Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy New Year

 
 
 
View all 10 photos...
Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru dan selamat tengah hari semua. Terlambat sedikit membuat entry tahun baru ni - banyak kerja lain, malas, internet streamyx lembab, tak tahu gambar apa nak letak dan sebagainya. Macam macam alasan, biasalah manusia dan saya tidak terkecuali. Juga tiada drama swasta seperti yang disebutkan dalam entry lepas. Macam mana saya hendak membuat sebuah drama swasta? Saya bukannya seorang pengarah drama. Kalau saya menghasilkan drama sekalipun, tentu ianya tidak sehebat Janji Diana, Spa Q, Rumah Kedai ataupun drama kegemaran saya - Jelatang yang disiarkan setiap Selasa pada jam 9 malam.

Mum choosing strawberries. Oxford Street. June 07


1. Quite An Eventful Year

Bagaimana sambutan tahun baru anda? Meriah sekali? Bagus bagus. Macam tahun-tahun lain, saya sambut tahun baru seminggu lebih lewat daripada orang lain (8hb Januari). 8 Januari adalah tahun baru bagi saya sebab tarikh lahir saya 8 Januari. Usia pun sudah lanjut sekarang ini - 26 tahun. Macam tahun-tahun lain juga, saya bukan jenis yang sambut hari lahir saya sangat pun. Tahun ni cuma pergi dan balik kerja, baring atas katil tengok Jelatang separuh jalan & tidur. Hari-hari keesokkannya baru pergi makan bersama Cik Aqilah Hassan di Food Court Tesco Taman Midah dan Cozy House Great Eastern Mall.

Tahun 2007 agak meriah sebenarnya berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bergraduasi, bawak mak jalan-jalan di Ireland & London, balik Malaysia, mula bertugas, raya kat Malaysia, jumpa family Aqilah dan lain lain.

Your sweet smelling hand. Taman Rama-Rama KL. December 07


2. Stolen

Gambar di atas menunjukkan seekor rama-rama yang sedang bertenggek di atas tangan seseorang. Tangan itu kepunyaan Cik Aqilah Hasan. Rama-rama suka akan tangan Aqilah. Mereka tidak suka tangan saya. Saya dan Aqilah telah pergi ke Taman Burung dan Taman Rama-Rama KL pada 2 Disember 2007. Lawatan mengambil gambar sambil belajar itu sangat besar signifikasinya. Ini adalah kerana itulah hari terakhir saya bersama kamera saya. Dukacita dimaklumkan rumah saya dimasuki pencuri pada pertengahan/akhir Disember menyebabkan tv rumah, koleksi kereta mainan ayah saya, 4-5 buah kamera + laptop, projector, lens ayah saya, laptop saya, 2 buah kamera + lens saya serta bag oncall saya dikebas pencuri. Buku tak nak pulak curi. Paling tension hilang lens telefoto kesayangan saya lah, dengan lens-hood 1970an dan polarizing filter uncle Bukit Bintang. Kombinasi tiga benda inilah yang biasanya menghasilkan gambar-gambar yang saya suka.

Dengan itu berakhirlah kegiatan mengambil gambar oleh saya denga ketiadaan kamera. Kamera phone adalah. Itu pun phone cikai punya. Dah kerja lama sikit nanti baru beli kamera baru kut. Kumpul duit nak kahwin dulu.

Bergembiralah. Posing "Nama saya Rain" oleh warga Gleann Dara. June 07


3. Still Happier Than Ever

Walaupun musibah rumah dimasuki pencuri terjadi & banyak barang berharga hilang, saya tidak begitu kecewa sebenarnya. Lagi kecewa masa bola saya kena rampas cikgu sessi pagi masa darjah 4 dulu. Bukan sengaja nak sepak bola masuk kelas diorang masa tu. Siapa suruh buat kelas dekat dengan padang. Apa pun tentang kecurian ni, yang penting ahli keluarga saya semua selamat dan masih dikurniakan usia yang panjang. Lagi penting daripada barang-barang saya yang hilang tu, anak-anak dan bayi-bayi orang yang saya kena tengok dekat hospital hari-hari. Janji diorang sihat-sihat sahaja. Apalah sangat barang-barang tu kalau dibandingkan dengan kehidupan. Awasilah anak-anak/adik-adik anda. Ramai penculik celaka sekarang ni.

You are cute, just like my girlfriend. Bird Park KL. December 07


She's All That

Secara jujurnya, jarang-jarang kecewa/frust menonggeng sekarang ni sebab ada sokongan daripada Cik Aqilah Hassan yang hebat dan gagah perkasa itu. Cik Aqilah sanggup berpeluh berpanas mengikut saya menangkap gambar, yang pada hemat saya adalah suatu aktiviti yang membosankan sebenarnya. Baik dia pergi shopping.Tapi dia sanggup ikut saya ke sana ke mari.

Tiger. Zoo Negara July 07


Cik Aqilah juga banyak membantu me-rasionalkan saya. Itu hari kereta saya rosak di tengah-tengah jalan Sultan Ismail pada malam Sabtu. Saya dan Aqilah dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli belah di Bukit Bintang (Aqilah yang shopping, saya beli sabun mandi + Reader's Digest sahaja). First time kereta saya rosak di tengah-tengah jalan, so menggelabah lah jugak. Malam Sabtu pulak tu, memang sesak dengan kereta-kereta mewah orang cool yang hendak ke kelab malam berhampiran. Tentu mereka mentertawakan saya dan kereta buruk saya. Kalau saya seorang diri konfirm saya sepak-sepak, maki hamun kereta saya sahaja. Tapi Cik Aqilah begitu tenang. Dia menyuruh saya menolak kereta ke tepi jalan, sambil dia mengawal steering kereta. Dengan machonya saya menolak kereta saya ke tepi di tengah tengah bandar KL*. Kalau tak macho, saya suruh Aqilah sahaja lah yang tolak. Tapi takkan perempuan pulak yang tolak kereta. Memang pengalaman yang best, kalau Aqilah takde, mesti kereta saya maintain kat lane tengah-tengah sampai pagi keesokkan hari.

*Nak tolak kereta ke tepi punya lah susah. Lepas dalam 10 kereta yang lalu baru ada kereta yang bagi saya laluan untuk tolak kereta ke tepi. Memang respect sama brother tu.

Arwah laptop. Furnival House, University of Wesminister, London. june 07


Experience is Knowledge

Zaman kerja dengan zaman belajar memang lain. Orang yang hebat masa belajar kat sekolah/university dulu tak semestinya hebat bekerja. Belajar, dengan sistem pendidikan sedia ada, lebih kepada peperiksaan je, baca banyak baru power. Kerja lebih kepada pengalaman + buat benda, baca banyak tak banyak/tak pernah baca langsung tak penting. Saya memang kagum dengan orang yang banyak pengalaman macam pakar-pakar perunding/boss-boss saya di hospital dan juga ayah saya. Kita cerita masalah sikit je dekat orang yang berpengalaman, diorang dah boleh selesaikan biasanya.

Macam insiden kereta rosak hari tu lah. Tau-tau tak boleh start kereta, saya terus call ayah saya (bidang dia automotif). Cerita masalah sikit je, dia dah boleh agak masalah kereta tu satu kipas tak pusing. Sambil-sambil tu dia berulang kali cakap "Observe the temperature." Pelik jugak dengar statement tu, sebab kat hospital naik bosan dengar statement tu daripada specialist time ada budak demam "Observe (the child's) temperature bla bla". Ingat kat hospital je dengar statement tu. Apapun, esok pagi post-mortem, bukak depan kereta memang satu kipas tak jalan. Memang ayah saya betul. Saya memang kagum. Macam seorang pakar bedah yang dah tau dimana masalahnya sebelum ke bilik pembedahan.

Doorstep view. Gleann Dara, Galway Ireland. May 07


Sekali lagi Selamat Tahun Baru semua. Have a great year ahead alright everyone.

Silalah lawat blog Aqilah untuk cerita-cerita menarik memandangkan saya sudah tiada masa sangat untuk bercerita lagi. Lagipun cerita saya bukannya best pun. Untuk gambar-gambar silalah ke Flickr saya.

Cattle Egret. Bird Park KL. Disember 07


Saturday, 5-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Chemistry (Between Us)

Phalinn Ooi dan kawan-kawan will be coming back on the 8th of January 2008 with another crappy drama swasta entitled - Menolak Sebuah Kenderaan Yang Rosak Di Jalan Sultan Ismail (Bersama Kekasih Hati). Featuring:

Aqilah Hasan Yusof aka Silky Coloured.
Brother Gerai Jeruk Iz, Sungei Wang Kuala Lumpur.
Syahmi Effendy Ooi.
Encik Effendy Ooi.
Mariamah Tijo dari pusat berita RTM
Dan lain-lain lagi.

Watch This Space! If you want to larrr.

Whenever I'm Unseen. Looking Forward. Happy 2008 Everyone.


Sunday, 18-Nov-2007 04:37 Email | Share | | Bookmark
Old Slang

Selamat Pagi

Hello dan selamat petang. Minta maaf jika sudah lama saya tidak meletakkan komen di fotopage-fotopage ataupun blog-blog anda seperti zaman muda-muda dahulu. Bukan sengaja tidak mahu letak, tetapi susah benar mencari masa lapang sekarang ini. Pengalaman kerja saya tidak perlulah diceritakan. Yang penting saya gembira walaupun sedikit penat. Apa pun kerja yang saya ataupun anda-anda semua lakukan - Perdana Menteri, juruwang di Pasaraya Rainbow, tukang sapu, doktor, guru tadika, pegawai bank, pak guard, tukang angkat sampah alam flora, peguam ataupun jurutera di syarikat Satyam - bekerjalah dengan ikhlas dan bergembiralah. Semua perkerjaan-pekerjaan ini sama sahaja. Semua orang sama sahaja. Seperti kata Encik Ali, bekas penyanyi kumpuk rock XPDC - "Apalah ada pada keindahan, jika jiwa kita meronta-ronta."

Sekali lagi, anda semua tidak perlulah berdoktor-doktor dengan saya.



1. Burung

Sudah lama juga tidak mengambil dan menganalisis gambar-gambar. Saya suka mengambil gambar burung. Ini adalah seekor burung dari spesies yang sama dengan burung kakaktua. Burung ini sedang melihat sesuatu yang menarik perhatiannya agaknya.



2. Hari Raya

Diharapkan semua Muslimin dan Muslimat seronok merayakan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal lepas. Syahmi memang seronok. Banyak dapat duit raya.



3. Jalur Gemilang

Warna burung kakaktua jenis ni sama dengan warna Jalur Gemilang. Merah putih biru kuning. Tetapi burung kakaktua tidak dipilih menjadi maskot Malaysia. Burung kakaktua yang seekor ni sedang meng-usha saya dengan malu-malu sambil menyorok dibelakang rakan beliau.



4. Sigur-Rose

Dari segi muzikal, kumpulan Sigur Ros adalah antara kumpulan muzik terhebat bagi saya. Lagu mereka yang bertajuk "Hoppipolla" adalah antara lagu yang terhebat pernah ditulis, musically. Video lagu tu juga best dan sesuai untuk orang-orang tua, datuk nenek kita. Tonton di sini

Ini adalah sekuntum bunga ros dirumah saya.



5. Banting

Lembu jenis ini dipanggil Banting. Dahulu saya belajar di Kolej Mara Banting.



6. Kanak-Kanak Riang

Ini adalah kawan-kawan saya zaman belajar kat Ireland dulu. Semua sempoi-sempoi dan cool. Semua sudah bekerja sekarang ini di pelbagai hospital. Syazwan, yang depan sekali tu kerja di HKL juga, tapi dia ditempatkan di Hospital Bersalin, HKL (saya di Institut Paediatrik).



7. Udang Sexy

Ini adalah "Sexy Shrimp". Memang itu namanya, kalau tidak percaya carilah di Google Image ataupun Yahoo Image. Udang ni biasa dibela dalam akuarium marine oleh penggemar-penggemar hidupan marine.

8. Galway

Ini adalah gambar dari bilik tidur saya, zaman-zaman belajar dekat Ireland dulu.



Wednesday, 17-Oct-2007 08:59 Email | Share | | Bookmark
Perutusan Khas Selamat Hari Raya

Keluarga Tuan Rumah
Tetamu Utama
Aqilah & my sis Nadia
Eid Mubarak

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Minta maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa yang membuatkan anda-anda semua terasa, sama ada disengajakan ataupun tidak. Biasanya sengaja lah, "tidak sengaja" adalah benda yang saya tidak berapa percaya akan kewujudannya dalam bidang penulisan/bahasa.

Jaga lah keselamatan diri anda di musim perayaan. Apa jua kenderaan yang anda pandu di hari raya ini, lori ke, basikal bmx ke, kereta Proton Saga ke ataupun kapal angkasa Soyuz memandulah dengan berhati-hati. Ingatlah orang tersayang. Tapi janganlah asyik-asyik teringat kat orang tersayang je ketika memandu sampai lembu kerbau depan mata pun tidak nampak.

Selamat bergembira semua dan selamat pulang ke kerja nanti.



*Gambar diambil oleh Encik Azam (Along), abang kepada Cik Aqilah ketika saya adik beradik beraya di rumah Cik Aqilah Hasan. Resipi nasi tomato power dan air sirap special boleh diminta daripada Chef Aqilah. Terima kasih kepada Cik Aqilah sekeluarga kerana membuatkan kami terasa 'very welcomed'. Takdelah menggelabah kalau nak masuk meminang nanti. Terima kasih juga kepada Cik Aqilah kerana memberikan duit raya kepada adik-adik saya. Saya sendiri tak bagi diorang duit raya walaupun gaji baru masuk. Orang kata kalau isteri dah bagi, suami tak payah lah bagi, vice-versa.


Friday, 14-Sep-2007 14:09 Email | Share | | Bookmark
What We Did At Bukit Bintang

 
 
 
View all 27 photos...
Ramadhan

Assalamualaikum dan good morning. Apa khabar makcik-makcik dan kakak-kakak sekalian? Semoga sihat sejahtera hendaknya ye. Bagaimana pula dengan persiapan berpuasa anda? Bagus sekali persiapannya? Syukur alhamdulilah. Semoga bulan Ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua. Perbanyakkanlah amal ibadat pada bulan ini dan kalau boleh bawa ke bulan bulan lain juga amalan-amalan itu. Jangan pula dijadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan persiapan Hari Raya semata-mata. Pergi lah ke masjid kalau ada masa, takkan asyik hendak ke Kamdar, Gulati's ataupun Globe Silk Store sahaja ye dak.Tidak akan lari kain-kain selendang, brooch-brooch dan kuih-kuih tart nenas itu semua. Nasihat untuk diri saya sendiri dan juga untuk sesiapa yang hendak mendengar lah.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam daripada saya secara peribadi.



You Don't Always Get What You Want

Sedikit info, saya dengan dukacitanya ingin memberitahu saya tidak mendapat tempat di HUKM. Saya mendapat tempat di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Dahulu mereka kata mula kerja 16 September tapi sekarang mereka kata mereka tidak dapat menyiapkan surat sebelum 16, jadi bila-bila pun dapat surat nanti boleh lapor diri, tarikh tidak penting. Inilah sistem effisien lagi sistemetik Kerajaan Malaysia.

Kecewa juga sebenarnya apabila emak saya memberitahu saya mendapat HKL. Memang kecewa. Saya jarang kecewa sebegini hebat. Kali terakhir saya kecewa sebegini hebat ialah semasa saya darjah dua. Kecewa apabila ibubapa saya enggan membelikan saya beg sekolah Ninja Turtle yang berwarna biru ketika kami bercuti di Singapura. Memang cantik beg itu dan saya memang sukakan Ninja Turtle semasa muda-muda dahulu. Kali ini pula, saya kecewa apabila emak memberitahu saya saya mendapat HKL kerana saya sangkakan HKL itu Hospital Kuala Lipis. Namun, selepas emak saya memberi jaminan HKL itu adalah Hospital Kuala Lumpur, kekecewaan saya itu hilang sedikit walaupun masih ada lagi. Secara jujurnya, dalam banyak2 hospital kat Lembah Klang, HKL ialah hospital terakhir yang saya mahukan.



Lawatan Sambil Belajar Ke Bukit Bintang

Kira-kira 2 minggu lalu saya membawa Syahmi dan Sofiya berjalan-jalan di Bukit Bintang. Sebagai warganegeri Kuala Lumpur adalah penting untuk budak 2 orang ini diberi pendedahan tentang selok belok Kuala Lumpur sejak kecil. Ini kerana apabila mereka bersekolah kelak, tentu ada rakan-rakan sekolah yang sengaja mahu menguji sejauh mana mereka tahu menahu pasal Kuala Lumpur ini. Basically nak tengok cool ke tak lah kononnya - Kedai jahit Jun Saito dekat tingkat berapa dalam Sungei Wang, kedai Music Exchange tepi Lot 10 kat Changkat Bukit Bintang tu tahun bila dia tutup, Bukit Bintang ada masjid ke tak etc. Saya pernah 'duji' oleh member2 sekolah masa saya sekolah dulu dan saya tidak pernah gagal. Tapi saya tidak pernah uji orang sebab saya rasa ujian ni sedikit bodoh dan saya tidak ingin mengambil tahu sejauh mana cool atau hipnya seseorang itu termasuk lah diri saya sendiri.



Akan tetapi tujuan utama kami ke BB hari tu adalah kerana ayah saya telah mengarahkan saya membawa komputer rumah untuk dibaiki di Plaza Imbi. Memandangkan laptop saya juga rosak, saya membawa laptop saya bersama. Kerosakan laptop saya telah menyebabkan gambar-gambar yang saya ambil bernilai hampir 5 GB hilang begitu sahaja. Tahun lepas rosak saya boleh betulkan sendiri, kali ini tidak boleh pula. Saya terpaksa meminta bantuan Aqilah binti Hasan yang hebat itu untuk membetulkannya dan beliau berjaya membetulkannya walaupun kekurangan alat/cd. Dah alang-alang hendak ke Plaza Imbi saya bawalah laptop itu sekali kerana ada beberapa drivers yang perlu di-install dan saya mahu mereka install windows XP sp2. Saya tidak mahu Windows Vista, Aqilah cakap tak best.



Kami parking kereta di dalam Plaza Imbi. Parkir itu dinamakan Wilson Parking. 5 jam lebih parking. Bayar RM 18.70. Bukan sengaja mahu lepak 5 jam dekat sana. Saya tidak suka melepak lama-lama. Tapi Encik Kelvin Ng berkata 5 jam baru dua-dua pc and laptop boleh siap. 5 jam lepak dengan budak -budak kecil memang mencabar minda, hati sanubari dan apa2 benda ntah lagi.. Baru sampai dah lapar. Padahal kat rumah sebelum keluar dah makan. Terpaksa lah ke McD Sungei Wang. Saya dan Syahmi memesan Chicken McNugget punya set, Sofiya memesan Happy Meal yang ada ayam goreng. Syahmi cuba menunjuk pandai dengan menanyakan Sofiya nak ayam original ataupun spicy. Ingat KFC ke ni? Lepas tu sikit-sikit nak kencing. Kalau sorang nak kencing, tiga-tigalah kena masuk jamban sekali, keselamatan punya pasal. Semua masuk tandas lelaki lah, takkan saya dan Syahmi kena ikut Sofiya masuk tandas wanita pulak. Nanti bising woo kakak Indonesia yang jaga tandas itu melihatkan saya dah Syahmi di dalam tandas wanita.



Selepas makan, sambung berjalan. Budak-budak memang tidak tahu malu. Dekat mana-mana pun bising. Ketawa, terpekik, terjerit sana sini. Berlawan dan bertumbuk sesama sendiri di hadapan orang ramai. Syahmi berangan beliau adalah Ultraman Nexus. Sofiya pula jadi raksasa. Mereka berdua menyuruh saya berangan menjadi Ultraman juga. Mana boleh dik, abang dah besar, dah 25 tahun. Nanti orang ramai pelik pula kalau abang membuat gaya-gaya seperti Ultraman ditempat awam. Lagipun di hadapan McD Bukit Bintang tu ada pondok polis. Nanti abang kena tahan polis macam mana? Apa pula kata papa nanti apabila polis memberitahu dia abang adalah seorang lelaki berusia 25 tahun yang ditahan kerana berkelakuan mencurigakan seperti UIltraman di Bukit Bintang? Tentu malu kita sekeluarga.



Lepas maghrib baru siap laptop dan cpu komputer rumah. Membayar RM 195 kepada Encik Kelvin Ng. Kami pulang selepas itu. Hujan lebat sekali. Memandangkan papa ada dapat bilik dekat Apartment Seri Cempaka, Cheras kerana berkursus di bangunan PGRM, kami pun singgah di sana lepak-lepak sambil minum air panas. Memang pening membawa budak berjalan tapi hati tetap puas kerana dapat lepak bersama adik-adik. Seperti iklan Masterkad:

Parking - RM 18.50
McDonald's - RM 31.20
2 kali masuk jamban 3 orang - RM1.80
Komputer - RM 195.00
Time spent with siblings - priceless

There are some things money can't buy, for everything else there's Mastercard. I prefer cash though




[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net