Phalinn Ooi

By: Phalinn Ooi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Mar-2009 17:17 Email | Share | | Bookmark
Darul Khusus

HTAN
Bilik den
jam
0.3km dari rumah den, 1km ke Bandar Pilah

Kuala Pilah for Dummies, by A Dummy

Pe Khabo semua? Lamo den tak update fotopages den ni. Le ni den korjo Pilah ha. Mulo-mulo den korjo Soromban kojap, pastu den mintak tukar gi Pilah. Aman sikit sini, lagipun jiwo den ni suko suasano kampung kalo nak dibandingkan dengan bandor.

Genorally (secara amnya), Nogori Sombilan memang monarik ha. Orang-orang Nogori memang terkenal dongan kecantikan rupo paras diorang, macam kawan den Syad, angkasawan negara Sheikh Muzaphar dan jugo ponyanyi torkenal Hattan. Omak Aqilah pun orang nogori. Omak Aqilahlah yang bagitau den jalan nak gi Pilah ni, den tak pornah sampai Pilah sobolum ni.

Jalan Pilah-Seremban, dikala hujan


Jalan nak pi Pilah ni, orang Kolumpo cakap, berbelit-belit. Orang nogori panggil berbelit-belit apo, den tak borapa pasti lah. Den ni baru bolajar cakap nogori.

Jalan ni, kalo ada lori ko, kalo hujan ko, confirm jam. Kadang-kadang tutup terus sobab tanah runtuh. Memang poning kopala ikut jalan ni. Poning.

View from Blok D, Taman Waja


Den sewo rumah kat Taman Waja ni ha. Rumah pangsa kos rondah jo. Satu rumah ado 3 bilik, den duk sorang-sorang jo. Untuk hiburan, den pasang Astro dengan bawak internet celcom den. Kat Pilah ni takdo hiburan lain nyo, KFC ngan Courts Mammoth lah kodai multinasional paling gompak. Memang indie Pilah ni.

Rumah den dokat jo ngan hospital. Satu minit sotongah sampai bawak kereta. Den korja kat Hospital Tuankun Ampuan Najihah, atau namo pendeknya HTAN, nama panjang sikit dio HATTAN. Kat bawah blok C (den duk blok D) tu, ada gorai jual goreng pisang sodap betul. Tiap2 hari den beli ha.

Kuala Pilah Town


Macam den kato, bandor Piloh ni kodai persendirian jo semua. Tapi semua ado la, takdo halnya kalo nak cari barang, porabot ko. Panggung wayang takdo la. Bandornya bersih, parking pun sonang.

Ulu Bendul. Kain picknik siapa la campak dalam air


10-15 minit perjalanan dari bandor Pilah, ada taman rekereasi yang agak fomous yakni Taman Rekreasi Ulu Bendul. Kalo umah den takdo air, den datang sini la mandi air terjun.

Kopitiam


Macam bandor-bandor kocik yang lain, makan memang sonang kat Pilah ni. Banyak kopitiam cina indie yang halal. Harga jauh lebih murah banding ngan Starbucks. Tiap tiap hari kat tengah bandor lepas kul 6 ada diorang bukak gorai-gorai makan. Macam macam ada, Melayu, Cina & India punya food semua ada. Momandangkan rumah den takdo dapur, den memang kena makan luar aa. Cerek elektrik jo ada rumah den tu.

Katak Ulu Bendul


Atas gambo katak den jumpa kat Ulu Bendul. Den ambik gambar dia pakai lens wide angle sebab den malas nak tuko lens dokat ngan air. Katak ni buat bodoh jo ngan den, sebab tu den boleh gi dokat dia.

Bawah gambo bando Pilah. Pilah ni bando Cina, bangunan2 semua klasik pre-merdeka punyo. Memang best nak ambik gambo kat Pilah ni. Pasni gambo gambo den, lebih kepada suasana kampung yang memang sebati dongan jiwo rago den. Marilah melawat Kuala Pilah.

Town, Kuala Pilah


Thursday, 8-Jan-2009 19:45 Email | Share | | Bookmark
Palestin. 卐 Hitler 卐 . Zionist. New Year (Panjang gak)

Sieg Heil!
Adolf Hitler, The Definitive Biography
Mufti Amein Al-Husseini & Hitler
Bagaimana Pakatan British-Amerika-Yahudi Mempergunakan Hitler Untuk Meneruskan Kekejaman.

Amril Debab aka Ben Gibbard Teksi Maut Untuk Si Comel


2009 - Celebrations

- Apa khabar semua? Macam mana sambutan tahun baru anda semua? Meriah sekali? Bagus bagus. Macam macam ye sambutan tahun baru sekarang ini. Ada yang pergi tengok bunga api, tengok konsert, ada yang laungkan azan, baca doa selamat, ramai juga yang ke parti-parti sex dan dadah di tempat-tempat cool di seluruh negara. Memang hebat anak-anak muda kita sekarang di dalam hal sambut menyambut ini.Tahniah diucapkan. Malaysia cergas.

- Tanggal 1/1/2009 jam 12 am, saya cuma berada dirumah, bermain FIFA 2009*. 1 Januari tiada makna bagi saya. Tarikh yang lebih penting adalah satu minggu selepas itu - 8 Januari. Hari lahir saya. Tahun ini saya berumur 27 tahun.

- Jikalau hasrat menjadi Diktator Malaya tercapai, saya akan menghapuskan sama sekali cuti Tahun Baru 1 Januari dan digantikan dengan cuti 8 Januari. Namun, semua sambutan jam 12 am akan diharamkan. Ini adalah kerana pada waktu seperti itulah dengan jenis jenis sambutan yang ada sekarang inilah produktiviti dan keselamatan negara akan terjejas. Dengan 60% rakyatnya khayal dan lalok pada jam 12 am melihatkan bunga api, concert Zaiton Sameon, serta teman wanita mereka tidak berpakaian, Rejim Celaka Zionis tentu tidak mempunyai masalah untuk menakluk negara ini. Mungkin hanya sejam dua diperlukan mereka pada jam 12 am 1 Januari untuk menyerang dan meng-conquer negara ini. Mereka ini bijak bukannya tidak bijak.

*FIFA tahun ni lagi best dari PES

Pepaya


2009 - World at War.

- 70 tahun lalu bermulalah perang terbesar dalam sejarah ketamadunan manusia - Perang Dunia ke-2. Kata sejarahwan British-Amerika-Yahudi, Adolf Hitler lah pencetus perang ini apabila beliau mencerobohi Poland. Hitler lah orang paling kejam dalam sejarah dunia dan British-Amerika-Yahudi adalah penyelamat dunia. Pembunuhan 6 juta Yahudi* oleh Hitler adalah kekejaman genosid yang tidak boleh diterima. Dua bom atom yang membunuh serta menghancurkan Hiroshima & Nagasaki dalam satu hari, Pembunuhan rakyat biasa Iraq, Afghanistan, kanak-kanak serta wanita Vietnam pada 1968 adalah untuk menyelamatkan dunia.

- 70 tahun kehadapan. Hitler sudah tiada. British, Amerika serta Yahudi masih ada. Sudah amankah dunia? Tiada lagi kekejaman? Bagaimana sambutan tahun baru anak anak muda Palestine? Ada pertunjukan bunga api? Sudah tentu ada, bunga api serta bom-bom hadiah tahun baru pakatan British-Amerika-Yahudi. Hebat pakatan ni. Tiada seorang pun yang berani hendak melawan mereka. OIC, Arab Saudi, China, Russia semua senyap sahaja. Cakap dalam surat khabar cakap 'kita kutuk' serangan ni sudah cukup sekarang ini. Kat Malaysia, demonstrasi perlu mengikut parti politik. Satu pemuda Umno punya demo, satu PAS punya demo. Tak boleh buat sekali? Malaysia Today & Blog-blog politikal langusng tidak kisah. Yang diorang kisah - masalah orang HINDRAF, pengutusan tahniah kepada Obama dan lokasi stesen bas Klang.

*Saya tidak percaya akan Holocaust

Kuala Lumpur di pagi hari


2009 - Palestinian Hero

- Encik Hitler pernah berkata pada 1 April 1939:

Quote:
...And if England maintained that the Germans had no right to do this or that, WHAT RIGHT had the ENGLISH to shoot down Arabs in PALESTINE who were only standing up for their HOMELAND?

- Adolf Hitler The Definitive Biography. 1976 by John Toland. Muka surat 523, perenggan bawah sekali-


Setahun selepas ucapan itu, Hitler serta Luftwaffe (Tentera Udara) beliau menyerang London, kemungkinan besar satu-satunya dan yang terakhirnya pemimpin yang berani menyerang England (Terrorist setakat bom keretapi dan bas tak kira).

- Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kajian University of Hamburg menunjukkan Adolf Hitler adalah antara hero pujaan remaja-remaja Palestine dan buku tulisan Hitler Mein Kampf adalah antara buku terlaris di Palestine. Malah ramai warga Palestine mempunyai nama pertama Hitler seperti Hitler Mahmud Abu-Libda, Hitler Abu-Alrab. Kenapa ini berlaku? Mungkin kerana sejak abad ke 20 agaknya tiada pemimpin Islam yang berani menentang pakatan British-Amerika-Yahudi ini.

Melayang-layang


2009 - Propaganda

- Pakatan British-Amerika-Yahudi ini propaganda mereka memang hebat. Kalah Nazi punya propaganda. Cerita semi-fiksional yang kononnya 6 juta Yahudi dibunuh oleh Hitler, di perbesar-besarkan demi menagih simpati rakan rakan mereka dan menjusifikasikan kehadiran mereka di bumi Palestine. Masalah di Palestine adalah disebabkan Hitler bukannya Anglo-Saxon-Zionist kata mereka.

Quote:
Singkatnya, Holocaust adalah kisah dusta besar yang diciptakan oleh orang-orang Zionis. Segencar apa pun kaum Zionis mempropagandakan kisah ini untuk menunjukkan ketertindasannya di dunia, suatu hari kebohongan ini akan terungkap. Masyarakat dunia saat ini mulai sadar bahwa Holocaust yang sebenarnya bukan terjadi di Eropa pada masa perang dunia kedua dengan korbannya warga Yahudi, tetapi Holocaust sedang terjadi saat ini. Tempatnya adalah Palestina dan korbannya adalah bangsa Palestina. Pelakunya bukan Hitler, tetapi kaum Zionis.

daripada blog warga Indonesia Priyayi bertajuk "Holocaust, sebuah fiksi zionis"


- Penulis penulis Yahudi yang kononnya 'moderate' dan tidak bersetuju dengan Zionist seperti Lenni Brenner pula memutar belit fakta mengatakan Zionist mendapat bantuan Hitler untuk mengganas dan Hitler berpakat dengan Zionist untuk menghantar Yahudi ke Palestine. Masalah Zionist & penempatan Yahudi di bumi Palestine wujud sebelum Hitler lahir lagi. Buku buku 'neutral' tentang Hitler tidak pernah menyatakan Hitler bekerjasama dengan Zionist ataupun rancangan beliau untuk menghantar Yahudi ke Palestine. Hitler sendiri menulis bagi beliau, Zionist atau Yahudi biasa - sama sahaja ( Intrisically they remained unalterably of one piece - Mein Kampf versi terjemahan Manheim mukasurat 56-57). Begitulah kaum yahudi dari pelbagai fahaman berpropaganda, menyalahkan orang lain untuk masalah mereka, dalam hal ini satu-satunya pemimpin abad ke-20 yang secara terbuka berani menentang Yahudi menjadi mangsa propaganda mereka.

Quote:
Germany stood for uncompromising war against the Jews. That naturally included active opposition to the Jewish national home in Palestine....Germany would furnish positive and practical aid to the Arabs involved in the same struggle....Germany's objective [is]...solely the destruction of the Jewish element residing in the Arab sphere..

-Adolf Hitler-

Record of the Conversation Between the Fuhrer and the Grand Mufti of Jerusalem on November 28, 1941


"Kawan kawan di Palestin kat sana tu sedang serang ganas"


2009 - Rule the World by Proxy

- Dr Mahathir (Tun) pernah berkata:

Quote:
"The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million, but today the Jews rule the world by proxy. They get others to fight and die for them.".

"For well over half a century we have fought over Palestine. What have we achieved? Nothing. We are worse off than before, If we had paused to think, then we could have devised a plan, a strategy that can win us final victory."


- Sehari sebelum Hitler membunuh diri bersama perempuan simpanan/isteri beliau Eva Braun, beliau menyuruh setiausaha beliau, Traudl Junge mencatatkan political will beliau dan mengikut John Toland - Who would lie at the brink of death?

Quote:
...neither he (Hitler) nor anyone else in Germany wanted war and that it had been "provoked exclusively by those international statesman who either were of Jewish origin or WORKED for Jewish interests

-Adolf Hitler, The Definitive Biography. 1976 John Toland. Muka surat 882-883-


- Pendapat peribadi saya, Orang Yahudi memang bijak. Mereka peniaga dan ahli ekonomi yang hebat. Sehebat mana kita rasa orang Cina dalam bidang ekonomi, orang Yahudi berkemungkinan 100 kali ganda lagi hebat. Ekonomi dunia dikuasai mereka secara remote-control, dimana Amerika adalah kereta controlnya.
Disebabkan itulah bab-bab boikot memboikot barangan Israel/Yahudi sekarang ini biasanya gah lantang di mulut sahaja tapi, mustahil ianya akan dilaksanakan. Orang Afrika, Orang Jerman ataupun Orang Malaysia tidak mungkin hidup tanpa menggunakan barangan Israel/Amerika. Kalau ada rancangan memboikot barangan Israel/Amerika yang berjaya melumpuhkan ekonomi mereka, sila beritahu saya. The sad truth is, Yahudi dan Amerika sekarang ini hanya boleh ditumpaskan dengan 'force' sahaja, tapi takde pulak yang berani dalam bab serang menyerang Amerika/Yahudi. Yang berani pun dari segi ekonomi dan senjata memang daif (orang Palestine sahajalah yang terpaksa berani, negara Islam lain ada berani?). Orang yang berani serta kuat dari segi ekonomi serta tentera pun sudah mati membunuh diri pada 1945, ditewaskan oleh pakatan British-Amerika-Yahudi yang dengan tebal muka terpaksa mendapat pertolongan Soviet Union Stalin, baru dapat tumbangkan Jerman.

IKEA


2009 - Punca Sebenar Konflik Israel-Palestine

- Saya tidak begitu mahir tentang Sejarah sebelum abad ke-20 ataupun sebelum masihi, namun saya tahu Palestine memang sudah lama wujud. Pada zaman pemerintahan Omar Al-Khattab, beliau membenarkan kaum Yahudi kembali ke Palestine setelah kaum itu diharamkan di bumi Palestine semasa zaman pemerintahan Kristian Roman Byzanthine. Memang hebat lagi terbuka pemerintahan Islam zaman zaman tersebut. Lagi terbuka dari pemerintahan Kristian. Semua orang hidup aman damai tiada masalah.

- Seribu tahun ke hadapan Kerajaan Ottoman Turki menguasai Palestine dan pada awal abad ke 20 ketika perang dunia pertama Ottoman and gang ditewaskan oleh British dimana Palestine menjadi jajahan British macam Malaysialah. Ketika mula mula menakluk Palestine inilah, Menteri Luar British Arthur Balfour membuat Deklarasi Balfour 1917 - dimana beliau dan British MENJANJIKAN Negeri Yahudi di bumi Palestine sebagai balasan bantuan kewangan Yahudi dalam peperangan antara British dan kerajaan Ottoman Turki yang ketika itu dibantu oleh siapa lagi kalau bukan Jerman.

- Ntah apa yang terjadi antara Pakatan British-Yahudi (+/- Amerika) di Palestine ketika itu ditambah dengan pengurusan kucar kacir British di Palestine, British terus merajuk lepas tangan dan menyerahkan Palestine kepada UN (PBB). PBB cam biasalah nak kerja senang, so diorang bagilah, Yahudi ambik tanah sikit Arab Palestine ambik tanah sikit. Daripada ada negara diorang sendiri, Palestine sekarang sudah menjadi 2 negara dan sekarang ini sedang diserang oleh negara haram hasil daripada pakatan British-Yahudi-Amerika ini. Tahniah British-Yahudi-Amerika. Siapa yang salah? Hitler, Palestin sendiri, Mahathir dan lain lain yang benci Yahudi.

Toman Bunga


- Pendapat peribadi saya. Bukanlah untuk mengagung-agungkan Hitler. Beliau bukan Yang Di Pertuan Agong, buat apa saya hendak mengagungkan beliau. Cuma untuk menyedarkan orang Islam, betapa lemah dan kurangnya pemimpin kita hari ini. Sekian Terima Kasih.

Dataran Merdeka


Wednesday, 17-Dec-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Entry untuk sebulan, mungkin setahun (Panjang)

She holds a smile like someone would hold a crying child.


Socialism

- Saya tidak mempunyai akaun laman-laman web social seperti Friendster, Facebook mahupun Myspace. Akaun Friendster berikut yang menggambarkan saya sebagai pemiliknya adalah sesuatu yang dusta lagi palsu. Ingatkan artis-artis sahaja yang diciptakan profile-profile palsu sebegini. Kali terakhir saya mempunyai akaun laman web sosial adalah 5-6 tahun lepas. Friendster, Facebook etc. hanya sesuai untuk remaja-remaja trendy masakini sahaja, bukan untuk golongan berumur & tidak cool seperti saya. Saya berumur 26 tahun.

- Pihak yang bertanggungjawab mencipta profile itu adalah seorang 'Con Man' yang gagal. Banyak kesilapan fakta pada profile 'saya' itu:

a) Saya bukan seorang designer*. Company saya bukan fotopages.com. Majikan saya Kementerian Kesihatan Malaysia, saya seorang graduan dari negara yang tidak dikenali, Republic of Ireland. Anda tentu boleh mengagak saya bekerja sebagai apa.

b) Hobbies & Interests - photography. Photography bukanlan hobi utama saya. Mengikut anggaran saya, saya mepunyai 12 hobi, photography mungkin ranking number 8. Favorite books - any books, any magz. Kalau saya yang menulis, saya tidak akan menggunakan perkataan magz ataupun apa2 perkataan yang kononnya cool bunyinya (eg, giler, boo, chillin', kolloborate yeah yeah dan lain lain) . Any books, any magz bukanlah buku-buku kegemaran saya. Saya sukakan buku bukan-fiktional dan saya membaca majalah Reader's Digest setiap bulan +/- majalah lain (PC Gamers, Libur, Digital Camera, Max It - ni majalah IT, bukan majalah penuh dgn gambar perempuan separuh bogel - Maxim).

c) Favorite Movie - too much to list. Saya bukanlah penggemar wayang sebenarnya. Some kind of Wonderful adalah filem kegemaran saya jika disuruh pilih & saya sukakan filem-filem Hong Kong. Favorite Music - R&B & Indie - Tiada perasan terhadap genre R&B, telinga saya lebih kepada indie-pop Amerika Syarikat (The Shins, Death Cab, Postal Service & Beulah). Indie Malaysia 90an boleh layan lah. Sekarang Malaysia punya Indie dengan Rempit dengan Fashionistas Bimbos/Metroseksualist Kapitalist peminum Starbucks susah hendak dibezakan. Semua sudah disatukan. Filem Mat Rempit Kami pernah berkata - Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada. Esok belum tentu ada duh. Sembahyanglah sebelum disembahyangkan! Baru hidup tak palat.

Lastly, rancangan tv kegemaran saya adalah Bulletin Utama, Pepaya dan apa-apa di Animal Planet. Dan juga, saya bukan 'a simple guy', walaupun saya pernah memberitahu saya seorang doktor yang simple, in general, i'm a complicated guy, who, while acknowledging that my girlfriend is my favorite person outside my family, loves to take pictures of wildlife and nature instead.

*A lot of strangers thinks i'm a designer whenever i happen to talk to them. They say i look like a designer. Wow, never thought designers were this bad looking. 9 out 10 times i wouldn't reveal my real job. I'll most likely tell them i'm an office boy by profession.

Penulis surat bersama emaknya. Circa 1986-87. Florida, USA.


The Microsoft Words Is Mightier Than The Sword (Perjuangan Rakyat Biasa - A Memoir)

"Doktor nak merayu jugak ke? Tak pernah akak dengar doktor lelaki, bujang diterima rayuannya especially kalau dah dapat Johor. Doktor Barath (nama sebenar) 5 kali appeal, lima lima tak dapat. Unless doktor ada cable atau surat perubatan cakap doktor sakit lah" kata Kak Fiza, akak dekat bahagian Perkhidmatan yang menjaga hal ehwal Houseman kepada saya sebulan setengah yang lepas. "Paling lewat minggu depan bagi akak surat appeal doktor eh". Saya diam tidak berkata apa-apa kecuali dalam kepala saya terfikir "Go to hell with cables, cronyism, faking illnesses & corruption, democracy of the average citizen will and shall prevail".

Dengan Microsoft Words 2007, saya mengarang surat rayuan saya, tengah malam di awal November. Di antara perenggan, kadang kala muncul suara-suara defeatist "sia sia sahaja taip semua ini, mana pernah dalam sejarah, orang biasa diterima rayuannya. Pergilah Johor, tak cukup sangat kut doktor dekat sana". Namun diteruskan juga mengarang sehingga siap surat tersebut, di cetak di komputer bawah dan ditandatangani oleh saya.

Keesokkan pagi surat diserahkan kepada kak Fiza. "Aik, selai [sic] je doktor? Mana pernah orang tulis surat rayuan sehelai je. Confirm tak dapat ni. Tengok surat orang lain, 5-6 muka surat siap ada dokumen-dokumen tambahan" ujar kak Fiza seakan-akan memperlekehkan surat dan usaha saya. Tetapi saya tidak pernah terasa pun dengan kata-kata Kak Fiza itu. Kak Fiza saya anggap macam kakak saya sendiri. Semasa beliau kali pertama datang ke klinik ante-natal untuk memeriksa kandungan beliau 2-3 bulan lepas, saya jugalah yang volunteer untuk menjadi 'doktor booking mengandung buku merah" beliau. Dengan kekuatan hujah-hujah saya, saya yakin surat sehelai tu bakal mengubah nasib saya.

Di rumah emak saya bertanya apa yang saya tulis dalam surat rayuan saya. Satu demi satu hujah saya persembahkan kepada emak . Muka emak berubah, "Boleh ke tulis camtu, nanti kerajaan terasa and you kena buang kerja cam mana?". Saya menjawab "Kalau sebab cakap macam tu pun nak buang kerja, saya kerja di Ireland atau UK sahajalah. Selamat ada degree overseas." "Saya kena jujur dengan orang orang macam ini, Arwah Tun Dr Ismail tentu kecewa kalau beliau tahu situasi sekarang dalam kerajaan."

Sebulan setengah berlalu. Kurang 24 jam yang lalu Kak Fiza berkata kepada saya "Wah dah potong rambut eh doktor, baru aa smart. Doktor tulis apa ye dalam surat doktor? Dapat Negeri Sembilan* ni, orang 5-6 muka surat siap lapik macam macam dokumen pun tak dapat. Nanti before lapor diri kat Negeri Sembilan bagitau akak ok." Tersenyum, saya beredar. "Average Citizen Honesty & Democracy 1 vs Cronyism 0" kepala otak rakyat biasa saya berkata.

*Setelah keputusan rayuan dikeluarkan saya ditempatkan di Negeri Sembilan pula. Retrospectively, kesilapan dipihak saya kerana saya meminta tiga pilihan - KL, Selangor dan Nogori. Kalau saya letak KL dan Selangor sahaja mesti dapat KL atau Selangor, menyesal pulak saya letak Negeri Sembilan. Akan ke Seremban pada Januari 2009. Secara rumusannya surat saya setebal satu helai itu menekankan pentingnya anak-anak Malaysia dibebaskan daripada ancaman korupsi dan cronysm dan juga point point lain. Banyak hentam polisi kerajaan lah. Tiada cable, tiada surat pura-pura sakit, tiada hujah murahan (eg "bakal berkahwin", "nanti takde orang nak bagi lembu kat rumah makan")

Hospital Putrajaya


The Nazi in Me

- Saya sepatutnya ditahan di bawa ISA.

- Ketika makan tengahari bersama rakan saya, seorang doktor lulusan London yang bekerja di Hospital Putrajaya (beliau menggunakan cable untuk ke hospital itu, tetapi beliaulah satu2nya doktor bercable yang boleh saya tolerate, satu kepala) kami membincangkan perkara-perkara berikut:

* saya bertanyakan beliau pendapat beliau tentang Ketuanan Melayu, saya juga bertanyakan bangsa apa didunia ini yang beliau tidak suka. (Ini adalah soalan standard yang saya suka bangkitkan jika anda lepak bersama saya).

* sambil menunjukkan beliau buku biografi Adolf Hitler yang baru saya beli (beliau juga meminati Hitler* & Perang Dunia ke-2), saya memberitahu beliau rancangan saya untuk jangka masa yang sederhana panjang.

a) memandangkan dunia politik hari ini dari pihak kerajaan dan pembangkang kelihatan seperti tiada insipirasi untuk rakyat, saya akan menubuhkan parti politik saya sendiri. Saya akan merampas kuasa daripada parti pemerintah & meminta perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk saya memerintah sebagai diktator dimana Tentera dan Polis akan berada dibawah kawalan saya.

b) Saya akan merobohkan Putrajaya dan menjadikan Cheras sebagai pusat pentadbiran serta ibu kota negara. Lapangan terbang akan dibina dan syarikat penerbangan akan menukarkan haluan peneberbangan mereka (London-Cheras, Cheras-Guangzhou 99 sen, tiada surcharge etc).

c) Semua remaja lelaki 12 tahun ke atas wajib menyertai Program Khidmat Latihan Bola Sepak Negara untuk menaikkan kembali martabat bola sepak negara terutamanya di bahagian penjaga gol. Kegagalan menyertai program ini akan menyebabkan keluarga terlibat dihantar ke kem-kem konsentrasi.

d) Semua graduan universiti wajib bekerja, industri berat/besi akan dipertingkatkan, pekerja-pekerja warga asing akan dihantar pulang. Pekerja Malaysia di negara lain akan dipanggil pulang.

e) Bangsa ******* akan dihapuskan secara sistemik. Rejimen Tentera akan diperhebatkan dan selepas itu saya akan menggabungkan Malaysia & Singapura, menakluk Thailand, Brunei, Vietnam serta Myanmar. Akhir sekali saya akan menakluki Indonesia dalam operasi yang dinamakan Operation Barbarossa II.

"Biar benar ko ni. betul ke?" kata rakan saya muka ketakutan mempercayai sebijik-sebijik point saya. Mungkin disebabkan nada serious saya beliau ingatkan saya memang hendak merampas kuasa. Angan-angan sahaja semua itu, orang biasa seperti saya tidak layak memerintah negara.

Selamat 2009 semua, kalau tidak berjumpa lagi. Secara jujurnya kebelakangan ini saya terasa macam sudah hilang minat untuk berfotopages lagi. Ambik gambar juga sudah sangat jarang.

*saya minat Adolf Hitler. Kalau disuruh undi personaliti paling berpengaruh pada abad ke-20, beliaulah orang yang saya undi. Bangsa apa yang hendak saya hapuskan? Hanya rakan saya itu yang tahu & ianya bukan bangsa Yahudi.

By the man himself


Monday, 10-Nov-2008 03:50 Email | Share | | Bookmark
Kuala Lumpur @ Random (I)

Graffiti. Central Market.


Central Market

- Gambar lukisan graffiti di atas diambil berhampiran Central Market.

- Central Market atau Pasar Budaya telah memperlihatkan perubahan dermografi yang begitu ketara dalam tempoh 20 tahun yang lepas ini. Pada hari ini peratusan populasi penduduk Central Market adalah seperti berikut - Indonesia 90%, Lain-lain 10%.

Lot 10, Bukit Bintang


Lot 10

- Gambar pusat membeli belah Lot 10, pandangan dari atas.

- Lot 10 yang dibuka pada 1991 masih merupakan pusat membeli belah kegemaran saya dari segi rupa bentuk dan warna, walaupun hijau bukanlah warna kegemaran saya. Saya tidak ada warna kegemaran. Biasanya perempuan sahaja yang ada warna kegemaran. Cuma, saya rasa bangunan-bangunan hari ini, perlu mempunyai warna yang 'standout' seperti Lot 10 ini. Juga, nasi ayam medan selera Lot 10 merupakan nasi ayam medan selera (food-court) paling sedap bagi saya.

People, KLCC


KLCC

- Gambar menunjukkan satu keluarga pelancong asing, kemungkinan daripada Asia Barat/Selatan sedang berjalan ke arah saya. Keluarga Arab/Pakistan itu mempunyai Canon EOS yang sedang dipegang oleh si suami.

- Bab jalan-jalan, tengok wayang, lepak & membeli-belah bukanlah kepakaran saya, tetapi jika diminta berbuat demikian oleh teman wanita, kawan-kawan ataupun keluarga, saya rasa Suria KLCC lah yang paling best dan senang buat saya.

Kuala Lumpur Bandar Bercahaya


Garden City of Lights

- KL memang cantik malam-malam. Memang sedih tidak dapat berkhidmat untuk Kuala Lumpur selepas ini walaupun saya pemegang kad pengenalan XXXX-14-XXXX. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai sebarang 'cable' dalam kementerian dan saya juga sihat walafiat.

- Pemerhatian saya menunjukkan mereka yang mendapat tempat di Kuala Lumpur hanyalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan @ buat buat ada masalah kesihatan terutamanya tekanan (depression) dan juga golongan atasan yang mempunyai cable-cable dalam kementerian. Saya syak mereka masuk sekolah perubatan juga menggunakan cable dan bukan atas merit mereka sendiri. Merit and Malaysia, don't go hand in hand do they?

- Takpelah, ini yang seronok menjadi rakyat yang biasa. Jauh perjalanan, luas permandangan, banyak pengalaman. Separuh daripada hidup saya dihabiskan di luar Kuala Lumpur menuntut ilmu (US, Kuantan, Ireland), dan itu tidak cukup untuk meyakinkan Kementerian menempatkan saya di Kuala Lumpur.

Pakcik Berbasikal. Jalan Raja.


- Gambar menunjukkan seorang pakcik, kemungkinan besar seorang peniaga yang berhadapan dengan masalah global seperti krisis kewangan, kesan rumah hijau dan juga masalah nasional seperti pergolakan rumah tangga Encik Norman Hakim dan permasalahan emosi Pierre Andre yang diganggu seorang wanita misteri bernama Maya.

- Pakcik ini tetap kelihatan tenang di kala negara digugat dengan masalah seperti yang disebutkan diatas dengan basikal berjenama Rolexnya. Adakah jam tangannya berjenama BMX?

Pustaka Mukmin, Jalan TAR


- Gambar diambil dihadapan A&W Jalan TAR ketika hujan lebat.

- Pustaka Mukmin sepatutnya lebih peka, Malaysia ketika itu diambang menyambut hari kemerdekaan ke 51, bukannya ke 50. Apappun, dengan pembukaan banyak buku syarikat gergasi seperti Borders, MPH dan Popular, diharapkan kedai-kedai buku persendirian seperti Pustaka Mukmin & Kedai Buku Kamal terus berjaya selalu.

Restoran Sin Seng Nam, Leboh Pasar


- Gambar atas menunjukkan bangunan klasik restoran Sin Seng Nam, berhampiran Central Market yang bermula sejak 1906. Restoran ini terkenal dikalangan peguam-peguam dan pekerja-pekerja mahkamah berhampiran dengan roti bakar kaya dan kopi o nya.

- Gambar bawah menunjukkan kawasan Bukit Bintang ketika senja, dimana bermulalah banyak perniagaan perniagaan dan aktiviti-aktiviti bawah tanah.

Senja di Bukit Bintang


Sunday, 2-Nov-2008 14:14 Email | Share | | Bookmark
Zoo Negara (I)

Siap bagi lidah pulak dia ni. Lebih aa tu.
Banners. The orphan one is one nice banner


Kamera & Lens

- Saya ada terbaca tulisan ShaolinTiger, seorang penulis blog warga Britain yang menetap di Malaysia tentang budaya orang Malaysia yang lebih gemar bertanya kamera/lens apa yang digunakan apabila melihat gambar yang cantik berbanding bagaimana gambar itu diambil. Sila klik pada nama ShaolinTiger itu untuk membaca entry blog tersebut.

- Pendapat saya tentang isu ini neutral. Memang saya perasan orang Malaysia lebih fokus kepada alat yang digunakan dan kurang menghargai cara jurugambar mengambil sesuatu gambar berbanding dengan orang Barat (pengalaman saya sendiri mengambil gambar di Malaysia/Ireland & menyertai forum-forum fotografi). Akan tetapi tidak salah sebenarnya hendak bertanyakan kamera/lense apa yang digunakan kerana ianya memang memberi kesan terhadap gambar yang dihasilkan, walaupun kesan itu sebenarnya tidak sebesar kesan kebolehan jurugambar itu sendiri.

Green snake. They should expand the Reptile house & clean the glasses.


- Pendapat saya yang lebih mendalam lagi, seperti yang banyak kali telah disebutkan, kamera atau jurugambar dua-dua tidak penting sebenarnya. Mesej/cerita/saat/kenangan yang dibawa bersama didalam gambar itu lebih penting. Cantik atau tidak gambar itu, secondary-lah bagi saya.

- Sebelum lebih banyak soalan tentang kamera/lense apa yang saya gunakan, biar saya jawablah. Kamera saya kamera DSLR versi paling murah sebenarnya di pasaran. Saya rasa 2-3 tahun lagi hilang terus di pasaran kamera ini.

Badak sumbu putih. Haiwan darat kedua besar selepas gajah.


- Lense telefoto (zoom) saya juga lense paling murah di pasaran untuk kategori yang seangkatan dengannya. Tidak ada Image Stabilizer (IS) pun. Memang dari kecil ayah saya mengajar saya pengurusan ekonomi sebegini. Tidak perlu alatan mahal bergaya kerana akhirnya otak dan kebolehan manusia ciptaan tuhan mengatasi alat-alatan dan mesin-mesin ciptaan manusia sendiri. Hanya perlu yakin dengan kebolehan diri, bersyukur dengan apa yang ada dan gunakan sebaik boleh.

- Ini bukan bermaksud saya hebat berkebolehan. Saya sentiasa yakin semua orang boleh mengambil gambar/membuat sesuatu jauh lebih daripada saya. Samada seseorang itu jauh lebih hebat/berkebolehan atau tidak berbanding saya, anda semua tidak penting juga kerana kehidupan kita semua lain-lain dan kubur kita nanti juga lain-lain.

Makcik Orang Utan sedang usha orang utan rumah sebelah sambil menghisap rokok daun


Zoo Negara

- Disini ada beberapa gambar yang saya ambil di Zoo Negara. Rasanya semua orang Malaysia pernah pergi Zoo Negara. Saya kali pertama pergi Oktober 1982. Kali terakhir Oktober 2008. Kalau ada pertandingan orang paling banyak pergi Zoo Negara, ada peluang saya menang kut.

- Banyak kali pergi Zoo Negara sampai binatang-binatang dekat situ macam dah kenal saya. Boleh siap cium saya lagi. Tak nak pulak binatang-binatang tu cium Aqilah. Nampak sangat diorang tidak kenal Aqilah.

- Bagus jugak kalau binatang-binatang dekat zoo dah kenal. Kalau panggil diorang, senang sikit hendak mengambil gambar sebab biasanya diorang akan datang dekat dan bagi posing baik punya.

Manja, Harimau Bintang yang pernah mengundang kontroversi dengan menyerang seorang budak perempuan


- Cita-cita asal saya ialah bekerja dalam bidang melibatkan haiwan liar macam orang dalam dokumentari-dokumentari National Geographic/Animal Planet. Kalau diikutkan doktor tidak pernah ada pun dalam list cita-cita saya. Cita-cita saya yang lain termasuk: a) Pemandu bas sekolah, b) Bomba c) Perdana Menteri.

- Walaupun saya minat bidang hidupan liar, Mendiang Steve Irwin bukanlah orang yang saya minati. Tidak dinafikan usaha beliau mendirikan zoo/pusat perlindungan haiwan harus dipuji, akan tetapi cara beliau mengendalikan haiwan haiwan liar dalam kebanyakkan rancangan beliau 'kurang beretika' sebenarnya. Provokasi terhadap haiwan liar dalam habitat natural mereka hanya akan membawa satu hasil: mengundang padah. Tidak perlulah diceritakanlah apakah padah itu, orang pun sudah mati, faham-faham sendiri lah. Moralnya, Sunnatullah, ketetapan Allah tentang bagaimana kehidupan di dunia ini (pokok, harimau, manusia atau ikan pari) menjalankan kehidupan mereka telah ditentukan & jangan sama sekali diganggu gugat.

Zirafah kebosanan


- Zoo Negara ini pembangunan dia susah hendak dijelaskan. Sekali pergi rasa ok zoo ni, pergi sekali lagi rasa ntah apa ntah zoo ni. Tapi secara jujurnya saya sendiri lihat banyak perubahan sedang dilakukan dan semoga zoo ini akan terus menerus berkembang maju. Banyak aspek zoo ini yang boleh dipertingkatkan lagi dan saya lihat usaha itu sedang dijalankan.

Bangau taking off


- Harimau adalah haiwan kegemaran saya. Tapi saya tidak ada akaun Maybank.

- Saya mendapat posting ke Negeri Johor Darul Takzim. Harap-harap Zoo Johor Bahru mengurangkan/hapuskan sistem mengurung haiwan di dalam sangkar dan menggunakan sistem lebih terbuka seperti zoo-zoo lain.

- Semua gambar diambil menggunakan barangan berjenama Canon. Pengcahayaan semulajadi. Flash tidak dirembeskan. Tripod tidak dibawa bersama. Fokus manual. Eksposur manual. ISO/Shutter speed/Apertur pelbagai (sila ke Flickr saya untuk EXIF data gambar-gambar). Telekonverter tidak digunapakai, tak ada pun macam mana nak guna. Peng-edit-an post produksi minimal. Tiada provokasi terhadap haiwan. Cuma membuat bunyi-bunyian pelik dan muka asam boi sepuluh sen untuk menarik perhatian mereka. Semua peraturan zoo dipatuhi.

Muka harimau selepas memberi saya penampar sebijik


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net