Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 24-Oct-2008 21:10 Email | Share | | Bookmark
Masjid Negara

Makam Pahlawan
Jubah Ungu
Masjid Negara
Tangga Masjid


Berjalan-jalan di Masjid Negara tempoh hari, survey tempat nak akad nikah nanti. Hajat dihati hendak mengadakan majlis yang sehebat abang Mawi yang kacak itu.

Masjid Negara dibina pada tahun 1965. Walaupun sekarang ini banyak lagi masjid-masjid dengan reka-bentuk canggih-moden didirikan, namun bagi warga Kuala Lumpur, Masjid Negara yang classic ini tetap menjadi landmark kebanggaan.

Tiang-tiang masjid


Bapa Kemerdekaan

Majlis Kerja Persekutuan setelah mendapat perkenan Majlis Raja Raja pada asalnya mahu menamakan masjid ini Masjid Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetapi cadangan itu ditolak oleh Almarhum Tunku dan Tunku mencadangkan nama Masjid Negara. Ini adalah contoh ciri-ciri yang ada pada pemimpin ulung. Jika anda ke Batu Caves, anda akan menemui 'patung'/replika gergasi seorang pemimpin pembangkang yang menjadi idola golongan-golongan muda hari ini. Kalau semasa hayatnya ada orang cuba melakukan yang sama pada Tunku, sudah pasti Tunku sendiri yang akan merobohkan patung/replika itu.

Dewan Sembahyang


Jemaah

Masjid Negara boleh memuatkan lebih kurang 15000 jemaah pada satu satu masa. Namun, macam masjid-masjid lain, waktu solat Jumaat, terawih dengan sembahyang raya sahaja lah penuh masjid ni. Pada hari-hari yang biasa, solat jemaah Zuhur @ Asar di Masjid Negara biasanya 1 setengan saf je yang ada.

Dinding yang tidak kedap udara


Lake Gardens

Dari segi lokasi, Masjid Negara memang ideal sebagai pusat tarikan pelancong. Masjid Negara adalah sebuah masjid dalam taman dan begitu hampir dengan tempat-tempat menarik lain seperti Stesen Keretapi, Muzium Kesenian Islam, Pusat Islam, Dayabumi, Tasik Perdana & Taman Burung KL. Memang pelancong suka melawat masjid ni, biasanya pelancong lagi ramai daripada orang yang nak datang sembahyang.

Swimming pool


Tapi time sembahyang pelancong tak boleh masuk. Ada waktu waktu melawat dia. Bagi pelancong yang tidak menutup aurat, kenalah pakai gaun berwarna ungu yang disediakan pihak masjid. Pelancong (non-Muslims) bebas berjalan ke mana sahaja dalam masjid kecuali dewan sembahyang. Di depan dewan sembahyang ada2-3 orang yang bercakap tentang Islam kepada pelancong-pelancong asing. Memang hebat 2-3 orang tu saya tengok.

Lantai baru lepas mop


Tun Dr Ismail

Di Masjid Negara juga terletak Makam Pahlawan tempat persemadian tokoh-tokoh seperti Ghafar Baba, Tan Sri Khir Johari, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Pelajar-pelajar universiti terutamanya perubatan patut baca tentang Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri ke-2. Beliau adalah orang Melayu pertama mendapat ijazah perubatan dari University of Melbourne dan antara negarawan terhebat terutamanya dalam isu melibatkan hubungan kaum. Sayangnya beliau meninggal ketika menjadi TPM. Beliau juga adalah orang pertama yang disemadikan di Makam Pahlawan.

Orang terkaya di Malaysia Robert Kuok pernah berkata:

Quote:
In my opinion, he was probably the most non-racial, non-racist Malay I have met in my life. And I have met a very wide range of Malays from all parts of Malaysia. Doc was a stickler for total fair play, for correctness; total anathema to him to be anything else. Every Malay colleague feared him because of this, including Mahathir.


Tapi rasanya budak2 sekarang mana nak ambil tau pasal Tun Dr Ismail sangat. Lepak dekat One-Utama, Taman Tun Dr Ismail diorang nak aa. Cool apa tempat tu.

Masjid Negara


Marilah ramai-ramai kita ke Masjid Negara. AllahuAkhbar.

Lawatilah juga Blog Masjid Negara. Takkan nak lawat blog Mawi je ye dak?

Masjid Negara



Friday, 17-Oct-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
Bird Park KL & Zoo Melaka

 
 
 
View all 6 photos...
Random Ramblings. Being Cool. Linda Onn. Nandos'

- Assalamualaikum. Hello. Hi. What's Up. How are you doing? I'm doing fine. Thank you. Eating doughnuts outside seems fashionable right now & that's what I'm planning to do in a few days time. 2 years back eating doughnuts at home was like, the coolest thing to do. The in thing. The chic thing. How things changed.

- Two days ago i accompanied Aqilah to AmBank Ampang. We sort of saw Linda Onn there. I didn't know it was Linda Onn initially. My encounter with Linda Onn was more or less like this - One sunny Wednesday, I was walking in front of Pelita Restaurant (looking downwards, i walk like that), saw two women walking in my direction, quite overdressed to be walking on a pavement in Ampang, glanced at them for 3 seconds, they glanced at me for probably 7 seconds & that's it. Soon after Aqilah told me - "Hey, Linda Onn lah tu." Yeah, big deal.

- It's really cool not to recognize a celebrity*, if you consider Linda Onn one. To me personally, she is only a mildly attractive lady. Which means, if she is a Peri-Peri Chicken, and the dude at Nando's ask me what flavor i want, i would say "mild please". Maya Karin - Hot, Ryoko Hirosue - Extra Hot. Oh yeah, Rosnah Mat Aris - Lemon & Herb.

* I'm the type who finds it hard to differentiate between people i barely know. Hence, celebrity spotting is not something I'm good at (unless they're celebrities i have interests in eg Kurt Cobain, Charles Rossem of Nice Stupid Playground or Phang Chin Fei).

Golden Pheasant


Specifics - Bird Park Kuala Lumpur

- I noticed it's been a while since i put up an entry specific to something. For quite some time I've been getting into these trends - a) uploading pictures, writing rubbish about something else, mainly politics or b) uploading pictures, writing semi-fictional stories about those pictures i.e Bicycles, My Grandma & Weezer or Twenty-something Men Dancing.

- I think I'll get back into the habit of publishing/writing something more specific such as the places I've been to or events i attended. Will start of with Bird Park KL & Zoo Melaka.

Milky Stork aka Bangau MRR2/Highway Ampang


Much To Be Desired

- I've been to the Bird Park countless time. The first time in 1991, the last time last month. It's no surprise as birds & wildlife are subjects i like in general & photography-wise it's my number 1 subject. I consider wildlife (or 'zoo' for someone busy like me) photography as something I'm better at as compared to photographing people, buildings or landscapes which I'm not really good at.

- Remarkably, every time i visit the park the weather has always been suboptimal for photography. I've never been there on a good sunny day. It's always been extremely cloudy with overcast and occasional rain. Therefore, my bird park pictures have always been average at best considering i have to 'shoot' using a 300mm lens at shutter speeds of 1/20-1/50 without a tripod (too lazy to carry around). Hmm, why does it always rain on me?

Listening Carefully


- Over almost 20 years I've witnessed how Bird Park KL has deteriorated and it disappoints everyone who grew up visiting this local park. Small rivers turned into drains, birds grew less, tickets' price increases with no improvement (in 1991 admission fee = RM3) and food cost like buying from a 5-star hotel.

- However, lately there seems to be some upgrading/improvements work going on and hopefully it will restore the glory of this park so it can live up to its' status as the world's largest covered bird park.

- and yeah, can someone tell me what good do we get by charging tourist more? (bird park entrance fee mycard holder = RM15, foreigners = Rm 30 or so i guess). In London i paid the same price as everybody else into every place of interest. Talking about democracy & equality, it shows which country is better.

Hello


Zoo Melaka

- Zoo Melaka was opened in 1965. Currently, Perhilitan manage this zoo and they're doing a wonderful job as compared to those managing Zoo Negara. Zoo Melaka is the 2nd largest zoo in Malaysia after Zoo Negara. Located at the main road connecting Ayer Keroh to Bandar Melaka, you wouldn't miss it.

Wrong cage mate. Lizard lepaking at the ocelot's cage.


- I went to Zoo Melaka on 12/10/2008, only my second visit there, the first one being 15 years ago. Over the last 5 years, this is the best zoo i have visited (over that period i have also visited London & Dublin Zoo). That says a lot. If they integrate the crocodile & reptile park (+\- some aquariums) with the zoo to be one entity, it would be perfect.
The entrance fee is great - RM 7 per entry (adult). I wouldn't mind paying Zoo Negara's price (RM15) for this zoo.

Antelop


- The mini safari concept is very well materialized, only downside is it's lack of animals for such a long walk. Only a couple of zebras & antelopes here and there.

- Another good thing about zoo Melaka is drinks/food is readily available everywhere and they even have fried food there (nasi/mee goreng and stuff).

She appears to enjoy the mini safari


- However, what makes Zoo Melaka stand out from other zoos in Malaysia is it's successful captive breeding program for endangered species. That's what zoos are for in the first place. Long live Lemur.

I'm from Madagascar. Ring-tailed Lemur


Tuesday, 23-Sep-2008 23:23 Email | Share | | Bookmark
Such Great Heights

 
Zaman2 muda layan silverchair & menjerit hilang suara
 
Waktu-waktu cuti ni lah ada masa sedikit boleh update fotopage. Tapi tak tahu nak tulis apa pulak. Jadi saya jawab secara 'general' lah soalan-soalan/kemusykilan-kemusykilan dalam entry lepas.

Walthamstow, London


Yay Yay Yay

Now that it's over, it is through
It gets me everytime I think of you...


- Saya bersyukur berjaya menamatkan housemanship. Tapi itu tidak bermakna ianya masa untuk bersorak. Kerja selepas ini akan jauh lebih mencabar.

- Kalau ikutkan, jadi houseman ni paling seronok sebenarnya, takde tanggungjawab apa pun. Kalau orang mati ke apa houseman tidak akan dipersalahkan. Orang lain semua kena. Tamat housemanship bermaksud selepas ini kena bertangunggjawab terhadap apa-apa keputusan yang diambil dan bersedia naik turun mahkamah lah.

- Tak best jadi houseman (di Malaysia): a) kerja lebih sikit, selalu kena buli buat kerja-kerja bodoh/kotor. b) mentaliti orang/boss-boss sini masih mengagungkan dan mementingkan 'seniority'. Makin tinggi jawatan makin besar kepala (tak power mana pun sebenarnya). So houseman kena layan lah semua level punya karenah (medical officer, specialist, registrar, consultant). Layan sajalah. Bolos saja dinding itu.

London Eye, London


Na na na Ganu Kite

Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganu memang sohor


- Kalau dapat posting jadi medical officer luar KL, saya pilih Terengganu sebab mak saya orang Terengganu - ramai saudara mara dekat sana especially Kemaman yang terkenal dengan Hai Peng Kopitiamnya itu. Memang kalah lah Starbucks.

- Terengganu memang cantik, antara negeri tercantik di Malaysia saya berani katakan dan amat memalukan saya tidak ada gambar yang diambil di negeri kelahiran mak saya itu. Dalam 6000 lebih gambar saya kat Flickr, satu pun takde kat Terengganu. Kalau kerja sana boleh ambik gambar banyak2. Gambar overseas je banyak.

- Takde gambar kat Terengganu sebab dah lama benar tak balik Kampung. Last sekali balik tahun 2000. Lepas arwah nenek meninggal tahun 1998, memang sangat jarang balik kampung. Tahun ni pun kemungkinan besar tak balik, raya di KL sahaja. Cakap loghat Terengganu pun dah tak pandai sangat. Dulu power gila cakap.

Tower Bridge, London


Hari Raya Di Kuala Lumpur

Selamat Hari raya,
Baju Melayu...baru,
Kain batik...cantik,
Ketupat...Lemang,
SELAMAT HARI RAYA


- Baju raya dah beli. Sebelum puasa lagi dah beli. Beli masa keluar 'berstreet photography' dengan Aqilah dekat Jalan TAR. Beli kat Sogo. Tak sampai RM100. Beli sandal Bata RM4.50 dengan dompet RM10 ringgit jugak masa tu. Itulah shopping raya saya tahun ini.

- Kuih raya semua beli. Tahun ni saya sendiri pun beli. Kat HKL ramai makcik2 nurse yang buat business kuih raya. Dah lama tempah tapi tak ambik2 lagi. Esok kena pergi hospital ambik.

Galway Bay, Galway, Ireland


Suspicious Minds

Sometimes I get the feeling,
She's watching over me.


- Makcik berpakaian hitam dalam gambar kedua entry lepas manusia biasa sebenarnya. Anak beliau masa itu sedang didukung oleh suaminya. Tidak apa yang mencurigakan pada beliau sekeluarga.

Camden Town, London


Politics

We are the youth.....We'll take your fascism away
We are the youth.....Apologise for another day
We are the youth.....And politicians are so sure
We are the youth.....And we are knocking on deaths' door.*


- Satu benda saya belajar daripada barat yang berjaya mempengaruhi pemikiran saya ialah anda boleh suka kepada politik tanpa menyebelahi mana-mana pihak @ benci kedua-dua pihak (pembangkang & kerajaan).

- Tapi saya perasan dekat Malaysia ni, kalau seseorang tu suka politik, diorang mesti 'kena' memihak kepada sesuatu pihak (take sides). Kalau golongan muda, lebih cenderung kepada pembangkang & Anwar Ibrahim sebab mereka bajet cool lah agaknya sokong opposition @ menentang kerajaan. Malam-malam dengar lagu Rage Against The Machine/Zach De La Rocha sambil sokong pembangkang. Rock steady yeah yeah...Sebenarnya, Zach De La Rocha & gang lirik/mesej diorang menentang politik keseluruhannya, (pembangkang & kerajaan @ Demokrat & Republican) dan bukannya sebelah pihak sahaja. Come on young people, rock on correctly larr.

River Corrib, Galway, Ireland


- Budaya 'taking sides' ni menyebabkan suratkhabar2 kita, berita2 kita didominasi cerita 'politik-berbalah' antara kedua-dua pihak ni sahaja. Tidak ada cerita lain. NGO-NGO Malaysia pun takde fungsi langsung, sebab NGO pun nak take sides juga.

- Media juga tidak ada yang betul2 'neutral'. Media perdana gang kerajaan, media alternative (RPK, Harakah, Malaysia Today etc..) gang pembangkang. Dan kedua-dua pihak ini tidak mengamalkan kebebasan media. Anda tidak boleh kutuk kerajaan dalam media perdana, tidak boleh kutuk pembangkang dalam media alternative.

- Dalam dunia yang ideal, sepatutnya dalam parlimen ada tiga pihak - a) kerajaan, b) pembangkang & c) orang2 muda yang neutral & indie-pendant (bukannya neutral macam Ibrahim Ali). Ini supaya golongan c) itu dapat membetulkan yang a) dan b) itu kerana sekarang ini a) dan b) bukannya membetulkan sesama sendiri, tetapi bertengkar tidak ke sudah sahaja hal hal yang tidak berguna kepada negara dan rakyat.

*lagu Silverchair, bukan lagu POD yang pasal budak nation2 tu.

River Corrib, Galway Ireland


But Everything Looks Perfect From Far Away

...And from here, they can't see me stare,
The stale taste of recycled air


- Street photography memang menarik dan mencabar bagi jurugambarnya. Kalau yang jenis malu2 kucing tu susah sikit lah. Tapi boleh je ambik dari jauh, dengan harapan subjek tu tak perasan kita ambik gambar & mesej photo tu tetap menarik dari jauh.

- Macam bro Meorjay kata, kena berani ambik risiko kena sound dengan orang/halau dengan pak guard lah dalam street photography ni. Saya sendiri pernah beberapa kali kena sound ngan orang & halau ngan pak guard. Baru-baru ini kena sound ngan mamat sorang ni kat Lorong Haji Taib, tapi saya kelentong dia cakap saya pelancong, terus jadi baik sopan santun mamat tuh. Di tempat-tempat terbuka/awam (ie pasar) hak mengambil gambar itu sepatutnya memihak kepada anda.

Old Irishman - "His ass stinks". Churchyard Street Market, Galway, Ireland


Friday, 19-Sep-2008 10:16 Email | Share | | Bookmark
Street Spirit (Fade Out)

 
 
 
View all 7 photos...
Me? Yes, You. Victoria Embankment, London.


Ramadhan

- Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada muslimin muslimat sekalian. Perbanyakkanlah amal ibadat di bulan Ramadhan ini. Jangan jadikan Ramadhan ini sebagai Bulan Festival Makanan pula.

- Dari tahun ke setahun dapat dilihat Bulan Ramadhan di Malaysia ini seakan-akan Pesta Makanan sahaja. Ini adalah senario yang amat membimbangkan.

- Budaya Pesta makanan ini sebenarnya hanya menggalakkan pembaziran. Di kala orang-orang Islam di negara lain mendapat rahmat Ramadhan-Al Mubarak, kita hanya mendapat rahmat Ramadhan Al-Murtabak (ayam/daging).

Konspirasi Makcik Curiga. Pasar Jalan TAR, Kuala Lumpur.


Fotografi Jalanan

- Bulan puasa ini juga, orang yang suka mengambil gambar lebih cenderung ke arah fotografi jalanan (street photography). Ini kerana bazaar-bazaar Ramadhan menyediakan peluang yang baik untuk fotografi sebegini.

- Semua orang suka fotografi jalanan sebab semua orang suka tengok gambar orang lain dalam keadaan semulajadi mereka, yang tidak dibuat-buat.

- Saya suka fotografi jalanan sebab saya sukakan perbincangan.??? Fotografi jalanan ini adalah satu topik subjektif yang sering sahaja cuba di-objektifkan oleh pelbagai pihak (self-appointed photography judge). Street photography should be like this lah like that lah...must be black & white lah.. Saya suka baca pendapat-pendapat golongan ini. Ianya membuatkan saya gembira.

You're Doing Alright Girl. Trafalgar Square, London.


Don't You Ruin My Holiday

- Bermula 15hb September tempoh hari, bermula lah cuti saya sehingga Hari Raya Aidilfitri. Lama tidak dapat rehat puas-puas macam ini.

- Cuti ini juga bermaksud saya telah menamatkan Housemanship dengan jayanya. Alhamdulillah.

- Sekarang hanya menunggu posting untuk ke hospital lain. Mana-mana pun tak kisahlah. Kalau luar KL, harap dapat Terengganu.

Leading The Line. KLCC, Kuala Lumpur


Unsure of Dates

- Unsure of Dates (USOD) adalah terminologi perubatan yang digunakan bagi wanita-wanita hamil yang tidak pasti/ingat tarikh hari pertama haid terakhir mereka datang. Pengamal perubatan sering memandang serong kepada golongan wanita ini kerana mereka dianggap tiada organisasi/perancangan dalam mengatur kehidupan.

- Unsure of Dates juga boleh digunakan untuk pihak pembangkang dibawah pimpinan Anwar Ibrahim yang ghairah dengan tarikh tetapi tiada apa hasil pun.

- Bukanlah saya penyokong kerajaan apalagi UMNO, saya sendiri secara peribadi merasakan Abdullah Badawi bukanlah pemimpin 5 bintang (beliau mungkin 3.5 bintang sahaja) tetapi manusia dengan gaya yang di bawa Anwar Ibrahim (cakap tidak serupa bikin, tidak tepati tarikh/janji, beriya-iya mahukan kuasa) sudah pasti tidak akan menjadi pemimpin yang baik.

And I Could See The Pain In You. Galway, Ireland


Ava Adore

- Saya berharap pihak Kerajaan/Kementerian Negeri tidak menggunakan ISA terhadap Anwar Ibrahim setelah kerajaan mengatakan beliau adalah anacaman kepada keselamatan negara.

- Tidak kira apa kesalahan atau siapa pun yang melakukan kesalahan, ISA tiada rasionalnya dalam dunia moden.

- Orang-orang seperti Raja Petra, Teresa Kok (kalau betul apa yang dituduh), Ahmad Ismail dan lain-lain wajar mendapat perbicaraan yang adil dan disumbat sahaja dalam penjara selepas itu.

Shopping Raya. Jalan Masjid India, Kuala Lumpur


Bangsa Malaysia

- 'Bangsa Malaysia' yang cuba diketengahkan oleh sesetengah pihak seperti Gerakan dan DAP tidak perlu sebenarnya.

- Malaysia terkenal sebagai sebuah negara dengan penduduk majmuk dari pelbagai bangsa. Adalah penting bagi bangsa-bangsa ini mengekalkan identiti mereka sendiri tanpa menindas bangsa lain. Ini akan membuatkan Malaysia kekal menarik dengan kepelbagaiannya - Saya Awie orang Melayu, Saya Acapan orang India , Saya Ah Seng orang Cina, Kami orang Malaysia. Itu yang patut dicapai. Kalau setakat, Saya Awie, Saya Acapan, Saya Ah Seng, Kami orang Malaysia, kurang umphh sket lah. Hidup perlukan variasi.

- Masalah bangsa ini timbul disebabkan pemimpin hari ini kurang efektif dalam pengurusan masyarakat majmuk berbading pemimpin terdahulu.

Will He Ever Learn To Fly? Galway, Ireland


In a perfect world...sigh

-Dalam dunia yang ideal, kesemua ahli politik Kerajaan , Pembangkang dan mereka-mereka yang berkaitan (setiausaha2 sulit, komentar2 politik, bloggers2 politik...) sekarang patut diambil alih dan ditukar ganti sahaja dengan golongan muda-mudi berpendidikkan. There's no one you can look up to nowadays. They are (all) failing us.

-Pendapat peribadi saya aka my street opinion. You deserve to your opinion too.

Tak Urung Jua, Ku Lihatnya Pergi...Central Market, Kuala Lumpur.


Tuesday, 19-Aug-2008 17:39 Email | Share | | Bookmark
I Love Photographing Malaysia

Maternity Hospital, HKL
KLCC


Hobbies

I'll tell you why i like photography.

Life is great as usual. My 3rd month in the Maternity Hospital now, putting my fingers in pregnant women's vagina, tearing open their water-bag and telling them how many centimetres away they are from delivery. Sounds horrible but it's a purely professional thing. Nothing to be embarrassed about (for me & the women) as after 5pm I'll chuck my Kilometrico* pens into my pocket, put-on my Mp3, singing to tunes by Ungu or Feeder, drive my Honda** back home and completely forget about all those women (and their vaginas).

Whatever said and done, the best part about working in the Maternity Hospital is the ability to witness and appreciate birth as the beginning of life, although on acceptable terms, life begins way before birth. As the experience accumulates, in few years time, God willing, with a delivery set and a camera by my side, I hope to be the first on the scene for the birth of my children to conduct and picture it all. Later in life they can write a story about me with the probable title - "Who Delivered Me? - My Father, My Doctor, My Photographer". Lets sing.

Indie Fest - Kl Tower


Soon everybody will ask what became of you
Your heart was dying fast and you didn't know what to do
The whispers that it won't last roll up and down the pews
And if our hearts were dying that fast, they would have done the same as you
I'd have done the same as you


Bird and her lunch


All you can, think about is breaking free,
You can’t make it on your own,
You’re thinking negative, nothing can go right,
It’s eating you down to the bone,

Syahmi



What do you say?
What do you think about miracles?
Miracles are something you dream about
We are looking for a new way out
Slipping away,losing all sense of reality
Sacrifice, love and democracy
We burn it all down
Cos all our lives
We're waiting for something new
Waiting for someone like you


Capzooed, Capsquare


With eyes so dilated
I've become your pupil
You've taught me everything
about a poison apple


Rambutan Stall, Taman Tasik Perdana


* I'm a simpleton doctor. People criticize me for carrying around kilometrico pens in my pockets instead of Parker or some other fancy pens - " Mana class pen kilometrico bro...etc". Heck, I wear Bata shoes to work and i'm a happy man.

** 2-3 days out of a week i take the LRT to work.

Food court, Central Market.


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net