buah rambutan, REM atonia/lumpuh sementara REM ini mengelakkan kita daripada membuat gaya seperti sedang menaiki kuda ataupun mencuri rambutan semasa tidur. Kalau tidak, tentu orang yang melihat kita tidur pelik dengan aksi kita. "apa citer mamat ni, tengah tidur ke tengah curi rambutan tu?" kata mereka nanti.

Mallard Jantan


Kalau kita tiba-tiba terjaga semasa badan kita tengah 'lumpuh' ini, maka berlakulah apa yang orang cakap kena tindih dengan hantu, hantu nak romen dengan kitalah. Biasanya orang akan sedar sepenuhnya semasa masalah ini, cuma anggota badan tidak dapat bergerak dan/atau tidak dapat bercakap. Tetapi kadang-kadang mereka juga boleh berada dalam keadaan separa sedar, dan juga boleh mendapat hallusinasi (visual, sentuhan, auditori). Sleep paralysis ini berlaku hanya untuk beberapa saat, paling lama dua-tiga minit. Selepas itu mangsa sama ada akan terjaga sepenuhnya atau tidur balik (terus masuk tidur REM).

Milo


Siapa yang selalu kena sleep paralysis ini? Secara peribadinya, saya ada lah 3-4 kali kena. Kali pertama masa tingkatan dua dulu, kali terakhir setahun dua lepas. Mereka yang biasanya mendapat sleep paralysis ini adalah mereka yang:

- tidur muka pandang silling/pandang atas.
- tidur tak menentu
- tak cukup tidur
- bermimpi pelik
- mengambil ubat-ubatan yang mengganggu tidur
- perubahan kehidupan (rumah/bilik baru, baru masuk asrama)

Galway


Selain itu, sleep paralysis juga boleh menjadi sebahagian daripada komponen masalah tidur yang lebih serius. Masalah ini dikenali sebagai "Narcolepsy" yang diadaptasi daripada bahasa Greek yang bermaksud dikuasai tidur/seized by sleep. Narcolepsy ini ada empat komponen. 1) Tidur siang hari berlebihan (excessive daytime sleep). Nafsu yang terlalu kuat untuk tidur dan tidur di tempat pelik-pelik (kat dalam KFC, dalam kereta traffic light tengah merah etc) 2) Cataplexy (hilang tone anggota badan semasa sedar, biasanya selepas gelak kuat sangat ataupun menangis) 3) Sleep Paralysis dan 4) Hypnagogic Hallucination (sebelum tidur, dapat hallusinasi/terasa macam mimpi, padahal sedar sikit-sikit lagi ni). Simptomasi lain narcolepsy termasuk buat kerja sambil tidur, bercakap masa tidur dan melakonkan mimpi kita sambil tidur. Jika terdapat dua komponen pertama (excssive daytime sleep & cataplexy), baru diagnosis narcolepsy boleh dibuat. Jika masalahnya hanya sleep paralysis, tidak perlu apa apa rawatan, cuma perlu betulkan tidur. Jika narcolepsy (anda perlu berjumpa neurologist bukan psychiatrist), anda mungkin akan diberi CNS/reticluar activating system stimulants (ubat yang stimulasikan urat saraf/system retikular anda) seperti Ritalin atau Provigil supaya senang berjaga. System retikular adalah bahagian otak kita yang menghubungkan stem otak kita (brainstem) dengan bahagian-bahagian seperti cortex, hypothalamus, tahlamus, hippocampus dan betujuan untuk mengawal kesedaran (awareness & alertness) kita. Orang narcolepsy, delirum dan orang koma biasanya ada gangguan dekat system retikular mereka. Kalau narcolepsy itu serious dan neurologist kurang pasti dengan diagnosisnya, pesakit biasanya akan dimasukkan ke hospital dan diuji dengan graf tido pelbagai (polysomnogram) untuk memastikan diagnosis. Narcolepsy mesti diberi perhatian dalam diagnosis pembezaan (differential diagnosis) bagi delirium, syncope (pengsan tetiba, masa kawat/berdiri tengah panas sangat, tengok darah etc) dan sawan (epilepsy)

Narcolepsy hanya boleh dikawal dengan ubat, tidak boleh dirawat. Mereka yang mempunyai narcolepsy digalakkan bersenam, tidur sekejap selepas zuhur, mengelakkan kaffein (kopi etc), tidak minum alcohol dan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

-Phalinn Ooi, pakar tidur anda-

River Corrib, Galway


Monday, 9-Apr-2007 02:07 Email | Share | | Bookmark
We Just Might Feel Good

 
 
 
View all 9 photos...
Photography Talk.Long Hot Saturday.New Fresh Photos.Photography Talk Sucks.

For the previous entry Ipin said - "ni gambar lama nih (direct translation - "These old photos these-h")." He's right. I always use old photos here. To be fair, on one photography outing I'll take around 200-300 pictures, so it is wise to use them over a few entries. Anyhow, i decided to go out to town on Saturday for some photography. The last time i went out on a 'photography trip' was on the 7th of January, a day before my birthday. I might have lost my limited photography abilities after the 3 months hiatus. Huh.

The weather was good. Extremely sunny. I find the polarizing filter my dad bought from that shop at Bukit Bintang Plaza as the most important equipment i own along with my own vision and brain. The filter really brought out the color (especially of blue - sky blue, water blue, cerita blue etc) I wanted and there's a huge difference between the pictures i took before and after i own the filter. I dont find the lens-hood particularly helpful to me despite what other says. Some people also talk about these photgraphy rules - apasal tak a pakai rule of thirds weh?, subject here and there larr etc. Ah screw you. I don't know any rules in photography and i find rules in general as something that limits potential. People and self-appointed photography judges can say whatever they desire, i won't lose much sleep over their rants. Heh, sounds pathetic. I dont like and i'm not good at talking about photography. Just practicing how to talk photography just in case i meet some bunch of photography fanatics by the road. I'm not your conventional photographer. I'm your conventional brain surgeon (refer back to this line in lets say, 15 years time).

Here are some photos i took 2 days ago. More can be found at my Flickr site.

Extremely busy. Exams coming up (less than 2 weeks). Will visit your FPs whenever there's time.



1. Mallard

Taken at Claddagh, Galway. Females are mottled brown, males have green necks. Most common ducks you'll find around here.



2. Remnants

I assume this is a left over from an old building. Taken at Corrib River near Corrib Village. I don't know what's the significance of 101 there.




3. Fisherman

Taken at River Corrib near the Cathedral. I always refer River Corrib as "River Corrib near..." because like other rivers, this river is long and covers a large area.




4. River

River Corrib near Corrib Village again. Would have been great if there were clouds. It's ok. God have decided it's a cloudless day, so it's ok.




5. Capoeira Team

Taken in town. These guys from some Capoeira society performing their Brazilian art/martial art. No disrespect, but i think there's too much dancing and Bruce Lee would have kicked these guys butts while they were dancing.



6. Claddagh

Claddagh, Galway. Again, would have been great if there were clouds as the water seems stagnant and some cloud reflection would look good. God decided it was a cloudless day so it's ok. Alhamdulillah syukur nikmat. Malaysia maju rakyat selamat.




7. Kids

Watching the Capoeira performance. Like other kids, they are adorably cute. Selamat hari kanak-kanak sedunia whenever that is.


8. Claddagh Again

One of the most famous spots in Galway. You can take pictures, feed swans, feed seagulls, have a picnic with your family, visit the museum, see people perform, have good food here.



Sunday, 18-Mar-2007 15:15 Email | Share | | Bookmark
Not Looking Into The Camera

 
 
 
View all 6 photos...
Gelek Gerudi.Snowcap.Tudung Bienda.

Khas buat makcik-makcik dan kakak-kakak sekalian. Business tari menari hanyalah angan-angan sahaja. Apa kejadahnya saya hendak bergelek-gerudi pula? Punggung saya tidak ada isi. Lagipun tidak mungkin nenek dan ibu saya akan membenarkan cucu lelaki serta anak lelaki kesayangan mereka ini bergelek gerudi tanpa sebab. Telah lama saya tidak ke bandar. Kali terakhir ke bandar saya singgah sebentar di Kedai Great Outdoor. Hendak membeli snowcap baru kerana yang lama telah hilang. Tambahan pula musim sejuk sudah hendak bermula ketika itu. Brother kedai tersebut kelihatan sedikit khayal seperti baru menghisap paip hasish sambil mendengar lagu Bob Marley. Dia bertanya kepada saya "Yo yo, nak snowcap macam mana bro?". Dengan tenang saya menjawab, "Snowcap Bienda. Ada tak? Yo yo." Terpaku, dia bertanya saya kembali, "Bienda tu apa? (what the f*** is Bienda?) Yo yo"

Bingung dan sedikit marah, saya memberitahu brother kedai itu dengan nada serious, "Weh, cukup lah dengan lu punya yo yo bro. Lu dengar sini bro, apa tujuan lu bukak kedai fesyen outdoor kalau Bienda pun lu tidak kenal bro? Sedih lah ini macam. Pernah pergi Malaysia tak?" "Tidak pernah" jawab brother kedai. Saya sambung "Bienda adalah model ikutan ramai di Malaysia ok? Beliaulah yang mencipta tudung yang menutup kepala ala-ala bandana dengan dua bahagian tudung boleh ditarik ke hadapan untuk diletakkan di atas bahu kiri dan kanan. Tudung tersebut juga mesti dikenakan dengan baju yang ketat. Ramai makcik-makcik sekarang ini terasa diri mereka cantik anggun bergaya dengan tudung tersebut kerana mereka boleh menunjukkan leher mereka. Mengalahkan gadis-gadis remaja pula. Faham ke tak bro dengan fesyen pelik Malaysia ni?"

"Ok, gua faham. Tapi apa kejadahnya lu pun nak pakai macam itu? Itu kan untuk perempuan." tanya brother kedai itu lagi. "Saya cakap saya hendak snowcap macam Bienda, bukan tudung macam Bienda bro. Saya pun nak mengikut fesyen masa kini dengan memakai snowcap Bienda bersama-sama jaket hjiau dan seluar trek kegemaran saya sambil mendengar lagu Radiohead." Lalu brother itu pun memberi snowcap Bienda yang berwarna merah-jingga kepada saya. Saya membayar 29.99 euro untuk snowcap itu dan mengucapkan selamat tinggal kepada brother kedai. "Snowcap Bienda pun snowcap Bienda la bro, lu jangan pakai baju ketat-ketat sangat sudah ok? Rock & roll, chow." pesan brother kedai itu ketika saya melangkah keluar.



1. Kakak Roti

Gambar diambil di Claddagh, Galway. Kakak ini kelihatan seronok sekali kerana dapat memberi roti kepada angsa-angsa dan burung-burung di situ.



2. Brother Anak Patung

Gambar diambil di Shop Street, Galway. Brother ni sedang membuat pertunjukkan anak patung beliau yang beliau kawal menggunakan tali. Beliau juga kelihatan seronok.



3. Brother Busking

Gambar diambil di Shop Street, Galway juga. Brother yang kelihatan seperti penyanyi utama kumpulan Belle & Sebastian campur kumpulan Travis sedang bermain guitar beliau. Namun persembahan beliau tidak begitu mendapat sambutan. Beliau tidak kelihatan seronok



4. Pemandu Teksi, Pangkor

Ini adalah pakcik pemandu teksi/van warna pink saya sekeluarga ketika kami bercuti di Pulau Pangkor. Beliau sedang membaca akhbar berbahasa Cina dengan kusyuk sekali. Beliau tidak menunjukkan sebarang perasaan.



5. Firdouse

Ini adalah Firdouse. Beliau gemar menonton South Park bersama saya. Beliau kelihatan sedikit seronok di sini.

6. Pakcik Roti

Gambar di bawah adalah gambar seorang pakcik yang sedang memberi angsa makan roti. Gambar diambil di Claddagh, Galway. Pakcik ini kelihatan sedikit runsing. Mungkin sedang memikirkan hal cucu cicitnya dirumah.



Sunday, 11-Mar-2007 18:18 Email | Share | | Bookmark
Fotopages (As a business tool)

 
 
 
View all 23 photos...
Business.Life.Dancing

Satu trend yang dapat dilihat dengan jelas sekarang ini adalah trend membuat business dalam fotopages. Kalau dulu jurugambar-jurugambar profesional menawarkan khidmat mengambil gambar sempena majlis perkahwinan, sekarang macam-macam business sudah wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan lebat. Orang perseorangan, menawarkan khidmat mengambil gambar kanak-kanak serta outdoor, khidmat membuatkan cupcakes, khidmat menghias tempat persandingan, malahan ada juga yang menjual baju di Fotopages. Tidak sangka ya ada juga orang yang membeli baju dari internet. Nanti saiz tidak kena dengan potongan badan seperti makcik Linda Onn macam mana pula? Hendak salahkan siapa? Bukan salah ibu mengandung.

Trend wujud supaya diikuti oleh kebanyakkan penduduk. Dengan sebab itulah saya berpendapat adalah penting untuk saya juga memulakan business dengan Fotopages saya. Oleh kerana saya tidak mempunyai baju-baju berjenama untuk dijual (saya tidak pakai baju berjenama), kebolehan untuk memasak cupcakes juga tiada, saya rasa adalah sesuai untuk saya menawarkan khidmat tarian kepada mereka-mereka yang berminat. Lagipun belum ada business tarian ini di alam Fotopages. Oleh itu, saya dan rakan-rakan saya ini menawarkan perkhidmatan menari di majlis-majlis perkahwinan, pertunangan, majlis hari jadi anda yang ke-65, hari penyampaian hadiah atau hari sukan sekolah rendah anda. Jangan runsing ibuk, kami sendiri yang akan menari. Syarikat kami diberi nama:


Dancing Syndrome Sdn. Bhd. (A subsidiary of Dancing Asia Limited)

Kesemua ahli syarikat adalah penari professional. Kempat-empat kami memiliki ijazah BA (hons.) in traditional dancing (University of London) & MA (Hons) - thesis in kuda kepang vs tarian naga an ideologism (Mumbai Multimedia University (MMU)). Moto syarikat kami adalah - Sekali anda lihat kami menari pasti hendak lagi.

Semua jenis tarian ada.Tarian zapin, lenggang, tarian lilin, kuda kepang dan juga ngajat. Sila sila. Berminat boleh hubungi 012-3242312 untuk maklumat tambahan serta brochure. Harga boleh dirunding.


Ewah ewah.


Goyang jangan tak goyang


Kami menawarkan pakej khidmat tarian sempena majlis perkahwinan anda dan sebagainya. Tunggu apa lagi??


Penari-penari Bertauliah


Kami juga sedang mencari penari-penari professional diluar sana yang berminat untuk menyertai syarikat kami. Setakat ini Dancing Syndrome hanya memiliki 4 penari professional sahaja iaitu:

1) Phalinn Ooi - President & Senior dancer, specializes in Arabic and Chinese dancing. Writer and Contributor of various dancing magazines all around the world.
2) Apai - Senior dancer, a master of Balinese and Kuda Kepang dancing. Champion of Kuda Kepang International Dancing Tournament in 2002 & 2003.
3) Syad - Senior dancer number II, specializes in Tarian Lilin, Zapin and currently inventing his own dance.
4) Firdouse - Junior Dancer. An all-rounder dancer. A favourite with the makcik-makcik & nenek-nenek.

Pelbagai pakej menarik dengan harga berpatutan ditawarkan syarikat kami. Abadikan hari terpenting hidup anda dengan tarian tarian kami. Ingat - Sekali anda lihat kami menari, pasti hendak lagi

Contoh pakej yang disediakan - Tarian Arab (2 jam) 4 round, 2 gelek gerudi - RM 1500


Phalinn Ooi
President
Dancing Syndrome Sdn. Bhd.
(A Subsidiary of Dancing Asia Limited)
Cheras, Bandaraya Rock & Roll
inquiry@DancingSyndrome.com
012-3242312


Sunday, 4-Mar-2007 13:13 Email | Share | | Bookmark
Apparently You're An Ultracrepidarian

 
 
 
View all 5 photos...
Yes, Apparently You're An Ultracrepidarian

Well, I believe most of the reality shows judges are. Or perhaps i am one myself and so are you. Certainly I'm not in the position to talk about a) the radioactive decay of phosphorescent materials b) the menstrual problems of post-menarche, pre-menopausal women and c) what my ex-girlfriends really wanted from me. Only radioactive scientists, women probably between 13-50 years old and my ex-girlfriends can talk about those stuff with great expertise. But i read your diary the other day. Oh, so you think you are Cinderella, Alice in Wonderland, Snow White and Cik Siti Wan Kembang now do you? Which one are you actually? If it's down to me, i wish you were The Childlike Empress who resides in the Ivory Tower Palace, because i always think myself as Bastian from The Never Ending Story and with the help of Atreyu, probably we can save Fantasia together. Maybe you don't like fantasy stories like I do so you can become Sarah McLachlan then.

Back to reality, I've been tagged by another 3 Fotopagers. Ecah, Lea and Mummy Jam aka Jama Hameed. Ok, this is probably the last entry about this 'being tagged' thingy. It's wearing me out. I don't have any weird facts left because I'm not a weird person. I'll write things about myself in general. I'm a narcissist anyway.

Cactus Jack


1. When i get married, whenever that is, I don't want the title Dr. in front of my name and i don't want the honorary title of my wife's dad on the wedding cards, wedding albums, on wedding posters or signboards, should I marry the girl I'm seeing now or other girls whose dads own titles. It's not that I'm down-to-earth or something, I'm just not comfortable with those kind of things. I'm an arrogant idiot most of the time anyway as opposed to a down-to-earth modest guy. For example when my friend asked me "apasal tak nak minum kat Starbucks? Mahal sangat ke?" I answered "tak suka aaa buang masa kat tempat macam tu, boleh je nak beli satu kedai Starbucks dengan duit yang aku ada." Plus, I think SPM is the freaking easiest exam in the world. Why do i have to mention this? It's a warning that i don't like to be called 'Dr." by some fotopagers.

Omniplex


2. I'm also not that patriotic. I think there're a lot of racist b*st**ds in Malaysia. From my own experiences, it's tough being someone of mixed parentage in Malaysia. When I'm with the Malays, they will make fun of my Chinese side, making a mockery of the Chinese. When I'm with the Chinese, they will make fun of my Malay side. I'm used to it by now because I believe I have super genes that those people can only dream of.

Croc


3. I actually don't like medicine in school/before i entered medical school. I'm starting to like it now though. I'm more of a mathematics type of guy. Don't believe in the belief that medical students are the top, most brilliant students of the country. I think they are not. Medicine is not a subject that requires great intelligence as compared to engineering, physics or mathematics. Those high achieving students in medical schools do well not because they have the intelligence of a rocket scientist, but because they are hard working and read a lot. If I work in the education department of any medical school and have to select new students, I'll pick students who read a lot despite getting C7 in additional maths or physics (hardworking) instead of someone who get A1 for maths or physics and hates reading (intelligent). As for me, I'm not hardworking and I'm not intelligent. I entered medical school because i have super genes.

Facing Andaman Sea. Tanjung Sanctuary Resort, Langkawi


4. I don't drink coffee other than the ones that i make myself (nescafe-o with 4 teaspoons of sugar, only occasionally with milk). That explains why I don't hangout at 'cool cafes'. A lot of people who don't drink coffee/caffeine actually do like to hangout at Starbucks and stuff. I don't blame them. They want to be cool, you know. They want to be among the 'in' things, you know. Yo yo whatsup. What the..

Restoran Serai


5. A lot of people don't know that i draw much much better than i write. I drew this one panoramic scene using a standard Hb pencil then intensify it using a 2B pencil in the library book that i borrowed and Apai didn't believe it was me who drew it. Whenever i sit next to Mmoloki (a Bostwana student here) in lectures, he will always ask me to draw Bart Simpson for him. I don't know why he likes Bart so much.

Fly. Galway


6. Although i believe i have super genes, i always think the people that i know, my classmates, my friends are better than me. I might be arrogant, but i never look down on people.

Andaman Sea


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net