Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 16-Jul-2008 11:17 Email | Share | | Bookmark
Those Thieving Birds

Sekolah rendah
Aerosols


A Walk To Forget

Saya sememangnya telah menipu dengan mengatakan saya pernah menonton filem remaja "A Walk To Remember" sekali sahaja. Sebenarnya, saya pernah menonton filem itu sekali setengah. Semasa hari pertama tiba di Galway, Ireland pada tahun 2002 masih blur-blur dan malu-malu ketika itu, saya mengikut sahaja senior-senior menonton filem itu di komputer salah seorang senior. Saya menonton selama 20-30 minit. Pada tahun 2007 saya menonton versi penuh cerita itu. Biasa sahaja ceritanya, tiada apa yang menarik bagi saya. Sepanjang hidup saya, hanya 2 filem remaja yang saya suka dan pernah tengok lebih daripada 2 kali - Some Kind of Wonderful (flem 80an, saya tengok lebih 10 sekali, siap ada 2 dvd untuk cerita yang sama*) dan Clueless. Secara keseluruhannya, saya bukan jenis kaki wayang/filem pun.

*satu dvd beli sendiri, lepas tu minggu depannya pulak ada member bagi hadiah dvd yang sama sebab tahu saya memang suka ceita tu

Open House, Raya 2007


23 Years Old

Selamat hari lahir yang ke 23 buat Aqilah binti Hasan pada 13 Julai yang lalu. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga juga dipanjangkan jodoh dengan insan tersayang dan dibukakan hati untuk berkahwin. Hip hip hooray.

Jalan Raja Chulan


Weld Road

Kalau anda dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, anda patut tahu Jalan Raja Chulan sebelum ini dikenali sebagai Weld Road dan adalah salah sebuah jalan klasik di Kuala Lumpur. Jalan paling klasik sudah tentulah Pasar Road, Pudu. Hidup Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (1)!!

Starbucks Coffee The Weld


Kedai Kopi

Kepada cadangan untuk membuka franchise-franchise seperti Dunkin' Donuts dan Starbucks di IPTA-IPTA tempatan saya merasakan ianya patut diteruskan. Sudah menjadi adat resam siswazah-siswazah hari ini melepak di kedai-kedai sebegini sambil menghabiskan duit mak bapak. Dengan kenaikkan harga petrol pada masa ini, pembukaan Starbucks & co. di IPTA membolehkan siswzah-siswazah terus duduk di dalam kampus, menjimatkan minyak tanpa mem-kompromikan 'coolness' mereka dengan membeli kopi pada harga RM8-10 secawan.

London Aquarium


Akuarium

Gambar ikan di ambil di Akuarium London. Bagi saya, bayaran yang dikenakan oleh Aquaria KLCC adalah terlalu mahal dengan kepuasan yang diperolehi.

Corn & Bird


Burung

Burung, subjek fotografi kegemaran saya. Terima kasih.

Padang Pahlawan, Melaka


Tuesday, 8-Jul-2008 13:57 Email | Share | | Bookmark
Egg and Beans

 
 
 
View all 9 photos...
Wedding


Spelling Bee

Saya percayakan kepada pertandingan/peperiksaan/ujian yang adil dan telus. Oleh itu, saya bukanlah peminat pertandingan mengeja seperti Spell it Right tajaan New Strait Times ataupun National Spelling Bee, zaman-zaman saya kat America dulu. Bayangkan, dalam satu kumpulan yang sama sorang peserta kena eja perkataan susah macam Marsupialization of Bartholin's Cyst* (contoh sahaja lah) lepas tu sorang lagi kompetitor dia pulak di suruh mengeja perkataan kacang goreng macam Hello. Yang berjaya eja hello itu menang dan yang tidak dapat mengeja perkataan yang susah itu kalah. Adilkah? Zaman moden ni peperiksaan/ujian/pertandingan semua dah di-standardized-kan sebab itulah di sekolah-sekolah perubatan banyak yang dah menghapuskan konsep long-case/short case dan digantikan dengan OSCE dimana semua calon dapat soalan yang sama, scenario yang sama.

*saya tidak pernah eja frasa ini dengan betul dekat Klink Gynaecology. Bartholin cyst adalah pembetukkan 'jerawat yang berisi air' di pembukaan faraj golongan wanita. Marsupialization adalah procedure untuk mebuang benda alah tu.

Fishes


Indie Rock & Roll

Saya bukanlah anti Faizal Tahir ke apa. Saya rasa beliau adalah seorang penyanyi yang baik dalam kategori beliau. Tapi beliau bukan seorang penyanyi rock. Setakat simpan rambut panjang, posing angkat tangan tunjuk 2-3 jari sambil bukak mulut sikit tidak menjadikan beliau seorang penyanyi rock dengan lagu-lagu yang beliau nyanyikan. Saya dibesarkan oleh ibubapa yang mendengar The Beatles, jadi proses meng-kategorikan muzik masih penting bagi saya walaupun agak ketinggalan zaman sebenarnya. Tapi perlu diingat saya bukanlah jenis yang dengar muzik rock sambil menjerit "boy band sucks aa, pondan aa ko dengar boy band". Saya rasa penting bagi muzik-muzik alt-rock di komersialkan seperti muzik-muzik lain. Saya bangga apabila menonton A Walk To Remember* (setelah dipaksa oleh Aqilah) starting-starting cerita tu ada lagu Canonball nyanyian kumpulan The Breeders. Kumpulan Breeders diketuai oleh Kim Deal, bekas bassist dan penyanyi latar kumpulan Pixies (beliau menubuhkan The Breeders setelah Pixies berpecah). Seperti yang disebutkan banyak kali dalam Fotopages ini, Pixies adalah antara kumpulan kegemaran saya.

*Saya pernah tengok cerita ini sekali sahaja.

Berita Harian New Edition @ my doorsteps


Dirty Politics

Saya bukanlah seorang yang terlalu berminat dengan politik di Malaysia ini. Cuma sebagai warganegara, kadang-kadang saya rasa perlu untuk memberi satu dua komen tentang prestasi politik secara amnya, sama ada kerajaan ataupun pembangkang. Perasaan saya kepada parti-parti pembangkang ataupun kerajaan sama sahaja. Dan saya tidak berminat untuk menjadi seperti Raja Petra ataupun lain-lain bloggers* politik. Bagi saya mereka ini tidak ada bezanya dengan wartawan-wartawan Mastika, Harian Metro ataupun majalah Mangga. Dapat cerita sensasi sikit sahaja letak/tulis, betul tak betul lain kira.

*I'm not a blogger (considering blogging is the "in" thing now. I consider myself as a writer.) Why? When i read something the most important to me is who wrote it, not what was written (rule # 6 - What writers think about an article). With that thinking, i assume I'm a writer, a bad one that is.

Flags - KL Tower


Kenapa

Seperti yang ditulis dan dipromosikan dalam suratkhabar kegemaran saya, The Star, memang kebanykkan orang sudah muak dengan keadaan politik sekarang. Makcik Ramlah penjual burger depan HKL sendiri sudah naik bosan. Semua ini terjadi kerana masing-masing ahli politik yang terlibat tamakkan kuasa, nak sangat jadi perdana menteri. Balachi-balachi mereka pun 2x5 sahaja. Last-last, ini liwat* itu lah, dia bunuh dia lah tak ke sudah.

*masa tuduhan liwat Anwar kali pertama timbul tahun ni, semua parti pembankang telah membuat kesilapan dengan mengatakan "We'll all stand behind anwar"/"Kami berdiri teguh dibelakang Anwar" - Those are not the words (berdiri belakang/stand behind) you want to say when your friend is facing a predicament such as sodomy. Personally i don't think Anwar is involve in sodomy. Personally I don't think he'll make a good PM either.

Once upon a time in London - Regent's Park


Values

Parlimen Malaysia tidak ubah seperti Pasar Malam Taman Connaught. Satu benda ahli-ahli parlimen Malaysia* boleh belajar daripada ahli-ahli parlimen di negara maju adalah - Values are meant to be hold (orang2 tua cakap hold on to your values), values are not meant to be won. Masalah ahli2 parlimen Malaysia ialah mereka tidak berpegang kuat/amalkan nilai2 mereka, mereka cuma mahu nilai mereka menang, tidak kira apa. Orang lain punya pendapat tak boleh pakai punya.

* when you see Malaysian Members of Parliment in action you wish they will all gather together, inside the Parliment building, each holding an acoustic 6 string-er and sing together these lines from Radiohead's Creep - ...but i'm a creep, i'm a weirdo, What the hell i'm doing here...I DON'T belong here...i don't belong here.. From their actions so far, they certainly don't belong to the parliment.

Hawk


Nadal akhnirnya memenangi Wimbledon. Bagus untuk sukan tennis, takkan asyik Federer* je yang menang. Tapi nampak gaya macam zaman Federer sudah hampir ke penghujung (sebagai pemain nombor satu dunia).

*From a male point of view, I think Federer is a complete guy. I would love to ask my sister to date him if that's possible (which is not). this whole sentence actually means, if i'm a female, i would date Roger Federer. Not only that sentence, other sentences with similar meaning/intentions.

Thank You.

Melaka


Tuesday, 24-Jun-2008 11:25 Email | Share | | Bookmark
It's Good To Be Back (Ramai2 Nyanyi: Backstreet's Back Alright!)

Satisfaction

Bukanlah hendak mengumumkan saya sudah kembali sepertimana artis yang sudah lama menyepi kembali ke persada seni. Siapalah saya ini. Saya bukannya ahli kumpulan Backstreet Boys ataupun One Nation Emcee, apatah lagi ahli kumpulan Nintey Eight Degrees, kumpulan kegemaran Makcik Ramlah, penjual burger depan Hospital Kuala Lumpur itu. Masing-masing badan tough-tough, siapa yang tak suka, ye dak.

Saja nak beritahu saya gembira dapat mengambil gambar kembali setelah 4-5 bulan jugaklah dah tak ambik gambar. Tangan masih kekok-kekok lagi mengambil gambar. Apa-apa hal, gambar tidak perlu cantik, kepuasan itu yang penting.

Sofiya


Declare you Loyalty.Makan Bola.Tidur Bola.Duduk Atas Bola

Untuk Euro 2008 ni, Team Sepanyol lah yang saya ikut. Ikut gitu-gitu sajalah, takdelah sampai kena "Declare Your Loyalty" macam promosi yang TV3, Celcom dan rakan-rakan mereka buat. Nak declare loyalty apa kebendanya, negara saya Malaysia, bukannya Sepanyol.

Bird Park KL


Duck

Lama tidak mengambil gambar/update sebab kamera dan komputer tak ada, bukannya sebab sibuk bekerja. Walaupun bekerja, banyak je masa sebenarnya. Doktor-doktor selalu 'claim' mereka lah antara orang paling sibuk di dunia. Mengadu sini, mengadu sana. Mereka patut bersyukur walaupun memang benar mereka sibuk, duit diorang dapat cukup sebenarnya. Diorang belum lagi kerja macam pakcik-pakcik, makcik-makcik dekat ceruk-ceruk pendalaman. Siang toreh getah, petang cuci lantai, malam jadi jaga - nak bagi anak-anak yang ramai makan punya pasal. Orang-orang ini takde pula mengadu sangat.

Syahmi


Future Generation

Saya bersimpati dengan budak India dua orang kat Perak yang mintak biasiswa JPA untuk belajar perubatan di luar negara tapi tak dapat. Dah polisi perkauman masih diamalkan di negara ini apa nak buat. Diorang ada kata lebih kurang macam ni lah "Kami hendak belajar perubatan di luar negara sebab kami hendak jadi doktor dan kami hendak bantu orang2 Malaysia yang memerlukan." Hehe, memang 'cliche' kenyataan tu dan susah nak percaya sikit. Sebelum ke luar negara semua orang cakap macam tu, dah sampai sana, sure tak nak balik punya, nak tolong orang2 putih je. Saya memang jenis tak percaya dan suspicious dengan orang sikit. Macam Dr Mahathir lah. Biasalah tu, dia doktor, suka menulis dan kacukan Melayu. Saya faham sangat.

Piccadilly Circus


Undi Tidak Percaya

Secara peribadi, walaupun saya rasa kepimpinan Pak Lah tidaklah sehebat mana, saya rasa dia 'oklah' (kalau jadi juri Gang Starz saya bagi 2 stars) kalau nak banding dengan calon-calon PM yang ada sekarang ini (Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang, and so on). Kesimpulannya, Malaysia tak ada orang yang PM-material sebenarnya sekarang ni (termasuk lah Pak Lah). Walaupun Anwar Ibrahim macam terasa diri dia orang paling layak jadi PM, tak sabar hendak membentuk kerajaan, saya masih ragu-ragu. Dia gaya ada, cakap hebat cuma kurang bijak banding dengan mentor dia dulu (bijak dari segi baik dan buruk = resepi politician yang berjaya).

Aquaria KLCC


Ini adalah seekor ular di Aquaria KLCC. Ular, walaupun tidak seksi, adalah makhluk tuhan kegemaran saya. Aah ah ah eeh eeh eeh.

Melaka


If Faizal Tahir is rock, Kurt Donald Cobain is pop (Anuar Zain should be considered rock as well then). Music classification these days...Thank you.

Bird eating kuaci


Sunday, 25-May-2008 05:14 Email | Share | | Bookmark
Terbang

Hello

Rumahku Syurgaku. Rumah tidak ada internet. Rumah tidak ada komputer. Komputer riba dikebas pencuri. Pencuri juga mengebas kamera. Membeli kamera dan lense baru di Bukit Bintang bersama ayah. Keluar bersama ayah ku rasa bertuah. Pulang sebelum hujan.

Hendak menguji kamera dan lense baru. Pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur bersama Aqilah dan anak saudaranya Arif. Arif kali pertama ke Taman Burung. Saya kali ke seratus dua puluh ke taman burung. Burung-burung berterbangan indah. Sebelum ke Taman Burung Aqilah menyanyikan lagu Terbang dendangan kumpulan Gigi. Suara Aqilah begitu indah. Seperti suara Armand Maulana.

Testing Power - Bunga. Bird Park KL. May 2008.


Perkembangan-perkembangan dan gambar-gambar terkini boleh dilihat di Flickr Saya. Keep in touch! Forget me not! Friends forever! Muahahahaha.


Monday, 18-Feb-2008 12:34 Email | Share | | Bookmark
Apple & Calculators



Know Your Onion

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

To all teeny-boppers, Hitz.fm listeners, Sunway Lagoon bikini-clad visitors, & cool middle class children: Quiksilver, that brand that you guys really adore, doesn't have a 'C' in it. In other words it's Quiksilver not Quicksilver.*

*I was browsing through a few fotopages to check out photographs related to this Quiksilver Revolution party the other day and most of them spelled Quiksilver wrongly, it's embarassing & insulting to their cool-ness. Gosh. Geeks know better.



People of Different Color(s).

All of you descend from Adam and Adam was made of earth. There is no superiority for an Arab over a non-Arab nor for a non-Arab over an Arab, neither for a white man over a black man nor a black man over a white man except the superiority gained through consciousness of God [taqwa]. Indeed the noblest among you is the one who is most deeply conscious of God.

Foreigners in Malaysia are a bunch of unlucky lot. They have to pay a substantially higher price for hospital stays and they have to pay twice the price locals pay for entering Taman Burung/Taman Rama-Rama. People from Bangladesh, Nepal & Myanmar are viewed and talked-about as stupid uncivilized idiots when in fact these are the people willing to take the jobs locals think they are too good for. Africans & Indonesians most of the time are viewed as criminals. Yes, they do commit some bad things here and there but statistically, you are still more likely to be raped, killed or get your car stolen by locals. Robbers, murderers rob and kill not because they are from any particular country or of any particular race. Fact is, they are just about the same, if not better than us.

Product of racially-motivated politics?



Life of Killing Butterflies

Butterfly Park KL @ Taman Rama-Rama KL (Admission fee = RM 15 foreigners, RM 5 locals) needs some serious work out and maintenance. You are more likely to find dead butterflies than flying ones there nowadays.



Pheasants Demographics

Bird Park KL @ Taman Rama-Rama KL (Admission fee = RM 30 foreigners, RM 12 locals) needs some serious maintenance and re-populating. There are too much of the same birds (yellow-billed stork, cattle egrets, peacocks, peahens, and pipit). We need more hornbills, kingfishers, toucans, cuckooshrike and stuff.



4U2C Generation

The Pixies are probably the definitive indie band of all time. Then you have Dinosaur Jr, Cheap Trick and now, The Shins. Different people, different styles.



White Rhinoceros

The White Rhinoceros or Square-lipped rhinoceros (Ceratotherium simum) is one of the five species of rhinoceros that still exist and is one of the few megafauna species left. Behind the elephant, it is probably the most massive remaining land animal in the world, along with the Indian Rhinoceros and the Hippopotamus, which are of comparable size. It is well known for its wide mouth used for grazing and for being the most social of all rhino species. The White Rhino is the most common of all rhinos and consists of two subspecies, with the northern subspecies being rarer than the southern. The northern subspecies may have as few as 50 remaining world wide. -Wikipedia-



End

Pictures around London Eye



[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net