Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Aug-2007 17:17 Email | Share | | Bookmark
Ugelee Peektures

 
 
 
View all 15 photos...


For Laughing Out Loud

- A lot of questions regarding my posting. In the Kementerian Kesihatan application form, i put HUKM, PPUM and Hospital Selayang as my 3 choices. After contact with Kementerian, an insider told my mum my name was submitted for HUKM (supposedly i was meant to be sent outside KL but she intervened). Now it all depends on HUKM to accept me or not. Regardless of which hospital, i will start working on 16th September.

- The insider said I was supposed to be posted outside KL because I'm from KL, live in KL, male and single. That's not fair. I was in a boarding school in Kuantan for 5 years and another 5 years in Ireland. Come on, give a break.

- I definitely won't go to Selayang should HUKM reject me because it is already full (with doctors). Gosh, don't you hate em' doctors. They are everywhere.

- If i get HUKM, some will probably envy me, distance/travelling-wise. HUKM is (from my house, Taman Midah) : 2 minutes by car, 5-10 minutes by foot and 2 hours by bus. Waiting for buses is a nightmare in my area.

- I think I'll probably get HUKM because 2 of my cousins' husbands said they know someone in HUKM and will ask for help. Ah, don't you love Malaysia and the 'guna pintu belakang/orang dalam' way? NB: I didn't ask for help, people offered, why decline?

- Above is a picture of an eagle at Taman Burung Kuala Lumpur.



She's Entertaining Any Doubt

- Also some questions like "siapa tu? awek ke adik?" "aweks ek?" in the previous entry.

- Yes, Aqilah is the girl i'm seeing now, girlfriend, awek, pacar, buah-hati, kekasih whatever you want to call it. Teman tengok Liverpool main di kedai mamak, bestfriend, the baker of the first cupcakes i ever ate, advisor, the calming effect and all sorts of other roles. Finally, I'm happy again.

- Those who knew me since i started fotopaging, would know the girl i saw before Aqilah (my ex), who occasionally contributed in this fotopages. Things have changed, circumstances & people change. Time to look and move forward. Syukur, Allah allowed me to accept someone into my life again. Something i never thought would happen when things didn't work out with my previous girlfriend. Who thought Pak Lah will re-marry? God is great.

- Kad jemputan? Pelamin? Tying the knot? I can say those will only happen after 3-4 years from now (we both agreed on that). Insyallah kalau ada jodoh.

- There will probably won't be as much exposure as me & my ex which in a way, was a mistake & a little bit childish.

- Picture above taken at Zoo Negara. Dekat rumah Qilah je tu. hehe.



- When i own my own house, the first thing i want in place is a marine aquarium.

- Nadia (my sis) suddenly called me one day and asked whether i'm going to Gwen Stefani's concert. I find that question insulting. I don't listen to/follow singers who sing rock when rock is famous, sing R&B/Hip-hop when R&B/Hip-hop is famous. Gwen Stefani, Avril Lavinge like Birtney and Christina are good MTV bubble-gum celebrities. They go with the trend. You could put bands like Fall Out Boys, My Chemical Romance & Good Charlotte into that teeny-boppers' MTV list too.

- Picture taken at London Zoo's Aquarium.



- Here is Sofiya, the future professional swimmer with her pink swimsuit , Winnie The Pooh float and purple headgear during our family's weekly swimming session at Country Heights' Health Sanctuary.

- I didn't swim and probably won't swim again because at this age, i'm not too keen to show off my naked body. The last time i swam was at Kelab Darul Ehsan last year. The swimming pools there are better, there's a 'private' pool hidden below and next to the main pool.



- Grey heron, officially the most photographed bird by me.

- This is a good looking one at London Zoo.



- Time & experience, especially the experience being someone of mixed parentage has thought me that you cannot ascribe certain traits to certain races. There's no such thing as "Janji Melayu" and stuff. Someone breaks his/her promise, comes late not because they are of a particular race. If someone tells you otherwise, tell them they are really narrow minded. Janji Diana ada laa. Dah 2 episode tak tengok.

- Picture of a male Orang Utan chilling out on the grass at Zoo Negara.



- Above picture of a Hornbill at Taman Burung KL.

- Below picture of sea grass at London Aquarium.



Friday, 17-Aug-2007 03:08 Email | Share | | Bookmark
Brosandi

graduasi 2 bulan lepas
minyak rambut banyak, tak pakai stokin. rambut belakang panjang.
kecederaan parah terjatuh longkang
View all 29 photos...
Splinter Cell


Recent Developments

Apa khabar semua? Lama tidak berjumpa. Harap-harap sihat semuanya. Karangan ini dipanggil "Buah-buahan tempatan" aka "Perkembangan terkini saya."

Saya baru sahaja sembuh daripada satu kecederaan parah. Pada hari Jumaat lepas, kira kira jam 5.53 petang bertempat di Centrepoint, Bandar Utama, berlakulah satu kemalangan yang melibatkan diri saya sendiri dengan sebuah longkang. Tiada kenderaan terlibat. Hanya kami berdua. Kemalangan berlaku ketika saya yang sedang asyik memegang air tin kacang soya Yeo's yang baru di beli di 7 eleven Centrepoint cuba untuk melintas longkang tersebut kerana hendak duduk-duduk di sebuah taman permainan berhampiran. Terlalu leka kerana seronok sangat dengan air tin kacang soya yang baru dibeli, saya telah meng-'under-estimate' longkang terbabit. Tanpa mengambil longkang itu secara serius, sedar-sedar saya berada dalam posisi meniarap, di dalam kesakitan apabila tiba di seberang. Bukan sahaja kesakitan fizikal, tetapi juga mental kerana banyak kereta yang lalu lalang di sana. Tentu orang-orang di dalam kereta mentertawakan saya sambil berkata "apa cerita mamat tu, dah besar-besar pun jatuh longkang." Malu saya sendirian. Sila lihat gambar untuk perkembangan lain-lain.



Destinasiku = Cheras, Destinasimu = Gombak Setia

Qilah selalu bertanya-tanya kemana destinasi saya. Baguslah ada orang yang menjaga kebajikan saya bertanyakan arah tuju destinasi saya sekarang ini selain ibu bapa saya sendiri. Macam lagu iklan Digi pula yang dicipta oleh penyanyi kesukaan Qilah, Radhi Razali. Kekalahan OAG pada Pentas Ikon Asean sudah pun dijangka. Tidak dinafikan OAG/Radhi adalah seorang tunesmith/musician/guitarist/composer/performer yang hebat tapi dalam bidang nyanyian, beliau hanya hebat sebagai penyanyi studio (OAG = a studio band, lagu dalam album sedap dengar, nyanyi live tak berapa sedap dengar). Bab-bab menyanyi/perform live band-band kita perlu belajar dengan band luar. Kurt Cobain sampah masyarakat yang selalu khayal dengan dadahnya pun adalah seorang penyanyi live yang mantap. Secara peribadi saya rasa kumpulan Search lagi sesuai jadi Ikon Malaysia kategori berkumpulan. Amy Search nyanyi live power. Saya dalam studio ke luar studio tak boleh menyanyi.

Lain-lain cerita, apa saya buat bersama Qilah, berapa banyak duit kitorang ada, barang apa yang dibeli, bayar pakai credit card ke cash, makan makanan apa, kereta apa kitorang bawa, brand apa baju pink kitorang tu, ke mana kami pergi tidak perlulah dihuraikan di sini. Macam orang nak tahu pun. Yang penting Qilah yang comel ini (physically & personality-wise) membuatkan saya gembira & ketawa sahaja.



Future Star

Ini adalah Syahmi. Adik saya. Kacak lagi tampan bergaya seperti Eman Manan. Malu-malu kucing dengan budak-budak perempuan. Diminati kanak-kanak perempuan di dalam bas sekolahnya. Bajet macho duduk belakang sekali dalam bas.



Snow Pink

Ini adalah Nadia. Adik saya. Sudah mempunyai teman lelaki agaknya. Itu dia punya hal lah. Seperti saya dan Papa, dia gemar mengambil gambar. Tidak seperti kami, dia lebih gemar mengambil gambar diri sendiri. Tahun pertama jurusan biomedik di UKM cawangan Kampung Baru/Chow Kit.



Green

Tumbuh-tumbuhan sangat penting dalam kehidupan kita. Bercucuk tanam lah di rumah-rumah anda.



Sleeping Beauty

Ini adalah tapir yang saya bela di belakang rumah saya. Yelah tu. Dalam mimpi-lah saya hendak membela tapir. Bak kata pengacara edisi siasat - apa kejadahnya saya hendak membela tapir dibelakang rumah? Apa pula kata jiran-jiran nanti?

Sebenarnya ini adalah tapir di Zoo Negara. Saya suka melihat tapir. Tapir tidak suka melihat saya. Tapir suka tidur. Macam saya.



Futurama

Ini adalah Haziq. Adik bongsu saya. Sedang merenung masa hadapan agaknya. Jauh lagi perjalanannya, Insyallah.

Selamat Menyambut Bulan/Hari kemerdekaan Ke-50 buat semua. Orang yang menjadi epitomi Malaysia bagi saya secara peribadi - kartunis Lat (Datuk Mohamad Nor Khalid).

Model : Syahmi. Gambar diambil di studio alternative murahan Taman Midah Cheras = bilik tidur saya.


Friday, 20-Jul-2007 06:01 Email | Share | | Bookmark
The Malaysian Footballing Conundrum & Little Miss Liar

 
 
 
View all 19 photos...


Cult Figure(s) I

Menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Iran di RTM2 dua hari lepas. Encik Hasbullah Awang komentatornya. Hasbullah Awang ni kira seorang 'cult figure' lah bagi saya. Sudah lama Encik Hasbullah jadi komentator untuk RTM, sejak saya sekolah rendah lagi. Encik Hasbullah memang hebat, semua jenis sukan beliau boleh komen. Namun dalam sukan bola sepak, aspek yang membuatkan beliau menyerlah berbanding komentator-komentator lain (Rahim Razali, Zainal Abidin Rawop, Shauki Kahar etc.) sekaligus mengangkat taraf beliau sebagai cult figure ialah perkataan2/frasa2 dramatik yang beliau gunakan - contoh-contoh: serangan kilat (counter attack), menembak ke arah gol, bala tentera Johor FC sedia menyerang pihak lawan, tandukan peluru etc. Berbeza dengan komentator lain juga, beliau sering salah menamakan pemain dan suka menceritakan dari mana asal usul seseorang pemain itu. Tidak mengapa Encik Hasbullah memang cool.

Lain lain 'cult figure' bagi saya termasuklah 4U2C dan kumpulan rap Nico (mengapa kamu, mengapa jadi begitu, inilah nasibku).



Cult Figure (s) II

Apakah cult figure ini? Susah hendak mendefinisikan cult figure ini dan bukan calang-calang orang boleh menjadi cult figure. Wikipedia punya definisi paling saya setuju agaknya:

Quote:
The term cult figure is difficult to define and different people may or may not qualify as cult figures by different standards. The term usually refers to someone who is admired by a small group of fans and not by the general public or at least not for the same reasons he or she is admired by the general public. For example, Christopher Walken and Crispin Glover are both known for their acting abilities to the general public, but to their cult followings Walken is better known for his recognizable mannerisms and Glover for his strange behavior and distinctive poetry.


Definisi saya sendiri ialah cult figure ini ialah golongan yang kita suka buat lawak pasal mereka tapi sebenarnya kita suka cara, hasil kerja mereka. Mereka ini biasanya bukan 'famous' pasal sesuatu, tetapi 'infamous' pasal sesuatu. Contoh: kumpulan rap remaja 4U2C were infamously known for their side to side dancing and for wearing cds on their necks.



Telur dulu ke Ayam dulu Mak?

Penyokong Iran semalam lagi ramai daripada penyokong Malaysia di Bukit Jalil. Biasalah tu. Dengan kepesatan cara kehidupan 'yuppie' yang kebaratan sambil mendengar Hitz.fm di Starbucks, orang-orang kita kenal dan sokong Man Utd, Chelsea, Liverpool sahaja. Lepas itu tulis artikel dalam The Star, The Sun "Saya anak Malaysia". Bagus bagus. Tetapi, penyokong tidak ramai menyebabkan pasukan bola sepak kita main serupa budak-budak belum sunat ataupun pasukan bola sepak kita main serupa budak belum sunat menyebabkan penyokong tidak ramai? Memang susah hendak menjawab soalan tu. Dua dua pun betul kut.



Back To The Old Days

Liga Malaysia zaman Semi-Pro dulu lagi best tengok sebenarnya. Saya dari kecil follow bola sepak Malaysia. Sebab tu kenal Hasbullah Awang dari kecil. Liga Perdana Inggeris baru-baru ni je tengok. Saya anak Malaysia juga, saya lagi ambil tahu pasal bola sepak tempatan. Saya sokong team Kuala Lumpur. Team second Terengganu. Perlawanan pertama saya tengok dekat stadium ialah Klang Valley Derby - Kuala Lumpur lawan Selangor 1990, Stadium Merdeka pergi dengan pakcik dan sepupu. Selangor menang 1-0 masa tu. Last game tengok Final Piala Malaysia tahun 2001 Terengganu lawan Perak (Trg menang 2-1) dekat Bukit Jalil. Antara tu ada-lah beberapa kali ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur tengok KL main sebab dekat dengan rumah. Dulu semua team main best, pemain-pemain (import & tempatan) best-best and suasana dekat stadium mantap.



KL zaman akhir 80an memang power. Jersi belang-belang oblique merah putih ada tulis Eon tengah-tengah. Bagi saya antara team terbaik lah pernah wujud di Malaysia. Juara Piala Malaysia 1987,88 and 89. Tiga-tiga kali kalahkan Kedah. Pemain hebat-hebat zaman tu Rashid Hassan, Serbegeth Singh (Shebby), Fandi Ahmad, K Kannan, Subadron Aziz, Malek Awab, Lim Teong Kim, Mat Zan Mat Aris, Saidin Osman dll. Coach - Chow Kwai Lam. Manager - Datuk Ellyas Omar. Stadium - Stadium Merdeka (kongsi dengan Selangor). Memang unbeatable lah. 7 pemain KL wakil Malaysia tahun 1989 and menang pingat emas masa Sukan Sea KL 1989 (Rashid, Razif Ismail, Chow Siew Yai, Shebby, Mat Zan, Lim Teong Kim and Subadron). Maskot Sukan Sea masa tu kura-kura. Nurul Huda Abdullah dengan Jeffery Ong banyak menang pingat emas. Diorang lumba renang dekat Kolam Renang Cheras.



Lepas 1989 tetiba KL tak power pulak. Kedah power lagi, diorang menang Piala Malaysia 1990 kalahkan Singapura 3-1. Then tahun 1992 and 1993 pun Kedah layak final jugak. Kiranya 6 kali layak final Piala Malaysia dalam 7 tahun. Tapi 2 kali je menang (1990 & 1993). Pertengahan 90-an KL macam dah hebat balik, menang FA cup dua kali (1993 & 94). Pemain pun mantap-mantap juga - Azman Adnan, Shahrin Majid, V Murugan, K Gunalan, Allahyarham Zaid Jamil, T. Gopinath Naidu etc. Tapi sekejap je la. Last-last semua pemain power KL Selangor beli. Apa cerita jual pemain dekat musuh tradisi. Liverpool nak beli Heinze dari Man Utd pun Man Utd tak bagi. Selangor dengan KL takde hal punya jual-jual pemain. Mungkin balas dendam Zoran Nicholic pergi KL dari Selangor dulu. Apa-apa hal KL Vs Selangor memang derby terhebat di dunia zaman dulu, lagi power dari Everton vs Liverpool @ Man utd vs Man City @ AC vs Inter Milan.



Tapi sekarang dah tak berapa kenal pemain. Shukor Adan dengan Indera Putera kenal lah, sebab nampak macam 2 orang ni je yang semangat nak main. Suasana macam dulu pun dah tak ada. Yang saya perasan lepas kes rasuah 90-an memang dah tak best bola Malaysia. Kena rasuah baru best agaknya Malaysia ni. Akhirnya salah pemain and penonton sekarang jugak lah. Pemain tempatan sekarang mana boleh lawan Rashid Hassan, Azmi Mahmud, Ahmad Sobri, Zubir Ibrahim, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Hashim Mustapha, Shebby, Lim Teong Kim, Subadron, Azman Adnan, Radhi Mat Din, Aziz Azizan, Manja Man, Nizam Adzha Yusoff, Azizul Abu Haniffah, Mubin Mokhtar, Jalil Ramli dll.

Pemain import sekarang pun mana boleh lawan Karel Stromsik, Zoran Nikolic, V Sundram Moorthy, Fandi Ahmad, Tibor Szaban, Peter Nikietin, Olumbumi Adigun, John Hunter, Abbas Saad, Alistair Edward, Ervin Boban, Frank Pastor, Marlon Van Der Sander, Scott Olenrenshaw dll. Dan penonton sekarang mana boleh lawan penonton dulu. Harap-harap suasana seronok menonton bola sepak tempatan akan kembali.



Monday, 16-Jul-2007 16:16 Email | Share | | Bookmark
London V4.000 - Sek. Ren. Jalan Pisang (5) Vs Malaysia (0)

 
 
 
View all 6 photos...


Piccadilly Circus

Photograph taken around 1700 GMT. My mum, Syad and myself were waiting for my cousin at Lilywhites. It was raining. Syad and I were looking for shoes there. My mum had a happy day that day as she got her Royal Albert sets at Harrods on discount. Piccadilly Circus initially, was actually more famous for its' traffic junctions rather than its' neon signs. Hence, circus. Jalan Bukit Bintang-Jalan Sultan Ismail Circus anyone?



Westminster

In Westminster, stand some of the most impressive buildings/structures I've ever seen - Westminster Abbey, Big Ben, Houses of Parliment etc. In a way, it's like Putrajaya. A administrative/political spot.



ZSL London Zoo

This photograph was taken at London Zoo's Aquarium, which is different from London Aquarium. A straight forward aquarium compared to London Aquarium or Aquaria KLCC - no sharks, no sting rays or giant squids. After reading all those illustrated books about fishes, marine life and animals as a ten year old, i can't name this creature above. Will go back and read illustrated books again.



Leicester Square

The place to see people. There are a lot of cinemas, bars, restaurants around.



Bridge Street

The street of Westminster Bridge i guess. At one end you can see London Eye, at the other end, Big Ben and stuff.



ZSL London Zoo Again

Seriously, London Zoo didn't meet my expectation. The entrance fee is expensive - 16 GBP and it's not worth it. I didn't come to the zoo to see Grey Herons here and there - Herons were everywhere in Galway. There're no elephants, rhinoceros or cheetahs. Those animals can be found at Whipsnade Zoo, the other half of the zoo. (Zoological Society of London (ZSL) operates two zoos - London Zoo & Whipsnade Zoo.)



Queen Victoria Memorial

This is a sculpture located at Queen's Garden, in front of Buckingham Palace.

London Eye

I noticed some people calling this Eye On London in the entry before the previous one. It's called London Eye actually or formally, British Airways London Eye. I'm planning to go to Malaysia Eye/ Malaysia Airlines Malaysia Eye soon. Do I sound stupid?



Thursday, 5-Jul-2007 05:07 Email | Share | | Bookmark
London V3.000 - Fish, Squirrel & People

 
 
 
View all 9 photos...
Assalamualaikum. Hello

Lama tidak datang ke sini. Sibuk membawa emak berjalan-jalan. Juga sakit tekak sedikit dan terbatuk-batuk. Ni ada beberapa gambar-gambar biasa sahaja yang diambil oleh saya di sekitar London tempoh hari. Lain-lain gambar serta gambar graduasi saya boleh dilihat di laman Flickr saya. Terima kasih.



That's Her In The Corner. That's Her In Spotlight. Eating Her Nuts.

Gambar di ambil di Green Park. Tupai kelihatan sedang asyik memakan kacang yang saya beli dengan harga 1.50 pound sterling. Saya tidak habis makan kacang itu kerana kacang itu manis sekali. Kacang sepatutnya masin sedikit baru sedap. Di Ireland tidak pernah jumpa tupai walaupun banyak pokok di sana. London selalu pulak jumpa. Dekat laman rumah saya di Taman Midah selalu juga jumpa tupai. Tupai Cheras gelap sedikit warna bulu dia berbanding spesies di London.



The Chinese Computer Geek

Gambar diambil di Trafalgar Square. Sudah lama tidak mengambil gambar orang-orang yang tidak dikenali di jalanan. Mamat ini sedang posing untuk member dia. Saya tumpang ambil dari belakang sahaja. Peminat Manchester United agaknya dia. Memang untung dunia perniagaan hiburan orang-orang barat ini. Letak sahaja seseorang yang rambutnya berwarna blond serta berhidung mancung, sudah pasti orang-orang Asia akan terjerit-jerit kegilaan. Sedap tak sedap boyband diorang nyanyi, power tak power pemain bola main bola lain cerita. Mesti suka jugak punya. Kalau orang kita sendiri yang main bola tak best, nyanyi tak sedap kena kutuk tidak ingat punya.



Something smells fishy here

Ini gambar potrait seekor ikan trout yang diambil di London Aquarium tempoh hari. Ikan trout adalah ikan air tawar dari kaum keluarga yang sama dengan ikan salmon. Ikan trout ni kesukaan pemancing pemancing kerana ikan trout boleh 'melawan' dengan baik. Bab bab berlawan dengan ikan main tarik tarik itulah yang membuatkan memancing seronok sebenarnya.



Laughter The Best Medicine

Gambar diambil di Trafalgar Square. Mamat ini sedang bergelak tawa bersama rakan-rakan beliau. Macam ini lah agaknya orang-orang kita gelak ketawa bila tahu Siti Nurhaliza tidak pandai bercakap Bahasa Inggeris sehingga tidak tahu menyebut Pooh macam mana. Iyelah, Bahasa Inggeris sahajalah yang bagus, hebat untuk orang-orang ini. Apa kelas Bahasa Malaysia - kampung lah, hulu lah, tidak ada standard lah. Suruh orang-orang ini lihat ke dalam cermin dan tanya diri sendiri - "rupa aku ini lagi serupa Bangla, Indon, Vietnam yang aku selalu kutuk tu ke lagi serupa orang orang Barat yang aku berangan hendak jadi itu?



Camera Woman

Gambar juga diambil di Trafalgar Square. Minah ini sedang di dalam proses untuk mengambil gambar rakan beliau. Kamera beliau Fujifilm agaknya. Macam-macam model kamera digital point & shoot dah ada sekarang. Sejak meninggalkan dunia kamera digital point and shoot (PnS), saya sudah tidak mengambil tahu sangat apa model terbaru etc. Apa-apa hal - With Canon You Can. With others you also can one.



One Hungry Squirrel

Ini gambar tupai yang sama seperti di atas. Kali ini si tupai telah melarikan diri ke atas rumput pula. Kesian juga si tupai, hendak makan pun tidak senang. Tidak mengapa, waktu yang diluangkan bersama si tupai sekejap sahaja. Saya sudah hendak balik ke Cheras, bila lagi hendak menangkap potrait tupai di London.

Macam gambar orang-orang lain disini, gambar mamat dibawah diambil di Trafalgar Square. Sedang menunggu member dia agaknya.



[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net